Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebelum ini kita dah baca isu “Blog kenapa disable right-click” yang dibincangkan oleh Blogger Eizil di Group FB Denaihati. Aku tertarik juga dengan isu yang dibawa Blogger Azman Ishak yang telah lama menjadi isu kepada diri aku sendiri. Lama nak tulis isu ini tapi tak berkesempatan.
Blogger Azman Ishak : “Your comment will be visible after approval … bila dapat je notification macam tu… terus aku kata.. “ishhhh…”
Perbincangan dibawah mungkin boleh dijadikan tips blogging kepada semua Blogger baru dan lama.
Mohamad Izwan : haha. pernah gak activate function tu. approval comment sebab kena serang spam trackback byk sangat. tapi lama2 malas plak nak approve satu2.
Anarm Khairul : dia rajin check semua komen yg masuk.. bior jela..
Muhamad Azman Ishak : hehehe, itu hak dia.. hak kita, cuma boleh kata ishh je.. jangan nak kata lebih2. lol~
Mia Namia : itu bagus untuk elak orang2 hantar spam .. kihkihkih
Muhamad Azman Ishak : itu la Mia Namia, maaf, saya dah lama sangat tak guna blogspot. jadi saya tak faham apa yang sedang dihadapi oleh pengguna blogspot pada masa ini dengan kejadian spam. kalau kat wordpress, komen2 spam boleh difilter tanpa perlu moderate semua komen terlebih dahulu. mudahkan pengurusan blog.untuk mereka yang bercadang berpindah ke Wordpress atau mencarik-carik hosting, pihak EZ Network *(corrent me kalau salah) ade menawarkan perkhidmatan share atau dedicated hosting. boleh rujuk pada saudara Hadihaizil Din TQ!
Anarm Khairul : Saleiz Webhosting
Kamil Salleh : sangat menyusahkan kena masukan cide lagi, kadang2 ini membuat kita malas nak komen di situ.
Hisyamudin Fadzil : akismet dengan GASP.. tak cukup?
Denaihati Ilhamku : Sampai sekarang masih tak faham kenapa mesti ada approval utk komen blog terutama blog yg dah top. Kenapa takut pada SPAM??
Nazrien Zaraini : pendapat aku sebab utama comment approval itu bukan sebab spam. Tapi sebab bimbang pada komen yang komen yang merbahaya haha. Kalau blog biasa macam blog aku memang tak rasa sangat, tapi kalau blog top yang ada komen sampai berpuluh-puluh atau beratus-ratus tu salah satu cara nak filter dulu la kalau ada pape komen yang tak elok. Kalau takde approval, memang susah nak pantau.
Sebab no 2. Untuk memudahkan admin respon pada setiap pertanyaan atau komen. Masa nak approve komen tu mesti admin kena baca dahulu setiap satu komen masa tu la senang nak respon apa-apa.. kalau dah banyak komen sekali masuk memang liat la nak respon 1-1 hehe..
sebab no 3 /4 baru masuk bab spam. Sekian hehe
Siti Nurafiza : tapi kadang2 bila komen, komen sebelumnya ok, komen no 2 ada tulis macam tu.. kenapa ek?
Hafiz Mohd : ayat ni mmg byk kali berjaya mematahkan semangat utk terus beri respons di mana2 entri.
Hisyamudin Fadzil elakkan guna word verification.. approve kan aje.. untuk spam, pakai akismet atau GASP
NorMaira Roslan : Macam MJ buat komen approval sebab senang boleh ‘jejak balas’ blog yang singgah.. Lagipun penting sebab MJ ‘bercuti’ lama dari blog, jadi dengan ini mudah trackback komen yg ditinggalkan untuk entry mana.
Sebab kadang ada komen berbentuk pertanyaan Mudah la nak balas pertanyaan tersebut.
Blog aku … aku punya pasallah kan Malaysia amalkan demokrasi ada pulak yang cakap macam tu. Nak masuk lagu ke … nak approve komen ke aku punya suka lah. Memang kita semua tak kisah pun cuma kita menegur kepada yang nak menerima. Pengalaman blog walking Blogger profesional di merata dunia tak pernah pulak guna “Your comment will be visible after approval” .. jadi kita mengikut budaya Blogger yang sudah super berjaya.
Kepada semua Rakan Denaihati joom sama-sama kita kongsi Tips Blogging yang boleh membantu meningkatkan prestasi kita semua di Group FB Denaihati. Kita kan semua masih belajar dan akan terus belajar tak kira Blogger baru atau lama.
151 Comments
banyak jumpa di blogspot je ,kalau wordpress jarang plak jumpa
Curahan rasa wazy @ ..Peraduan Keyword Contest Usahawan Kecil #1 2013
Entah lah, mungkin yang activate function tu either titikberat sangat psl SEO atau tak banyak komen di blog so tak ada masaalah nak moderate atau suka baca komen-komen satu persatu sebelum approve…
Curahan rasa Erin @ ..LEGO Therapy
Benda ni hanya berlaku pada blog-blog blogspot, dalam wordpress tak perlu pakai sebab ada akismet, gasp dan macam2 lagi. Jadi mudah.
Dalam blogspot, walaupun ada spam filter tetapi tetap masuk juga dalam kotak komen. Yang dikomen pula kadangkala merujuk ke blog-blog atau laman web lucah, laman web judi dan yang seumpamanya. Bila terlalu banyak, maka jadilah entri tersebut lebih kepada banyak spam. Google ada kot algorithma yang semak sesuatu entri itu berdasarkan komen atau perbincangan (tak pasti).
Bagi saya, untuk pengguna blogspot, cari alternatif lain daripada guna komen biasa yang digunakan oleh blogspot. Sistem tapisan lebih berkesan rasanya. Tak yah nak approve2 kecuali kita tetapkan beberapa perkataan tertentu atau kes tertentu seperti jika terdapat komen yang ada permalink.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Menang Toyota Vios Melalui Exabytes Treasure on the Web Challenge
Dinasihatkan blog blogspot tidak atifkan sistem masukkan kod sbb ia menyusahkan pengunjung nak komen.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Kredibiliti Dibina Menerusi Komen Pengunjung
Oh! ya, betul tu, blog WP jarang mcm ni. Contohnya blog Denaihati.com….
Curahan rasa Erin @ ..LEGO Friends: A New Way for Little Girls to Play with Friends
eh eh, mcm terasa pulakkan? hehe…
Curahan rasa ieta @ ..TERIMA KASIH KEPADA 5 BLOGGER INI
Saya pun buat comment perlu di approve dulu utk elak spam & nak jejak blog mereka yg tinggal komen di blog sy. Takde la bertujuan nak menyusahkan sesiapa… huhu… blog sy pun bukan famous pun…
Curahan rasa ieta @ ..BLOGWALKING LAGI…
Assalam , dulu pernah gak aktifkan function tu tapi sekarang nie mcm penat jer… hehehe
Curahan rasa Noorikmal @ ..Penjawat Awam Dapat Kenaikan Gaji Tahunan Lebih Awal, Pangkat Anggota ATM Dan PDRM Disetara Dengan Perkhidmatan Awam
Tapi ada juga yg guna captcha… yg tu ada juga org tak suka…
Curahan rasa Noorikmal @ ..Penjawat Awam Dapat Kenaikan Gaji Tahunan Lebih Awal, Pangkat Anggota ATM Dan PDRM Disetara Dengan Perkhidmatan Awam
Captca ni memang tak suka ..susahkan ramai orng nak komen.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Kredibiliti Dibina Menerusi Komen Pengunjung
Terima kasih reply
nanti saya cuba setting 🙂
Curahan rasa Bro Zulkbo @ ..Lagi Gambar-Gambar Sekitar Ops Daulat Konflik Pencerobohan Lahad Datu Sabah
saya rasa sangat berguna menggunakan moderasi, sebab dapat mengurangi komentar2x spam dan komentar yang tidak sedap..
Curahan rasa anda punya blog @ ..Masterbet88 Grand Opening Promo Bonus 50% Sportsbook dan Casino Online
wp guna plug-in, blogspot guna captcha dah memadai utk elak spam …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Madinah, Arab Saudi
admin kena rajin.. kalau AmiRini.. jawabnya.. lambat la comment tu nk masuk… hehehe
Curahan rasa AmiRini @ ..Kawan Baru….
Jadi sebaiknya harus pakai atau tidak?
boleh aje pasang kalau admin blog rajin nak semak satu2..
Curahan rasa hafiz @ ..Macam-macam ragam
boleh buat gitu, tapi kalau blog top macam DH yang penuh dengan komen kalau sekali kene serang mau pengsan jugak tu nak menghadap.
Curahan rasa Syafiq Лomoтехн @ ..Isu Sabah, Taktikal Dan Game
haha nice benda ni. aku pun fikir nak buang la moderation comment
Curahan rasa Amir @ ..Gambar Comel Wawa Zainal Bertudung
setelah membaca artikel ini sayapun tak menghapus setiap komentar meski mengandung link dan juga melepas semua moderasi
Curahan rasa munir ardi @ ..Apa Kataku tentang Brand Denaihati Bagian 2
Comments are closed.