Firman ALLAH swt surah Al-Ankabut ayat 62 yang ertinya :
ALLAH melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia pula yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu.
Ringgit, Dollar, Dinar, Riyal, Peso, Rupiah, Euro, Renmimbi, Dong, Dirham, Franc, Pound, Rupee, Yen dan banyak lagi adalah panggilan kepada DUIT untuk sesebuah negara. Dalam zaman moden ini manusia menganggap DUIT itu sebagai rezeki yang diusahakan, dicari dan dikejar setiap saat. Kenapa aku cakap setiap saat lihatlah pada pasaran saham akan ditutup mengikut waktu pasaran sesebuah negara tetapi pasaran DUIT atau lebih dikenali sebagai FOREX tak pernah tutup bergerak setiap saat 365 hari setahun.
Dari DUIT lah timbul istilah kekayaan dan kemiskinan. Manusia sanggup menipu kerana DUIT. Perkataan RASUAH juga wujud kerana adanya DUIT. POLITIK WANG untuk mengejar jawatan di dalam parti-parti politik juga kerana DUIT. Isu PKFZ yang hangat sekarang ni pun akibat DUIT. Manusia lupa keluarga dan lebih parah lupa ALLAH kerana DUIT.
DUIT ini rezeki dari ALLAH untuk ALLAH. Manusia ini hanyalah perantara sahaja. Setiap DUIT yang kita dapat bukanlah hak kita kesemuanya. Sebahagiannya adalah untuk yang memerlukan melalui zakat, sedekah dan infak. Janji ALLAH setiap DUIT yang kita zakat, sedekah dan infak dengan ikhlas insyallah rezeki yang berlipat kali ganda menunggu kita jika tidak di dunia PASTI di akhirat.
Firman ALLAH swt surah Al-Baqarah ayat 212 yang ertinya :
Dan Dia memberi rezeki kepada orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas.
DUIT! DUIT! kemana kau DUIT!
[ad#advertlets336]
16 Comments
zaman sekrang ini memang ramai yang terjerumus ngan duit…kerana ada yang menjdikan diri mereka hamba duit..
Tak heran sangat.. banyak jer kejadian rasuah berlaku kan.
Curahan rasa Steward John @ ..Era FM Is Now In Kota Kinabalu
setuju ngan denaihati, duit kalau dilihat dari pandangan mata kasar, hanyalah sekeping kertas berwarna. tp nilainya melebihi segala2 nya. skrg ni pn duit dikatakan sudah boleh membeli cinta, aigooo….
tp encik denaihati, ape isu PKFZ tu? ❓
.-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.
@Dya, Hahaha. Duit boleh beli cinta.. Setuju sangat dengan pernyataan tu. Tidak dinafikan duit sangat penting di dunia ni.. manusia berkejaran semata2 kerana duit tapi lupa untuk kejar “duit” untuk dunia akhirat nanti.
.-= Steward John´s last blog ..Slug that fires love darts at its chosen mate | An Important Discovery =-.
@Steward John, “duit” utk dunia akhirat nanti maknanya amalan la kn, encik steward ? 😉
.-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.
@Dya, hehe.. Yer Dya. Beramal banyak-banyak sekiranya kita tu mampu.
.-= Steward John´s last blog ..Slug that fires love darts at its chosen mate | An Important Discovery =-.
@Steward John, btol2..beramal byk2 sblm kita tutup mata buat selama2nya….
.-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.
saya suka dengan komentar ini selalu mengingatkan
Curahan rasa munir ardi @ ..Skor Akhir Indonesia Vs Thailand Piala AFF 2010
Haha.. yer la bro.. kita ni selalu lupa kan.
Curahan rasa Steward John @ ..Winner of the Amazing Race Asia Season 4
Uish.. menakutkan la perkataan Dya ni.. siap tutup mata selamanya.. hehe
Curahan rasa Steward John @ ..DoFollow and NoFollow
sekarang uang adalah king
Curahan rasa munir ardi @ ..Skor Akhir Indonesia Vs Thailand Piala AFF 2010
Hehe.. kalau bagi blogger, content is the king.
Curahan rasa Steward John @ ..Winner of the Amazing Race Asia Season 4
ya ramai orang mencintai karena wang
Curahan rasa munir ardi @ ..Skor Akhir Indonesia Vs Thailand Piala AFF 2010
ada uang abang sayang tak ada uang abang melayang
Curahan rasa munir ardi @ ..Skor Akhir Indonesia Vs Thailand Piala AFF 2010
Hahaha.. itu perempuan jenis materialistik tu.. bukan semua sama
Curahan rasa Steward John @ ..Winner of the Amazing Race Asia Season 4
Tapi bukan semua yang cinta benda ni kan bro Munir
Curahan rasa Steward John @ ..Winner of the Amazing Race Asia Season 4
Comments are closed.