SayangKan Anak Pukul-pukul Kan

Sayangkan anak belikan pistol, senapang dan pedang mainan???

Bukankah ini mengajar anak dengan keganasan ..kenapa tak kita belikan mainan yang boleh membina minda anak-anak kita.

Kalau tak dibelikan kesian ..nanti menangis ..rimas lah dengar budak-budak menangis. Kita ibubapa zaman modern ini suka ambil jalan senang tidak seperti ibubapa kita dulu yang begitu teliti mendidik anak-anak. Adakah kesian tidak membelikan mainan pistol dan senapang itu baik untuk masa depan anak-anak? Adakah dengan mendiamkan anak-anak dari menangis dengan membelikan permainan yang tidak membina minda itu baik untuk masa depan anak-anak…

Ramai ibubapa yang merotan anak tapi berapa ramai yang merotan anak kerana mendidik ..atau kita merotan kerana anak kita sering menganggu kita, menganggu adik-adiknya..kenapa pulak anak-anak menganggu ibubapa dan adik-adiknya??? Bukan kah kerana anak-anak kita tidak mendapat cukup masa bermain-main dengan ibubapa yang sentiasa sibuk mencari rezeki!!

Atau kita lansung tak pernah rotan akan kita sebab anak kita sentiasa yang terbaik walaupun anak kita nakal di sekolah atau dengan jiran-jiranya. Kita sanggup bertegang lihir dengan guru-guru dan tak bertegur sapa dengan jiran yang menegur anak-anak kita. aku masih ingat masa kecil-kecil tinggal di kampung, semangat kekeluargaan sangat tinggi. Anak kita anak kita, anak jiran pun macam anak kita dan anak kita macam anak jiran..jadi siapa menegur siapa memang tak jadi masalah..janji jadi manusia.

Semuga anak-anak kita menjadi Manusia…insyallah.

[ad#Mangga 300]

231 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!