‘Dadah digital’ kini menghantui pengguna internet di Malaysia

Spread the love

Rakyat Malaysia diselubungi sindrom “digital drug” apabila dikesan melayari internet secara purata 6.6 jam sehari.

Keadaan itu lebih membimbangkan apabila turut membabitkan golongan remaja yang menghabiskan masa melayari internet sehingga lapan jam sehari.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, melayari internet dengan tempoh ekstrem ini boleh mengakibatkan pengguna menjadi ketagih.

Katanya, berdasar hasil kajian daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada tahun lalu itu kebanyakan pengguna mengakses internet menggunakan telefon pintar sebanyak 93.1 peratus.

“Tempoh melayari internet lebih enam jam adalah ketagihan atau digital drug yang mampu mengancam kesihatan fizikal dan mental pengguna.

Pengguna juga terdedah kepada ancaman siber seperti penipuan dalam talian, gangguan siber, kecurian identiti, buli siber, pengaruh media sosial dan spam sehingga mengakibatkan kerugian serta kemudaratan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian penutup Program Pencegahan Jenayah Dalam Kalangan Remaja Peringkat Negeri Kelantan 2019 du PCB Resort di sini hari ini.

jenayah siber di laman sosial

Turut hadir, Pengerusi MCPF Kelantan, Datuk Abd Aziz Nawi dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Abu Hanipah@ Fauzi Zahari.

Lam Thye berkata, bagi mengatasi masalah itu MCPF akan menerbitkan 100,000 naskah buku panduan Awas Media Sosial dan Permainan Dalam Talian (AWASpada) dalam tempoh terdekat.

Buku ini adalah satu usaha untuk menyedarkan masyarakat terutama pelajar dan remaja bahawa perlu berhati-hati terhadap penggunaan internet.


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!