Tak sangka Blogger Lavender Mummy penipu dunia siber

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terbaca di fanpage Penmerah kisah Ustaz Kazim bakal buat laporan polis terhadap Blogger Lavender Mummy. Terkejut juga baca berita Lavender Mummy menggunakan nama Ustaz Kazim untuk kumpul duit lagi sebab aku sangka beliau masih di Brazil tak balik-balik selepas menonton Piala Dunia 2014 setelah kecewa Brazil tak jadi juara. Bukan main lagi gambar dia berselfie dengan Neymar tapi sayang instagram dah diprivatekan jadi tak bolehlah nak tengok.

gambar lavender mummy tipu ustaz kazim

Dari siasatan oleh pasukan gerak khas didapati Lavender Mummy sudah menyelinap masuk ke dalam komuniti Denaihati sejak akhir tahun 2012 menggunakan nama lain iaitu Cheezemaz. Beliau menggunakan segala kepakaran mencari pengaruh tanpa sesiapa sedari sehingga berjaya menang hadiah iPhone 5 bersama Akma Omar, Cikgu Naman, Sharidawati dan Eyriqazz. Sangat menjaga kerahsian sehingga berjaya memberi berbagai alasan untuk tidak hadir di majlis SBB2013 untuk penyerahan hadian iPhone 5. Beliau juga memberi berbagai alasan apabila diminta untuk datang ke pejabat untuk mengambil iPhone 5 yang akhirnya dikirimkan secara pos.

Perangkap yang dipasang oleh Cheezemaz akhirnya berjaya memerangkap rakan-rakan dalam komuniti Denaihati apabila ramai yang terpedaya dengan pelaburan Cheeze Maz yang menawarkan pulangan sehingga 150%. Khabarnya ada yang ikut serta pelaburan Cheeze Maz dengan melabur sehingga berpuluh ribu ringgit. Cheeze Maz memang cekap memancing pelabur dengan memberi pulangan pertama kemudian lesap hilang tanpa dapat dikesan. Kisahnya boleh dibaca di entri “Penipuan Cheeze Maz“.

pelaburan penipuan Cheeze Maz

Daripada beberapa sumber tidak rasmi apabila duit yang ditipu sudah habis Cheeze Maz menyelinap masuk sekali lagi dalam komuniti Denaihati dengan nama yang baru Lavender Mummy dengan projek baru iaitu peluang advetorial dan pengurus email. Kali ini nasib beliau tidak semudah kali pertama apabila ramai yang sudah mencium bau busuk dari ketiak beliau. Ramai yang telah dapat membongkar siapa sebenarnya disebalik Lavender Mummy antaranya entri “tipu helah Lavender Mummy“. Khabarnya semua advetorial dalam blog beliau adalah copy paste daripada blog-blog lain … macam ini pun ada dalam dunia ini.

projek solat lavender mummy
Apalah status projek solat suci ini

Lavender Mummy a.k.a Nurzusilawati Nadzri juga dikenali sebagai Cheeza MazIsabella Azry, Mahligai Gading, Issabella Cute, Lavender Adzry Jr. sering menampilkan gambar aksi yang mengiurkan sehingga menawan hati dan mengelirukan mangsa-mangsa terutama jejaka ensem Melayu terakhir kecuali Abang Ensem. Tapi langit tidak selalu terang walaupun sebelum ini sudah terlepas dengan berbagai penipuan siber mungkin menggunakan nama Ustaz Kazim untuk pelayaran Star Cruise bersama peminat akan menjadi noktah terakhir kepada ratu penipuan internet. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti jatuh ke tanah juga kerana ALLAH Maha Kuasa tidak terlawan oleh manusia walau selicik mana sekali pun.

Semuga tiada lagi penipu yang menyelinap masuk ke dalam komuniti Denaihati yang semakin besar ini kerana matlamat kita adalah untuk memberi manafaat sesama kita bukan membuat kemungkaran.


Spread the love

595 Comments

  1. Kami pihak travel agency di Jepun juga nyaris ditipu oleh Lavender Mummy awal tahun ini (2015). Dia menggunakan taktik yang sama, tapi kali ni menggunakan nama Ustaz Syed Mohd Norhisyam pula (Kembara Sakura Bersama Ustaz katanya). Sewaktu berurusan dengan dia, banyak sangat info yang meragukan. Bila disiasat, barulah tahu yang dia menipu dan cuba gunakan kami untuk realisasikan penipuan dia.
    Alhamdulillah tak terpedaya. Moga kita semua terpelihara dari tipu-daya begini.

  2. kesian kat penipu yg merompak duit tu.mudah mudahan dia tersedar dan menyesal dengan apa yg dia dah buat.susahkan orang lain dan bagus la tertangkap.
    kita yg tak terkena ni boleh bersimpati saja.apa apa pun perkara ni jadikan pengajaran buat kita semua….

  3. Dasat betul minah ni. Hakikatnya tiada jalan Pintas untuk kaya. Sekian. Kita hidup berlandaskan agama. Bila hidup tiada pegangan agama…ssemua bende main bedal je…tetiba teremo pulak.^_^

  4. sebab itu ada kata perpatah..sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua…jangan kita ligat sangat nak buat kerja jahat..nanti akhir akan kantoi juga..masa tu nasi dah jadi bubur..nak menyesala dah tak guna
    Curahan rasa blogger lelaki @ ..Jom Aktifkan MykadMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!