Calon PMR 2011 semuga sukses

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 8.10am, 4 Oktober 2011 semua calon PMR 2011 akan mula menjawab soalan kertas peperiksaan pertama. Kepada Abang Fahim, Abang Aliff, Kakak Nadia dan semua calon PMR 2011 kami doakan diberi kesihatan, ketenangan dan dipermudahkan untuk menjawab soalan.

Semuga mendapat keputusan A untuk semua subjek. Kami iringi dengan puasa sunat selain solat hajat semuga Allah memudahkan segalanya.

Untuk calon PMR jangan lupa baca Al Fatihah dan Selawat bila dapat kertas soalan, semak semua soalan, jawab soalan yang mudah dahulu, jangan buang banyak masa pada satu-satu soalan kalau tak boleh jawab buat soalan yang lain dan sentiasa berdoa semuga Allah bagi ilham jawaban yang terbaik.

Comments