Wanita Hebat Buat 6 perkara Ini!

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Lihat pada posisi kita sebagai seorang wanita. Mana yang dah berkahwin, tarafnya naik satu lagi anak tangga sebagai seorang isteri. Manakala tangga yang atas pula adalah sebagai seorang ibu. Ia adalah fasa kita sebagai seorang manusia yang bergelar wanita.

Dengan itu, kita perlu bersyukur dan berbahagia ya wahai adik-adik. Kita ditakdirkan lahir sebagai wanita. Terlalu banyak sekali keistimewaan yang Allah SWT tanamkan dalam jiwa kita sebagai seorang wanita. Sebagai wanita, kita perlu ada kriteria ini untuk dapat ‘title’ wanita yang lengkap pakejnya iaitu:

1. CERDAS AKAL

Kita kena ada daya fikir yang cerdas tau. Sentiasa berfikiran pantas. Bijak buat keputusan yang tepat. Nak ada akal yang sihat, ‘makanan’nya adalah membaca, menulis, mengira dan menyelesaikan masalah. Semua itu akan asah akal kita biar makin tajam tau! Barulah padu!

2. TINGGI ILMU PENGETAHUAN

Kita kena cari peluang untuk tambah pengetahuan. Hadiri kelas yang dapat buka minda. Berguru dengan ramainya wanita yang berjaya diluar sana.
Kita ada begitu ramai tokoh wanita yang boleh dijadikan ‘role model’ tau.

Contohnya:
Neelofa yang terkenal dengan kecantikan dan perniagaannya. Datuk Nicol David ratu sukan squash negara yang sentiasa mengharumkan nama Malaysia. Heidy Quah, penerima anugerah pemimpin muda, “The Queen’s Young Leaders Award” daripada Ratu Elizabeth II, di Istana Buckingham, London.

Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim yang pernah bekerja dengan Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) serta ramai lagi wanita hebat tau di luar sana.

3. INDAH AKHLAK

Kita perlu ada peribadi yang mulia. Bila orang lihat saja, mereka rasa sejuk. Tenang dan damai. Nak ada akhlak yang indah ni, perlu kita perbanyakkan melakukan kebaikan.

Buat baik bermula dari niat yang baik juga. Semat dalam diri bahawa kita nak beri manfaat pada orang sekeliling. Jangan pernah berkira atas setiap pertolongan yang kita beri. Semoga dengan nilai sumbangan yang kita berikan itu dapat menjadikan hidup mereka lebih baik.

4. TEGUH KEIMANAN

Kita ini sebagai wanita, sering saja ada hati yang berbolak balik. Puncanya sebab kita mudah terdorong oleh keinginan yang tinggi. Lagi-lagi pada perkara yang tak mendatangkan faedah.

Tengok member pakai beg LV, kita pun nak pakai sama. Tengok jiran pakai kereta mewah, kita pun mengidam nak pandu kereta yang jauh lebih bergaya.

Kita mudah terpengaruh berdasarkan kecenderungan hati kita ini. Ambil langkah bertenang dan mula tentukan balik di antara keperluan dan keinginan. Samada kita perlu ataupun tidak perkara tersebut.

5. LUAS PERGAULAN

Kita sentiasa ditentukan ‘circle’ yang kita pilih. Sesiapa yang ada di sekeliling kita, mereka itu yang mencorak perjalanan hidup kita dari faktor luaran.

Jika kita benarkan yang positif sahaja dalam pintu hati kita, pasti diri kita juga menerima impak positif dari situ. Kita juga perlu juga bina jaringan hingga boleh bina empayar sendiri tau.

6. INDAH PARAS RUPA

Keindahan itu biasanya bila kita dah fokus dan praktikan siap-siap 5 perkara di atas. Ia adalah tenaga dari dalam. Bila semua tu dah mantap, secara tak langsung kau akan nampak indah belaka.

Sebab itu ada je yang muka cantik, tapi tak menarik. Ada pula yang muka biasa je, tapi auranya berbeza. Bila kecantikkan luar dalam itu berjaya kita miliki, cukup lengkap dah pakej kita sebagai wanita tau!

Jadi, ini hal-hal yang menjadikan seorang wanita itu nampak sempurna tau. Bila kita dah tahu perkara ini, kita tanya semula pada diri, “apakah kita mampu penuhi ciri-ciri di atas?”

Jawab dengan jujur dan penuh keyakinan ya bahawa “aku boleh!”
Kena mula dari hari ini tau. Supaya semakin teguh peribadi kita sebagai wanita. Barulah pasangan kita akan lebih menghargai kita dan menyayangi kita sampai ke syurga. Cewah!

Puan Suzy Honey


Spread the love

7 Comments

  1. Teguh keimanan tu mungkin boleh diperluaskan juga dalam aspek menutup aurat. Nak berfesyen boleh, tapi elok-elok lah rambut dah tutup, tutuplah sekali leher dan telinga tu. Baju longgar dan sopan, tudung tutup dada. Senang cakap pakaian patuh syariat. Alhamdulillah zaman sekarang kebanyakan perempuan dah pakai tudung, maka jadikan ia permulaan untuk kita menjadi muslimah yang lebih terpelihara kehormatan diri, sentiasa perbaiki diri luar dan dalam dengan baik. Kita nak berjaya dunia akhirat kan.. Mudah-mudahan Allah memuliakan kita lebih daripada bidadari syurga di alam sana nanti.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!