Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kira-kira dua tahun lepas ketika aku dan rombongan bertunang adik bongsu menuju ke Ipoh kami berhenti di perhentian Jejantas Sungai Buluh kerana adik perempuan turun darah. Setelah berbincang keputusan diambil untuk aku bawa adik perempuan ke Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur dan yang lain meneruskan perjalanan ke Ipoh. Sampai di hospital ketika [...]
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, syukur cuti sekolah Jun 2011 kami sekeluarga dapat berkumpul. Minggu pertama cuti sekolah kami sekeluarga isi dengan menziarahi keluarga. Kembara cuti sekolah minggu pertama bermula dari Kuala Lumpur > Kuala Pilah > Pekan Dangi > Gemas (ziarah dan bermalam di rumah emak dan abah, merasa makan ikan baung masak asam) > [...]
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, cuti persekolahan Malaysia semakin menghampiri dipenghujungnya. Pasti berbagai program telah dirancang oleh ibubapa disepanjang cuti sekolah dan tidak kurang juga ada anak-anak yang dibiarkan di rumah tanpa ada apa-apa program. Kali ini kami tak sempat untuk berjalan ketempat istimewa seperti kembara cuti sekolah yang lepas. Cuti dimulakan dengan majlis doa selamat [...]
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tarikh 20/11 memang tidak pernah akan aku lupakan kerana inilah tarikh sempurnanya aku sebagai seorang insan mengikut sunnah Rasulullah. Teringat hadith Nabi, Riwayat Bukhari dan Muslim “dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, [...]
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, stress juga bila aku tengok berita kisah kedutaan Malaysia diserang di Jakarta tetapi aku yakin bukan semua warga Indonesia terutama yang selalu datang ke blog ini seperti mereka yang beremosi tu. Kita kan satu rumpun janganlah masalah kecil menyebabkan kita berpecah kerana sememangnya ada mereka yang berusaha untuk kita tidak bersatu. [...]
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, maaf kepada semua yang sering singgah dan tinggalkan jejak komen kerana tidak dapat nak melayan kauter pertanyaan. Kesibukan tugas dan urusan keluarga sangat mendesak ketika ini. Aku berikan lebih masa melayan dan bersama dengan anak-anak yang tinggal di asrama yang hanya sesekali dapat bersama mereka. Orang bijak pandai berkata biar sekejap [...]
Salam 1Malaysia, Kembara cuti sekolah berakhir di Putri Resort, Melaka dengan membawa kakak yang tidak dapat ke Batam kerana mengikuti kelas khas UPSR selama 5 hari. Hari terakhir cuti sekolah hari sibuk bagi kami. Keluarga kami terbahagi dua, ibu perlu menghantar Abang Long ke Madrasah di Kluang, Johor manakala aku pula perlu menghantar Abang Haziq [...]
Salam 1Malaysia, kesibukan bersama keluarga dalam acara kembara cuti sekolah menyebabkan kurangnya masa untuk bersama Denaihati.com. Dari kejauhan masih ada masa sesekali sekala melihat komen teman-teman melalui iPhone tetapi tak mampu nak reply kesemuanya. Selama 2 minggu ini kami sekeluarga bergerak dari ke Segamat, Kuala Lumpur, Sabak Bernam, Tanjung Piandang, Lumut, Klang, Shah Alam, Bukit [...]
Salam 1Malaysia, kembara cuti sekolah kami sekeluarga singgah di rumah mertua di Sabak Bernam. Petang ni kalau tiada aral bapak mertua ajak ke Perak ziarah anaknya yang dah lama tak balik. Semenjak dua menjak ada iPhone 3GS ni tak risau sangat kalau nak travel sebab di mana sahaja ada line CELCOM pasti boleh online. Dalam [...]