Assalamualaikum dan salam sejahtera.
World #Quran Hour (WQH) telah berlangsung pada 22 Ramadan 1439H bersamaan 7 Jun 2018 yang lalu dengan tema “World of Compassion” (Dunia Berbudi dan Penyayang). Ia berjaya menjadi momen membentuk solidariti ummah di seluruh dunia untuk berinteraksi dengan Al Quran iaitu Baca, Faham dan Amal.
Program yang berlangsung selama sejam dan diadakan di lokasi perdana di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan hampir 3000 lokasi di seluruh Malaysia, 67 lokasi di 30 buah negara termasuk tanah suci Mekah dan Madinah.
World #Quran Hour ini telah menerima sentuhan DiRaja dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni AlMarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan mencemar duli hadir sebagai tanda sokongan Baginda kepada Program Interaksi bersama Al Quran.
Sokongan pelbagai pihak seluruh dunia
Program kali ketiga ini meyaksikan penyatuan hati ummah dengan kehadiran Menteri Pelajaran, Dr. Maszlee Malik, Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Mohamad Nordin Ibrahim, ahli politik, pemimpin dan kakitangan agensi kerajaan, warga korporat, NGO, imam, pelajar dan orang ramai.
Pada tahun ini, WQH mengambil surah Al Hujurat ayat 1 hingga 18 sebagai panduan pembentukan umat berakhlak mulia yang menekankan nilai-nilai mulia seperti memaafkan, mendamaikan orang yang berselisih faham serta saling kenal mengenali sesama manusia. Kesemua ini menjadi amalan bangsa yang berbudi dan penyayang sehingga kebaikan yang dimulakan di Malaysia ini menjadi gelombang ke seluruh dunia.
Masa untuk interaksi dengan Al Quran
Program ini mendapat liputan langsung selama satu jam setengah daripada Astro Oasis buat kali ketiga ini dan dimulakan dengan pembukaan ngaji surah Al Fatihah oleh Datuk Hj Mohamad Nordin. Ia diikuti bacaan Surah Al ‘Imran ayat 103 hingga 105 oleh Mantan Presiden UIAM, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seruan untuk kita berpegang pada tali Allah yang kukuh.
Ia diikuti dengan Sesi Solidariti Ngaji yang memberi peluang setiap hadirin untuk membaca Al Quran, berinteraksi dan melakukan refleksi diri satu muka surat dalam tempoh 5 minit. World #QuranHour diakhiri dengan ikrar Quran oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman bersama dua pelajar UIAM. Turut kelihatan juga selebriti Norman Hakim dan juga YB Nurul Izzah.
Baca, Faham dan Amal
Pada tahun ini, berlaku sedikit perubahan dengan tarikh perlaksanaan dibawa ke 10 hari terakhir Ramadan, iaitu pada 22 Ramadan 1439H bagi meraikan bulan yang diturunkan Al Quran. Tarikh 9 ZUlhijjah 1439H bersamaan 21 Ogos 2018 akan menjadi sambutan Arafah #QuranHour . Manakala Malaysia #QuranHour akan diadakan pada 30 Ogos 2018, sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2018.
Matlamat #QuranHour adalah untuk berinteraksi dengan Al Quran melalui proses baca, faham dan amal sehingga lahir kerangka fikir dan anjakan paradigma melalui Al Quran. Perubah ini diharapkan dapat mewujudkan bangsa Berbudi dan Penyayang yang akan menjadi model bangsa berpandukan Al Quran terutamanya golongan orang Islam.
Kempen ini telah disambut baik dengan wujudnya lebih 1250 Rumah Ngaji di Seluruh negara yang ditubuh sejak 2013. Rumah Ngaji menyediakan platform mendidik dan mengajak ummah untuk bersama membaca dan memahami Al Quran dalam suasana pembelajaran Al Quran secara percuma dan konsisten.
Moga dengan apa yang diusahakan ini akan mendapat rahmat dan kasih sayang dariNya. Tim Denaihati Network akan sentiasa menyokong dan menggerakkan kempen ini dengan niat #BuatKeranaAllah
18 Comments
Lagi elok kalau progrsm mcm ni berjalan sepanjang tahun dan bukan hanya pada bulan bulam tertentu sahaj
Al-Quran merupakan mukjizat Nabi s.a.w. yang sangat hebat dan kita beruntung dapat mewarisinya sehingga hari ini.
Al-Quran juga merupakan makanan bagi hati kita.
Curahan rasa Zulfikarullah @ ..Makanan bagi Hati
Lebih afdhal lagi bila al quran ini diamalkan, bukan sekadar dilagu lagukan seperti muzik.
Kadang-kadang kita lebih banyak baca WhatsApp, Facebook, Blog, Surat Khabar dan sebagainya berbanding al-Quran. Sedihkan.
Pesanan buat diri sendiri insan fakir lagi hina.
#Muhasabahdiri
Curahan rasa Zulfikarullah @ ..Kunci Bahagia 1
Untuk kurangkan menghadap perkara perkara seperti itu, boleh padam aplikasi dari telefon masing masing.
Ya.
Marilah kita membaca al-quran setiap hari.
Jika dulu kita kanak-kanak kita mampu lakukannya, kenapa tidak ketika waktu dewasa?
Curahan rasa titan @ ..Hutang ialah Raksasa Malapetaka
betul jgk tu. masa kecik2 parents sibuk suruh kita baca quran. boleh je. tapi bila besar ni liat sikit. kenapa entah. haha
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Bayar Bil Astro, TM, Unifi, TNB, Air dengan JomPAY CIMB
Betul tu. Sekarang ni kita hanya sibuk suruh anak-anak je mengaji tapi kita haram nak ngaji bersama anak.
Curahan rasa Zulfikarullah @ ..Bergembira di Aidilfitri Sambil Mengumpul Pahala
Alhamdulillah… Program ini berterusan sehingga sekarang….. Tahniah diucapkan kepada penganjur kerana telah berjaya menjayakan program ini…
Curahan rasa Anuar @ ..RM41,702.00 telah berjaya dikumpul sehingga 24 Ramadhan 1439H
bila dijalankan di bulan puasa ramai yang ambil kesempatan. harap lepas raya nanti pun samalah sambutannya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Andainya Takdir 2 Tv3
Bila semua Sultan dan Yang Dipertuan Negeri dapat hadir dalam majlis begini yang dianjurkan setiap negeri….bertambah bagus. Boleh jadi ikutan oleh banyak rakyat untuk memeriahkan majlis sebegini.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kenapa Selebriti Chef TV Anthony Bourdain Bunuh Diri?
Jika Raja dan Sultan boleh beri komitmen, barang kali Kabinet Malaysia yang terkini juga harus ambil bahagian dalam World Quran Hour.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Soalan Temuduga Penolong Penguasa Kastam
Alhamdulillah, kita di Malaysia menjadi leader dalam hal-hal keagamaan ini yang diikuti di seluruh dunia. Patut adakan program keagamaan lain yang boleh diikuti oleh masyarakat lain seluruh dunia.
Curahan rasa ayba @ ..Anda Pasti Terkejut Bila Dapat Tahu ‘Produk’ Ni Pun Boleh Jual Di Ebay
Alhamdulillah, ramai orang yang mengambil bahagian dalam World Quran Hour tahun ini.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Bisnes Online Dalam USD
ramai yang join tahun ni. lebih lebih lagi dibuat pd bulan ramadan. masing masing nak rebut pahala berganda.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Bayar Bil Astro, TM, Unifi, TNB, Air dengan JomPAY CIMB
Program yg bagus. Sebagai ex iium saya berasa bangga sebb iium berjaya menjd tuan rumah utj program brtraf antarabangsa sebegini.
Program macam ni patut di budayakan setiap hari, apa nak buat. Benda baik tak semua orang suka terutama sekali kalau hasilnya tak nampak di dunia kan
Curahan rasa mazni azmi @ ..10 Set bersalin terbaik di Malaysia untuk ibu berpantang ceria!
Alhamdulillah..
satu acara yang terbaik dan sangat bermanfaat untuk disertai..
semoga pda tahun hadapan lebih ramai lagi penyertaannya
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pengalaman Pertama Merayakan Hari Raya Puasa Seorang Diri
Comments are closed.