Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
semalam berkesempatan untuk menghadiri majlis pre pelancaran, mesyuarat & taklimat sinergi media World Quran Hour 1439H/2018M yang diadakan di Ibu Pejabat Utusan Melayu, Kuala Lumpur. Majlis ini adalah sebagai perbincangan awal untuk aktiviti QuranHour yang akan dijalankan pada tahun ini.
10 media utama hadir untuk bersama-sama mengusahakan program yang masuk tahun ketiga penganjurannya. Program QuranHour ini telah dicetuskan oleh Kumpulan Media Karangkraf yang diketuai oleh Datuk Hussamuddin Yaacub, selaku Ketua pegawai eksekutif Kumpulan Media Karangkraf.
World #QuranHour bertujuan untuk memahami dan mengamalkan Al Quran
Gerakan #QuranHour telah bermula pada tahun 2015 di bawah Warisan Ummah lkhlas Foundation (WUIF), program satu jam bersama al-Quran sebagai sebuah permulaan untuk melakukan mindset change melalui QTT (Quran, Tadabbur, Tazakkur), mengambil nilai-nilai dari al-Quran sehingga lahir akhlak sebagai muslim sejati.
Sehingga kini jangkauan di media sosial telah mencapai 357 juta social media reach pada tahun 2017 berbanding 87 juta social media reach pada tahun 2016. Kita berharap pada tahun 2018, kita mendapat 1 billion atau 1000 juta social media reach don pelaksanaan World #QuranHour di 100 buah negara pada 22 Ramadan 1439H ini bersamaan Khamis, 7 Jun 2018.
Beberapa peringkat #QuranHour sepanjang tahun
Ada beberapa peringkat utama yang akan berlaku dalam perjalanan kempen #QuranHour ini. Antaranya adalah My Family #QuranHour yang akan berjalan sepanjang tahun, World #QuranHour pada 22 Ramadan bersamaan 7 Jun, Arafah #QuranHour pada 9 Zulhijjah bersamaan 21 Ogos dan akhir sekali Malaysia #QuranHour yang akan diadakan pada 18 Zulhijjah bersamaan 30 Ogos 2018.
Ini merupakan usaha kita bersama, kempen ini yang memfokuskan kepada mempelajari dan memahami intipati Al Quran agar dapat mengubah mindset keseluruhan masyarakat di Malaysia dan di seluruh Dunia. Sasaran 1billion social media reach akan dapat dicapai andai kita bersama-sama untuk mempromosikan dan membuat hebahan kepada sesiapa saya yang kita boleh capai.
Dalam masa yang sama, kempen ini bukan hanya fokus kepada umat Islam semata-mata, kita ingin membawa pengajaran dalam Al Quran kepada semua individu tak mengira agama, kerana itulah kelebihan Al Quran, ianya dapat dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan oleh sesiapa sahaja.
Sasaran kempen #QuranHour untuk tempoh 2018-2022
Antara sasaran utama kempen #QuranHour ini dianjurkan adalah seperti berikut:
- Membimbing 3000 keluarga di bawah #SavingFamilies, My Family #QuranHour
- 100 Organisasi membina polisi berlandaskan Al-Quran
- 100 dari 195 negara bersama di misi #QuranHour
- Penubuhan 3000 Pusat Pembelajaran Quran percuma (RumahNgaji) dalam Malaysia
- 10,000 guru ngaji & imam diperkasakan dengan Model Interaksi : 114 Model
- 100 QTT Jurulatih (tempatan dan luar negara)
- 1 Juta “Sahabat Quran”
- RM100 Juta Tabung Quran
Ini adalah sasaran yang realistik untuk dicapai andai kita semua memberi sokongan dan kerjasama berdasarkan kepakaran masing-masing.
Denaihati Network sendiri telah dan akan menggerakkan aset-aset digital kami untuk kempen #QuranHour. Tiada yang mustahil andai kita bekerjasama untuk menjayakan kempen ini.
Bahan dan hebahan #QuranHour
Di bawah ini, kami menyediakan beberapa bahan yang anda boleh gunakan untuk bersama-sama membuat hebahan mengenai kempen #QuranHour ini. Anda dibenarkan untuk terus hotlinking fail atau muat turun terlebih dahulu.
Kedua-dua kaedah dibenarkan. Apa yang penting adalah untuk memastikan capaian 1 billion media sosial reach akan terlaksana dan akan lebih ramai umat manusia yang mendapat manfaat daripada kempen ini.
Memahami dan mengamalkan Al Quran dalam kehidupan akan membolehkan kita hidup dalam suasana yang aman dan harmoni insyaALLAH.
50 Comments
Ini adalah satu program yang boleh membantu anak-anak muda kita.
Amat disarankan kepada semua anak2 muda kita.
Terima kasih atas info yang amat bermanfaat bagi semua.Semoga ia terus berkekalan
Curahan rasa Ira @ ..Servis Facial Spa Bergerak di Kemasik Dan Kerteh
inilah perkara menarik dan wajar sekali untuk diamalkan kita..
baca,faham an amal al-Quran.
Moga-moga menjadi petunjuk dan rahmat dari Illahi ..
aamiin
Curahan rasa mrhanafi @ ..Seronok Tak Kalau Hidup Bujang ?
semoga dengan gerakan ini kesadaran untuk kembali kepada Al Qur’an dan Sunnah akn merata kesemua umat islam di satu dunia
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Resep Soto Betawi Ala Hotel
Terima kasih tuan berikan pendedahan. Walaupun gerakan Quranhour bermula pada tahun 2015, tetapi saya baru kewujudannya 3 tahun kemudian. Tertarik dengan matlamat QTT mereka.
Curahan rasa Naziman Azlye @ ..6 Tempat Percutian Menarik di Bangkok
Membaca al quran perlu di budayakan setiap hari sehingga jadi tabiat. Kalau on and off memang susah nak melekat
Curahan rasa Azmi Abdul Rahman @ ..Umrah Bersama Anak Kecil? Ini tips supaya anak & keluarga kita tersenyum mengenangkan
terima kasih atas infomasi nya mudah”an bermanfat bagi semua nya …amin
saya suka dengan idea yg program ini bukan utk org islam sahaja. isi kandungan al quran boleh diterapka oleh semua makhluk ciptaan allah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Tak Ada Cinta Sepertimu Astro Ria
kalau earth hour ramai yang sanggup bergelap..
benda beri pahala macam ni khasnya utk umat islam…
kenapa tidak ambil peluang dari quran hour..
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Pengalaman Bersama Burung Unta Di PD Ostrich Show Farm
Insyaallah akan terlibat di atas kapasiti sendiri. Moga lebih ramai yang dekat Al Quran selepas ini.
Curahan rasa Suriya Majid @ ..Ini Cara Menguji Gula Dalam Darah Yang Betul
aktiviti begini sangat bagus dan bermanfat..
dapat pahala untukkehidupan di akhirat nanti..
mudah-mudahan kita terus istiqamah untuk beramal ..
in shaa Allah
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Betul Menggunakan Produk Delourva
Tahun lepas saya terlibat dengan program ini
tahun nih tak tahu team mana pula yang terlibat
Semoga program quran hour ini lebih viral dari kisah promo tudung di kelab malam.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
tapi orang kita lebih berminat utk bercerita tentang gosip murahan di sosial media berbanding program agama
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Tak Ada Cinta Sepertimu Astro Ria
Mantap program quran seperti ini sudah seharusnya sering ada agar banyak orang sadar. Jika Al-Quran memang pedoman hidup manusia yang sesungguhnya
Curahan rasa Satria @ ..Free Software HP Deskjet 1050 Printer Driver
anak anak muda mmg sepatutnya didedahkan dengan program seperti ini berbanding program hiburan yg melalaikan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Punca Diaz Keluar dari JDT
Comments are closed.