Xing Fu Tang Malaysia halal? ini jawapan Hab Halal JAKIM

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bermacam jenis minuman di jalanan mahupun restoran. Daripada jenis air jus mahupun teh, yang sejuk mahupun panas, tetap akan ada peminatnya. Bila sedap dan menjadi bualan hangat, sudah pasti ramai yang ingin mencubanya.

Kali ini, tular mengenai isu minuman bubble tea Xing Fu Tang yang menjadi perbualan hangat warganet.

Ada yang menyukainya, ada yang masih was-was dengannya. Jika was-was, maka tidak usahlah membeli dan minumnya.

gambar daripada : bubbleteamalaysia.com

Ada yang mempertikaikannya dan ada yang menyokongnya.

Kedai pertama Xing Fu Tang di Malaysia dibuka di SS15, Subang Jaya Sekarang, mereka telah berkembang ke beberapa cawangan di Lembah Klang.

Ramai. Memang ramai. Dan ramai yang sanggup beratur panjang untuk membelinya.

Ada persoalan yang telah dilontarkan kepada pihak Bahagian Hab Halal JAKIM, dan ini jawapannya.

Berdasarkan semakan pihak kami atas nama premis makanan Shihlin Taiwan Street and Snacks dan Xing Fu Tang Malaysia, ianya belum memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Elakkan keraguan anda dengan mengutamakan premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, prosedur, standard serta perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui produk atau premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan logo-logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar Verify Halal iOS dan Android

(Logo-logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM:- http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara )

Pihak Xing Fu Tang Malaysia mengatakan bahawa bahan-bahan yang mereka gunakan adalah mempunyai sijil halal Taiwan, tiada bahan khinzir dan tiada alkohol.

Bagi yang masih inginkan kepastian, boleh terus rujuk kepada pihak berwajib Halal JAKIM.


Spread the love

5 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!