Gempak Pagerank Kujie2.com PR5

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, memang ramai blogger yang kisah dengan Pagerank tertunggu-tunggu update terkini Pagerank oleh Google. Nak tengoklah samada usaha yang dibuat untuk meningkatkan Pagerank berjaya atau tidak terutama untuk blog yang masih PR0. Pada blog yang PR4 ke atas berdebar-debar samada boleh mengekalkan prestasi atau tidak. Bukan mudah sebenarnya untuk mengekalkan Pagerank ini. Blog denaihati ni pun pernah berkecelupuk jatuh dari PR4 ke PR0 kemudian syukurlah naik balik ke PR4.

Hari ini saja aku jalan-jalan sambil periksa Pagerank blog teman-teman yang sering bertandang ke blog denaihati. Gempak Pagerank Kujie2.com dari PR3 dan naik ke PR5. Begitu juga blog ariffshah.com naik dari PR3 ke Pr5 begitu juga Yanmieonline.com naik dari PR3 ke PR4. Blog ieyra.com juga naik dari PR3 ke PR4.

Pagerank Kujie2.com PR5

Jangan terkejut ini adalah Pagerank jangkaan seandainya Google update Pagerank dalam masa terdekat. Terima kasih kepada SabahBloggerClub yang dah berkongsi Google Pagerank Prediction Tool.

[ad#Adsense234x60]

Joom check dan kongsikan apa Pagerank jangkaan blog anda. Kalau nak cari sedikit ilmu Pagerank klik je [Pagerank].

Comments

Trackbacks