World #QuranHour perlukan hebahan dan kerjasama kita semua

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

semalam berkesempatan untuk menghadiri majlis pre pelancaran, mesyuarat & taklimat sinergi media World Quran Hour 1439H/2018M yang diadakan di Ibu Pejabat Utusan Melayu, Kuala Lumpur. Majlis ini adalah sebagai perbincangan awal untuk aktiviti QuranHour yang akan dijalankan pada tahun ini.

10 media utama hadir untuk bersama-sama mengusahakan program yang masuk tahun ketiga penganjurannya. Program QuranHour ini telah dicetuskan oleh Kumpulan Media Karangkraf yang diketuai oleh Datuk Hussamuddin Yaacub, selaku Ketua pegawai eksekutif Kumpulan Media Karangkraf.

Wakil-wakil media dalam pre pelancaran world #QuranHour 1439H

World #QuranHour bertujuan untuk memahami dan mengamalkan Al Quran

Gerakan #QuranHour telah bermula pada tahun 2015 di bawah Warisan Ummah lkhlas Foundation (WUIF), program satu jam bersama al-Quran sebagai sebuah permulaan untuk melakukan mindset change melalui QTT (Quran, Tadabbur, Tazakkur), mengambil nilai-nilai dari al-Quran sehingga lahir akhlak sebagai muslim sejati.

Sehingga kini jangkauan di media sosial telah mencapai 357 juta social media reach pada tahun 2017 berbanding 87 juta social media reach pada tahun 2016. Kita berharap pada tahun 2018, kita mendapat 1 billion atau 1000 juta social media reach don pelaksanaan World #QuranHour di 100 buah negara pada 22 Ramadan 1439H ini bersamaan Khamis, 7 Jun 2018.

Perancangan 10 tahun
Unjuran perancangan 10 tahun #QuranHour

Beberapa peringkat #QuranHour sepanjang tahun

Ada beberapa peringkat utama yang akan berlaku dalam perjalanan kempen #QuranHour ini. Antaranya adalah My Family #QuranHour yang akan berjalan sepanjang tahun, World #QuranHour pada 22 Ramadan bersamaan 7 Jun, Arafah #QuranHour pada 9 Zulhijjah bersamaan 21 Ogos dan akhir sekali Malaysia #QuranHour yang akan diadakan pada 18 Zulhijjah bersamaan 30 Ogos 2018.

Kempen QuranHour sepanjang tahun

Ini merupakan usaha kita bersama, kempen ini yang memfokuskan kepada mempelajari dan memahami intipati Al Quran agar dapat mengubah mindset keseluruhan masyarakat di Malaysia dan di seluruh Dunia. Sasaran 1billion social media reach akan dapat dicapai andai kita bersama-sama untuk mempromosikan dan membuat hebahan kepada sesiapa saya yang kita boleh capai.

Dalam masa yang sama, kempen ini bukan hanya fokus kepada umat Islam semata-mata, kita ingin membawa pengajaran dalam Al Quran kepada semua individu tak mengira agama, kerana itulah kelebihan Al Quran, ianya dapat dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan oleh sesiapa sahaja.

Perbincangan bersama wakil-wakil media

Sasaran kempen #QuranHour untuk tempoh 2018-2022

Antara sasaran utama kempen #QuranHour ini dianjurkan adalah seperti berikut:

  • Membimbing 3000 keluarga di bawah #SavingFamilies, My Family #QuranHour
  • 100 Organisasi membina polisi berlandaskan Al-Quran
  • 100 dari 195 negara bersama di misi #QuranHour
  • Penubuhan 3000 Pusat Pembelajaran Quran percuma (RumahNgaji) dalam Malaysia
  • 10,000 guru ngaji & imam diperkasakan dengan Model Interaksi : 114 Model
  • 100 QTT Jurulatih (tempatan dan luar negara)
  • 1 Juta “Sahabat Quran”
  • RM100 Juta Tabung Quran

Ini adalah sasaran yang realistik untuk dicapai andai kita semua memberi sokongan dan kerjasama berdasarkan kepakaran masing-masing.

Denaihati Network sendiri telah dan akan menggerakkan aset-aset digital kami untuk kempen #QuranHour. Tiada yang mustahil andai kita bekerjasama untuk menjayakan kempen ini.

Bahan dan hebahan #QuranHour

Di bawah ini, kami menyediakan beberapa bahan yang anda boleh gunakan untuk bersama-sama membuat hebahan mengenai kempen #QuranHour ini. Anda dibenarkan untuk terus hotlinking fail atau muat turun terlebih dahulu.

Kedua-dua kaedah dibenarkan. Apa yang penting adalah untuk memastikan capaian 1 billion media sosial reach akan terlaksana dan akan lebih ramai umat manusia yang mendapat manfaat daripada kempen ini.

Memahami dan mengamalkan Al Quran dalam kehidupan akan membolehkan kita hidup dalam suasana yang aman dan harmoni insyaALLAH.


Spread the love

50 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!