Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.
Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.
Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.
Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.
1 komen 1 Ringgit akan didermakan
Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.
[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]
Sumbangan tunai
Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank
Error: Contact form not found.
No related posts.
1,542 Comments
berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, semoga mereka dikurniakan kekuatan dan ketabahan.
Curahan rasa yangbaik @ ..9 Awesome Blogs Of The Month
Semoga puan Dayah dan keluarga tabah dalam menghadapi dugaan. Semoga Allah permudahkan segala urusan.
Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..Alpha Lipid Bee Venom
Moga bersabar dgn ujian yang dihadapi..moga sumbangan kami yg x seberapa ini dpt meringankan beban anda.
harap hidaya tabah dengan ujian ni dan dapat membina kediaman seperti sedia kala amin
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Bila Hati Berbicara di Tv3
semoga dengan sedikit bantuan dari kami dpt meringankan beban yang ditanggung hidayah sekeluarga
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Bila Hati Berbicara di Tv3
alhamdulillah jumlah derma semakin bertambah. kami bersimpati dgn nasib yang menimpa hidayah.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Perlu Beli iPhone 6
semoga Dayah Bachtiar tabah dan sabar menghadapi ujian ini, dari Allah kita kepada Allah kita kembali…
Curahan rasa mus @ ..Double Promotion Double Happiness
salam takziah.bersimpati dengan nasib kak dayah sekeluarga..Insyaallah akan membantu sedaya mngkn
Salam takziah. Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini. Mudah2an keimanan kita lebih tinggi. Bukankah tidak beriman seseorang melainkan diuji…
Curahan rasa Lobam @ ..(Cerpen) Tiada Lagi Manik Itu
bersimpati dengan nasib keluarga hidayah.
jadi, marilah kita komen ramai-ramai kat artikel ini ye.
Curahan rasa hikaru matsushima @ ..Jadual Takwim Sekolah Tahun 2015
semoga sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini. setiap yang terjadi ada hikmahnya.
Curahan rasa fyna @ ..Resepi Jeruk Mangga Asam Boi
banyakkan bersabar dalam menimpa musibah, harap terus cekal dalam menempuhi hidup
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Testimoni Turunkan Darah Tinggi Dengan Shaklee
semasa kita senang, susah, gembira , sakit apa juga keadaan sekalipun ingatlah sentiasa kepadaNYA.Insyallah dia tak akan lupa pada kita.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Ebook Resepi Cakoi Mudah Dan Sedap Bersama Kuahnya
sabarlah duhai hati sekuat mana kita merasa sedih perlu bersyukur sebab tiada kehilangan nyawa semasa perkara ini berlaku
Curahan rasa cahayacinta @ ..Low Shank Adaptor Snap On Foot Adapter_Portable
tiap yang berlaku itu ada manis dan pahitnya cuma kita tidka ketahui apa tersirat sebaliknya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Ebook Resepi Cakoi Mudah Dan Sedap Bersama Kuahnya
Ya Allah, Semoga beliau tetap tabah dengan dugaan yang menimpanya…
Curahan rasa tasha qisha @ ..Pentingnya Review Blog
Comments are closed.