Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bermacam jenis minuman di jalanan mahupun restoran. Daripada jenis air jus mahupun teh, yang sejuk mahupun panas, tetap akan ada peminatnya. Bila sedap dan menjadi bualan hangat, sudah pasti ramai yang ingin mencubanya.
Kali ini, tular mengenai isu minuman bubble tea Xing Fu Tang yang menjadi perbualan hangat warganet.
Ada yang menyukainya, ada yang masih was-was dengannya. Jika was-was, maka tidak usahlah membeli dan minumnya.
Ada yang mempertikaikannya dan ada yang menyokongnya.
Kedai pertama Xing Fu Tang di Malaysia dibuka di SS15, Subang Jaya Sekarang, mereka telah berkembang ke beberapa cawangan di Lembah Klang.
Ramai. Memang ramai. Dan ramai yang sanggup beratur panjang untuk membelinya.
Ada persoalan yang telah dilontarkan kepada pihak Bahagian Hab Halal JAKIM, dan ini jawapannya.
Berdasarkan semakan pihak kami atas nama premis makanan Shihlin Taiwan Street and Snacks dan Xing Fu Tang Malaysia, ianya belum memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Elakkan keraguan anda dengan mengutamakan premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, prosedur, standard serta perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan.
Untuk mengetahui produk atau premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan logo-logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar Verify Halal iOS dan Android
(Logo-logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM:- http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara )
Pihak Xing Fu Tang Malaysia mengatakan bahawa bahan-bahan yang mereka gunakan adalah mempunyai sijil halal Taiwan, tiada bahan khinzir dan tiada alkohol.
Bagi yang masih inginkan kepastian, boleh terus rujuk kepada pihak berwajib Halal JAKIM.
5 Comments
bagus jgk la kalau ada yang bangkitkan isu ni. walaupun tak ada kandungan khinzir dan alkohol, banyak lagi faktor yang boleh membuatkan minuman itu tidak halal.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Status Halal Xing Fu Tang Menurut JAKIM
Punyalah banyak minuman di Malaysia ni… yang tidak tentu halal juga yang dicari-cari. Alasan viral atau mencuba tidak boleh dipakai. Hukum halal haram ni bukan untuk dicuba-cuba!
Curahan rasa ahmadyani @ ..Rujukan Dan Jadual Ujian Psikometrik Bulan Jun 2019 Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Rakyat Malaysia terutamanya di Semenanjung sebenarnya terlalu taksub dengan makanan yang menjadi gaya hidup tidak sihat. Jangan kerana nafsu halal haram pun diketepikan.
Curahan rasa SENTIASA PANAS @ ..Rihanna Penyanyi Wanita Paling Kaya Di Dunia 2019
Nampaknya masa ramai lagi yang ambil ringan pasal halal haram makanan yang pastinya akan menjadi sebahagian dari tubuh badan. Pastikan dulu baru makann atau minum.
Curahan rasa Sani @ ..Jualan Tupperware RM233,169 Setahun di Market Ebay Australia!
saya belum pernah mencuba minuman ini. hurmmm, kalau macam tu, kena tunggu minuman ini mendapat sijil halal dari pihak jakim. harap-harapnya cepatlah diorang dapat sijil itu.
Curahan rasa siti hazreen @ ..Duit Hilang Dalam Akaun Bank CIMB Islamik
Comments are closed.