Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Laman Youtube merupakan salah satu platform yang diguna pakai untuk menyampaikan pelbagai jenis maklumat dalam bentuk video. Selain platform untuk mendapatkan maklumat, Youtube juga dijadikan medium bagi sesetengah individu untuk mengaut keuntungan malah turut ada yang menjadikannya sebagai kerjaya.
Perkara ini berikutan terdapat ramai “Youtuber” yang memperolehi pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit setiap bulan dengan hanya menghasilkan video berkualiti untuk dimuat naik ke dalam laman Youtube.
Begitulah yang dinikmati oleh seorang bintang cilik Youtube yang dikenali sebagai Boram apabila pendapatan bulanannya mencecah sehingga jutaan ringgit.
Kanak-kanak yang berusia enam tahun ini telah mempunyai 30 juta pengikut bagi dua saluran Youtube miliknya iaitu Boram Tube Vlog dengan 17.5 juta pengikut dan Boram Tube ToyReview dengan 13.6 juta pengikut.
Beberapa video yang dimuat naik telah menarik lebih daripada 300 juta penonton. Oleh itu, tidak hairanlah pendapatan kanak-kanak ini boleh mencecah sehingga RM12.8 juta pada setiap bulan.
Banggunan tersebut yang dibina pada tahun 1975 itu terletak di atas tanah seluas 258 meter persegi (2770 kaki persegi) di pasar raya Cheongdam-dong, Gangnam. Namun begitu, motif pembelian banggunan tersebut tidak dapat dikenal pastinya sehingga kini.
Sumber: SCMP, Boram Tube ToyReview
5 Comments
Woww hebat benar! Anak sekecil itu sudah punya penghasilan jutaan perbulannya. Tentu orang tuanya sangat bangga dan terbantu.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Perlindungan Penyakit Kritis dengan Asuransi Jiwa Mi Ultimate Critical Care
sangat terinspirasi dengan kejayaan youtuber ini. jom sama2 kita subscribe channel masing-masing
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..Setelah Terlafaznya Akad Episod 25 – Tonton Drama Live
wow hebatnya kecik-kecik dah boleh beli. masa usia 6 tahun entah apa yg kita pikirkan kan..
Curahan rasa ommekids @ ..5 Cara Hilangkan Batuk Selsema Dengan Mudah
Seperti tidak percaya anak sekecil ini sudah miliki harta jutaan ringgit. S
Hebat. Beruntunglah anak kecil ini kerana menjadi seorang jutawan pada usia yang sangat muda. 1 dalam sejuta.
Curahan rasa SENTIASA PANAS @ ..Shukri Hadafi, Kanak-kanak Genius Yang Di Sia-siakan
Comments are closed.