Apa yang kita cari dalam hidup ini
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dalam entri sebelum ini “Apa yang kita INGIN dalam hidup ini”, Rakan Denaihati telah berkongsi berbagai keinginan mereka dalam hidup ini. Keinginan dunia dan akhirat menjadi pilihan dan tidak ada yang salah kerana itu adalah keinginan individu sendiri. Kali ini kita nak berkongsi pulak apa sebenarnya yang kita CARI dalam hidup ini. INGIN dan CARI ada dua perkataan yang membawa maksud yang berbeza untuk kita fikirkan sesaat.
Berikut adalah sebahagian feedback daripada Rakan Facebook dan Twitter setelah dilemparkan dengan soalan “Apa yang kita cari dalam hidup ini” :
- Insan Nak Gembira sy mencari identiti sebenar sy.. adakah hidup utk buat jahat atau sebaliknya.
- Mohd Rouszdiey Abdullah J’diey istri, bini,org umah, ladang saye.
- Jons Chie Chuplas Cheplos ketenangan end kebahagia an lah nak kamek cari.
- Sofia Giana Sahar keredoan drNya.
- Si Kasut Pink Kemulian untk berada dsisiNya.
- Aishah Nor mncari dn trcari2 hati Emas…dn skg harga sebuah ati EMas trlalu Mahal.
- Ratu Naylofar saya cari pahala dan ilmu yang diredhai Allah swt.
- Kartina Mohammed mencari bekalan untuk ‘ke sana’.
- Norziah Jalil Mencari kebahagiaan disamping keluarga dan bekalan ke akhirat.
- Suhaili Sahiful Bahari cari makna hidup. bila sudah mengerti makna hidup, secara automatik kita akan terangsang utk melakukan kebajikan dan segalanya sbg bekalan ke sana. LIVE TO HELP OTHERS.
- Syahril Hafiz ilmu dunia & akhirat.
- Bro Framestone keredhaanNya.
Apa pulak yang rakan cari dalam hidup yang sebentar ini?
