Rahsia video kucing terbongkar ada hadiah ribu-ribu rupanya

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, setelah buat entri “Kucing Siapa Suka” barulah aku tahu rupanya ramai Rakan Blogger suka dengan kucing. Tengok button FB share pada entri tersebut lebih daripada 220 pun dah mengambarkan ramai yang suka dengan haiwan kesayangan Nabi Muhamad SAW. Ada juga yang baru tahu kucing adalah antara haiwan kesayangan Rasulullah SAW. Macam-macam gelaran dan nama manja diberi kepada Kucing peliharaan. Memang seronok menonton video bermacam gaya manja kucing sehingga tak jemu diulang-ulang berkali.

Berikut beberapa Video Curious Cat yang menjadi kesukaan anak lelaki yang memang pengemar kucing cuma tak dapat kebenaran dari ibu untuk pelihara.

Kata anak aku dia memang seronok tengok video curious cat sebab kucing yang cantik dan ada jalan cerita macam video kartun dari video 1 hingga video 6.

Bila tengok video ke dua yang menunjukkan jubin yang pecah teringat pulak pada entri Tips Renovasi Rumah. Memang bahaya kalau jubin pecah boleh menyababkan kecederaan terutama kepada kanak-kanak. Pemilihan jubin yang berkualiti dan cara pemasangan sangat penting untuk mengelakkan kerosakan seperti ini.

Dalam video ke tiga ditampilkan seekor lagi kucing gebu warna orange tapi anak lelaki aku lebih suka pada kucing yang warna kelabu, katanya lebih menarik dan comel.

Comel juga ikan emas yang boleh berkata-kata. Video ini paling banyak kali anak aku tonton. Diulang-ulang sehingga aku pun jemu tapi dia tak pernah jemu.

Kalau orang kampung dulu-dulu pelihara kucing memang untuk memburu cicak dan tikus yang berkeliaran dalam rumah tapi kucing sekarang terlalu manja silap-silap lari bila tengok cicak.

Menonton kesemua video curious cat pada mulanya rasa pelik juga sebab rajin pulak blogger Curious Cat ini merakam dan memasukan suara dalam setiap video yang dirakam. 11/6/2012 baru aku dapat jawaban apabila beberapa stesen Radio telah membongkar rahsia blog dan video Curious Cat. Kepada yang belum tahu apa rahsia disebalik semua video dan blog Curious Cat joom kita sama-sama siasat di blog Curious Cat. Seperti yang diumumkan di Radio Sinar Curious Cat ada menganjurkan contest yang hebat. Hadiah memang hebat bernilai ribu-ribu ringgit iaitu makeover ruang tamu, pakir kereta dan bilik air kepada beberapa Rakan Blogger yang bertuah.

20120613-014356.jpg

Mungkin foto jubin pecah ini boleh melayakan aku menang hadiah.

Aku pun nak join lah bukanlah susah sangat hanya perlu kirimkan 5 keping gambar masalah dan nyatakan kenapa renovasi perlu dibuat. Joom lah ramai-ramai menyertai contest terhebat ini manalah tahu dapat rezeki renovasi rumah untuk Aidilfitri 2012. Bertambah bergayalah rumah kita.

Comments