iPhone 4S baru bukan iPhone 5

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, majoriti peminat Apple agak kecewa apabila iPhone 5 yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Saham Apple jatuh 5% setelah CEO baru Apple, Tim Cook melancarkan versi baru iPhone 4S yang akan mengantikan iPhone 4. iPhone 5 seperti dalam entri sebelum ini dijangkakan akan diperkenalkan dalam tempoh kurang daripada 12 bulan dari pelancaran iPhone 4S.

iPhone 4S yang lebih laju dan berprestasi lebih baik berbanding iPhone 4 dilancarkan di Amerika Syarikat dijangka akan memasuki pasaran Amerika pada 14 Oktober 2011 dan Maxis Malaysia telah berjanji untuk membawa secepat mungkin ke Malaysia.

Antara ciri-ciri baru iPhone 4S adalah :

1. Kamera 8 megapixel dengan resolusi sensor yang lebih tinggi
2. Processor A5 dual-core yang 7 kali lebih pantas dari iPhone 4
3. Design world antena baru yang lebih baik kuasa penerimaannya
4. Bateri yang lebih besar dan tahan lama
5. Menggunakan sistem operasi baru iOS5 yang mempunyai iCloud dan iMessage yang menjadikan iPhone 4S berbeza berbanding iPhone 4.
6. Arahan suara baru SIRI contohnya apabila kita tanya cuaca, iPhone 4S akan menjawab secara automatik laporan cuaca setempat.

Saksikan video preview iPhone 4S :

iPhone 4S warna hitam dan putih akan dijual pada harga USD199 untuk iPhone 4S 16gb, USD299 untuk iPhone 4S 32gb dan USD399 untuk iPhone 4S 64gb. Ini bermakna harga iPhone 4S Malaysia juga tidak akan jauh beza dengan harga iPhone 4.

Tak sabar nak menunggu pelancaran iPhone 4S Malaysia oleh Maxis.


Spread the love

136 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!