Wanita ini pertahankan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dituduh tidak pandai berbahasa Inggeris

Spread the love

Sebuah video mempersoalkan perlantikan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Alam Sekitar telah tular di Facebook. Video tersebut mempersoalkan kemahiran Datuk Tuan Ibrahim berbahasa Inggeris kerana katanya Kementerian Alam Sekitar memerlukam tokoh yang pandai berbahasa Inggeris dan pakar dalam bidang alam sekitar.

Di akhir video tersebut disebutkan bahawa akan binasa apabila melantik orang yang bukan pakar dalam bidangnya. Tonton video tersebut di akhir artikel ini.

Ramai netizen tidak berpuas hati dengan video ini dan salah seorang yang menjawab dengan baik adalah Puan Suhaili Baharudin.

tuan-ibrahim-tuan-man

Kak Eli tak minat nak cerita pasal politik. Sekadar ambil tahu yang terkini pastu dah. Tapi semalam terbaca orang mengutuk ustaz den ni di Facebook. Menabur cerita dia tak pandai English lah itu ini, tak boleh buat kerja lah.

Dia lecturer kami di Uitm. Tolong faham yang bahasa pengantar dan bahasa utama kami di universiti itu adalah English. Semua subjek mesti English. Sebab itulah zaman tu produk uitm ni kalau grad senang dapat kerja. Sebab kualiti InsyaAllah. (saja nak bongkak sikit dengan uni aku ni haha)

Dia mengajar Kak Eli di semester pertama. Umur baru 18 dan kami semua masih dalam mood remaja yang sedang menggila. Bertudung tapi keluar jambul, baju merepek-repek dan entah macam-macam pesen lagi.

Kalau time dia masuk kelas, kami sangat teruja sebab dia ada aura tersendiri. Orangnya sangat tenang, bercakap tu penuh hikmah dan kelakar juga. Kadang-kadang kami fikir dia ni boleh tengok orang sebab selalu sangat apa yang dia teka tu betul.

Kau tahu tak risaunya kami ni sampai kalau dia masuk kelas, kami akan tutup dahi dengan tudung bukan main beria hahah sebab masa tu kami fikir ustaz boleh baca dahi kami.

biodata-tuan-ibrahim-tuan-man

Pernah tengah-tengah belajar tu dia berdiri dekat white board tiba-tiba tegur,

‘Suhaili, awak orang mana?’

‘Jerantut ustaz.’

Dia diam lama dengan muka yang sangat sukar ditafsir. Masa itu kau berdebar jangan cerita.

‘Suhaili, awak jaga mak awak elok-elok.’

Itu saja ayat mati dia. Tak ada angin tak ada ribut puting beliung dan kau terkesima. Sebab ustaz macam tahu masalah Kak Eli masa itu. Sejak dari itu aku malas dah duduk depan time dia mengajar. Karang keluar pulak segala rahsia terpendam ni haha seram hoi.

Kadang tengah syok belajar tu dia tiba-tiba je dia akan sebut nama orang dalam kelas dan cakap sesuatu yang related dengan kehidupan kita, yang mana tak ada seorang pun dalam kelas tu tahu. Walaupun sesama kawan-kawan.

timbalan-presiden-pas-tuan-ibrahim

Dia takkan merendah-rendahkan student dia, orangnya kelakar dan berhemah. Sentiasa kemas dan segak terutama bila berbaju melayu. Kau tahu dia bukan biasa-biasa bila berdiri depan dia. Oh paling best dalam kelas sebab dia suka bercerita tentang kehidupan.

Apa saja tentang pelajaran, sejarah atau kehidupan itu kalau di kongsi akan menjadikan student terpesona. Dan kami akan berusaha nak buat yang terbaik. Itu dia.

Selepas belajar ada waktu santai kami mendengar dia bercerita. Pernah sekali beliau cerita yang arwah atuk dia meninggal. Tapi selepas berbelas-belas tahun selepas itu kalau dia balik kampung dan tidur dirumah itu, tengah malam akan terdengar-dengar suara atuk dia mengaji Quran didalam bilik.

Ya, keluarganya dari orang yang baik-baik.

Masa itu dia dah mula sibuk dengan politik. Dia keluar dari uitm dan Kak Eli juga. Entahkan masa itu den dalam keadaan darah muda dan selepas itu apply semula course lain dan diterima semula di uni yang sama. Tapi ustaz aku ni tak masuk balik hahah.

Ustaz,
Ustaz adalah antara pendidik kami yang terbaik. Melayan dan menyantuni kami dengan penuh adab dan hikmah. Tak terasa kami berjauhan dengan keluarga menimba ilmu bila bersama dengan ustaz kerana ustaz selalu membawa minda kami mengembara. Yang penting ustaz selalu pesan jagalah ibu dan bapa.

Semua orang tidak sempurna and we’re not perfect either.

Hidup kita ini adalah untuk menuju ke hujung penghidupan. Samada kita melakukan sesuatu atau duduk saja tidak melakukan apa-apa, waktu tetap akan berjalan. 

Selamat bertugas ustaz.

Suhaili Baharudin (sila follow ya)


Spread the love

8 Comments

  1. don’t judge a book by its cover.

    kadang2 orang sengaja tak tunjuk dia mahir sesuatu bahasa. bila memerlukan, baru dia guna

  2. Nama pun universiti, bahasa pengantar bahasa inggeris, yang mengajar lagi la hebat bahasa inggerisnya, saya juga budak UiTM 🙂

  3. saya tengah belajar bahasa Inggeris..

    dan tidak layak untuk saya nilai kemahiran orang lain walaupun saya pakar dalam bab tersebut..

    masing-masing ada kelebihan

  4. Padan muka Mamat tu kan,
    Agaknya dia buat research ker pasal Ustaz tuan Ibrahim, saya Pun suka Ustaz ni masa zaman kuliah dia masih Boleh keluar tv
    Dulu. Good luck Ustaz tuan Ibrahim. Kami sangat Doakan anda semua bertugas dengan baik.

    1. The Presidents of both Indonesia and China do not use English; and neither does the Prime Minister of India. And neither do the heads of state of many other countries. There is a serious anti-Malay language situation in our country. (Actually, I myself am a victim of this problem.) But just look at Indonesia. Do they address their problems in English? But they don’t have a ‘geng DAP’ going around challenging the Malay language.

  5. Yang mempersoalkan ustaz ni tak boleh berbahasa Inggeris tu yang sebenarnya fail bahasa Inggeris..ruginya, adab pun gagal juga..
    Curahan rasa JMR @ ..Rule Of 72My Profile

    1. Universiti mana di dunia ni yg ada keluarkan Ijazah Sarjana Muda Kebodohan dgn Kepujian? Hairan…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!