Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Seperti yang sedia maklum, baru-baru ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan 2 minggu lagi sehingga 28 April 2020.
Baca: COVID-19: PKP dilanjutkan hingga 28 April 2020
Malah, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini juga menzahirkan sokongan Baginda terhadap pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April ini, seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Tuanku telah menitahkan agar rakyat mematuhi arahan PKP itu, serta semua arahan terkini oleh agensi kerajaan yang berkaitan.
Datuk Ahmad Fadil berkata, Tuanku Baginda merasakan ianya sesuatu yang amat penting dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.
“Ini untuk turut membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia memberi tumpukan khusus kepada kumpulan sasar yang dikenal pasti menjadi punca penularan wabak ini. “Yang lebih penting, ialah supaya pandemik ini dapat diakhiri agar rakyat dapat menjalani kehidupan seperti biasa, sihat, dan sejahtera,” kata Ahmad Fadil dalam kenyataan itu lagi.
Beliau berkata, Tuanku Baginda menzahirkan harapan agar rakyat terus bersabar dan tabah menghadapi dugaan dalam tatacara kebiasaan baharu atau the new normal.
“Rakyat turut dinasihatkan sentiasa berwaspada, menjaga kebersihan diri, amalkan penjarakan sosial, dan elakkan dari menghadiri sebarang perhimpunan, serta hindari tempat yang sesak,” katanya lagi.
Ahmad Fadil berkata, susulan daripada lanjutan PKP itu, serta mengambil kira situasi terkini, Istana Negara juga telah dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tidak menganjurkan apa-apa bentuk majlis dan tahlil berkenaan bersempena bulan Ramadan.
“Ini adalah kerana mengambil kira faktor keselamatan dan bagi mengelak risiko ke atas semua pihak, terutamanya rakyat,” katanya lagi.
Datuk Ahmad Fadil berkata, Tuanku Baginda turut menasihat umat Islam di negara ini supaya menyambut bulan Ramadan dengan menumpukan kepada amal ibadat, berdoa dan bertawakal kepada Allah bagi mengharungi ujian ini, di samping sentiasa mengambil berat terhadap keselamatan dan kesihatan diri, keluarga dan komuniti.
Sumber: Awani
- Perdana Menteri Persembah Senarai Kabinet Baharu Dihadapan Agong
- 221 Ahli Parlimen Dititah Menghadap Agong Bermula Hari ini Dan Esok
- Pengeluaran Maksimum RM500 Sebulan Bermula 1 April Bagi Pencarum KWSP
- Agong & Permaisuri berkenan potong enam bulan emolumen diraja
- COVID-19: PKP dilanjutkan hingga 28 April 2020
4 Comments
Biar berkurung sampai reda, kalau tak Covid 19 tak akan selesai sampai bila bila.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..3 Strategi Percuma Untuk Buat Jualan Di Shopee
Ya… StayAtHome… semoga Malaysia berjaya atasi COVID 19…
PKP Ke 3… semoga berjaya dalam PKP ini…
lagi cepat pulih dari wabak covid-19 maka tinggi potensi untuk hidup seperti sediakala..
kita tiada pilihan selain meneruskan PKP hingga beberapa minggu lagi
Curahan rasa mrhanafi @ ..Makanan penguat tenaga batin lelaki
Alhamdulillah Tuanku dah habis tempoh kuarantin. Kami pun kena sokonglah juga. Harap lepas raya, semua akan kembali bekerja.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Beli Kurma Online Dan Sambut Ramadan Ini Dengan Hidangan Kurma Berkualiti dari Algeria
Comments are closed.