Terokai mukjizat al-Quran dengan hujung jari

SHAH ALAM – Aplikasi pendidikan Think Quran perlu digunakan umat Islam khususnya kepada pelajar untuk membantu memahami sepenuhnya setiap ayat dalam al-Quran.

Guru al-Quran, Mahrous Amer berkata, ramai yang boleh membaca kalamullah itu dengan baik namun ada sebahagian tidak memahami setiap ayat dibacanya.

“Kitab suci ini bukan sahaja digalakkan untuk dihafal, tetapi setiap muslim dituntut memahami maksud kalimah ayat al-Quran.

“Terdapat banyak ayat al-Quran menggalakkan manusia supaya memahami, memerhati, menyelidiki serta mentadabbur,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabat Think Osem Sdn Bhd, di sini, baru-baru ini.

Mahrous Amer yang berbangsa Arab dan bertugas selama tujuh tahun di Maahad Tahfiz al Quran An Najihah (MATAN) di Nilai, Negeri Sembilan menambah, Think Quran mempunyai ciri-ciri interaktif yang memberikan keseronokan kepada pelajar seperti berada dalam mod permainan.

Ujarnya, aplikasi berkenaan bukan hanya untuk dipelajari malah membantu pelajar memahami dan mengingati makna kosa kata terpilih daripada potongan ayat suci al-Quran secara berperingkat.

Think Quran menikmati dan melazati bacaan Quran

“Ibu bapa yang mahukan anak cepat pandai berbahasa Arab boleh menggunakan Think Quran yang sangat mudah ini.

“Saya orang Arab belajar bahasa Melayu pun menerusi kaedah hampir seumpama ini. Yang penting kita perlu memahami perkataannya dahulu,” jelasnya.

Mahrous berkata, beliau bersyukur kerana diberi peluang merasai segala pembelajaran disediakan dalam aplikasi Think Quran.

“Alhamdulillah, memang ia sesuai untuk pelajar merasai pengalaman menggunakan aplikasi ini bagi menerokai isi al-Quran mengenai panduan, utusan nabi dan rasul serta mukjizat kurniaan ALLAH SWT.

“Segalanya terletak atas diri sendiri sama ada mahu belajar atau tidak. Tiada lagi alasan untuk tidak belajar memahami kitab suci ini kerana banyak peluang telah tersedia,” ujarnya.

Cara menjadi affiliate Think Quran

SINAR HARIAN

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!