Zoo Negara lengang. “Bayar tiket mahal tapi binatang kurus kering, kurang promosi”

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini menerusi laporan akhbar, pihak Zoo Negara telah menzahirkan kerisauan mereka terhadap jumlah kunjungan pengunjung yang kian merosot, sekali gus menjejaskan hasil pungutan yang kebanyakannya digunakan untuk mengurusan haiwan di situ.

Tambah Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana, Zoo Negara mereka memerlukan sekurang-kurangnya RM500,000 setahun untuk menguruskan harimau sahaja.

Jumlah kunjungan pengunjung pada tahun 2014 adalah seramai 708,000 orang, namun mula merosot dan jatuh seramai 368,000 pada tahun lepas.

Zoo Negara dibanjiri pengunjung

Ramai yang mula membanjiri Zoo Negara apabila mendapat tahu keadaan Zoo Negara yang kian ‘nazak’. Fungsi zoo yang turut meliputi kerja-kerja pemuliharaan, kajian, dan pendidikan mengenai haiwan membuatkan ramai yang kembali menyokong Zoo Negara.

Ada juga yang turut menyarankan agar Zoo Negara memberikan perhatian kepada promosi dan pemasaran jenama seperti yang pernah dilakukan pada era 80-an dan 90-an yang menjadi kemuncak kejayaan Zoo Negara.

“Dulu ada iklan KFC menunjukkan anak-anak pergi ke zoo. Ada juga iklan aiskrim setiap hari Sabtu pagi yang menunjukkan anak-anak gembira melawat haiwan di zoo.”

Harga tiket cekik darah

Namun, ada juga yang menyatakan bahawa harga tiket masuk yang terlalu mahal menjadi salah satu faktor kepada pengurangan jumlah pengunjung ke Zoo Negara.

Zoo Singapore siap dapat Best Zoo Award lagi!

Namun ada juga netizen yang membandingkan harga tiket yang dijual oleh Zoo Singapura dengan Zoo Malaysia, serta tarikan yang disediakan.

Kalau masuk free mesti ramai

Zoo lain lagi murah

Haiwan semua kurus2

Kebersihan kenalah jaga…

Sumber: NST

6 Comments

  1. Sebenarnya harga tiket zoo negara mula naik sejak 2014, iaitu sejak datangnya 2 ekor panda China.

    Ramai tak tahu tapi sebenarnya, panda dalam dunia, semuanya disewa selalunya 10 tahun (kecuali di Mexico). Dan sewa panda yg kena dibyr pada China ialah dlm USD 1 juta tiap-tiap tahun. Belum campur kos makan dan yuran lain. Jadi kos menghidupkan panda shj adalah dalam RM 5 juta setahun.

    Makanan panda pula kosnya selalunya lebih byk dari KESEMUA binatang yg ada dlm zoo.

    Jadi masalah zoo ini byk disbbkn oleh panda. Kalau boleh htr balik, akan selesaikan masalah. Sbb semua zoo kt dunia yg ada panda ini, kalau tak pandai handle, pun akan ada masalah sama.

    Tapi harga tiket zoo negara kalau bandingkan dgn zoo lain yg ada panda TAK tinggi sangat sebenarnya. Boleh compare harga tikets depa kat sini :-
    https://www.jomjalan.com/zoos-with-pandas-worldwide/
    Curahan rasa Iskandar @ ..20 Things To Do Around the KLCC Twin Towers Kuala LumpurMy Profile

  2. Charge lah harga masuk tu yang semua oarang mampu, hatta orang kampung pun mampu bayar. Pengurusan tu kena bijak fikirkan jalan nak cari dana dan buat promosi atau buat colaboration dengan syarikat yang dha establish.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!