Wanita Besi serik diburu 5 Ah Long, temui jalan keluar dengan pencuci muka ajaib MAGIKA

Spread the love

“Bangkit dari jatuh terkulai layu”

Itulah yang berlaku kepada seorang pengasas sebuah produk ini, Azura Baharudin atau lebih dikenali sebagai Kak Jura.

Mungkin ramai yang hanya nampak tahap berjayanya seseorang pengasas produk Magika ini. Namun jarang yang tahu bagaimana dan kisah di sebalik beliau bangkit dari kejatuhan yang teruk.

Di suatu ketika Kak Jura hidup dengan gaji yang sangat lumayan serta rumah dan kereta yang amat mewah.

Namun ALLAH menguji hambaNya, Kak Jura kehilangan kerja dan kesilapan Kak Jura berbelanja mengikut hawa nafsu tanpa memikirkan wang simpanan. Paling menyedihkan ketika itu tiada modal untuk menampung urusan kewangannya. Rumah kondo dan kereta mewah berbulan tidak bayar, hanya menunggu kena tarik dan usir keluar.

Hidup ibarat ‘gali lubang tutup lubang’

Kak Jura ambil jalan berliku, tanpa memikirkan risiko pinjam duit daripada Ah Long. Namun hanya tahan beberapa ketika.

Bayangkan hutang demi hutang tak boleh nak dibayar. Hutang Ah Long pertama belasan ribu. Pinjam Ah Long kedua pula untuk bayar hutang pertama. Kemudian berhutang pula dengan Ah Long ketiga untuk selesaikan Ah Long kedua.

Ibarat lagu Gali Lubang, ‘gali lubang tutup lubang, pinjam wang bayar hutang’. Jumlah Ah Long sudah jadi 5 orang dan hutangnya meningkat kepada RM40,000. Kesemua hutang ahlong ini untuk menampung segala hutang rakan rakan,kereta dan rumah.

Atas bantuan dan nasihat seorang sahabat, Kak Jura membuat permohonan RM100,000 ke SME Bank untuk tujuan pinjaman pembiayaan perniagaan.

Ah Long kejar bunga RM4000 setiap 10 hari

Dalam pada itu, semasa Kak Jura kehilangan kerja, beliau ada berkenalan dengan seorang pemuda yang bernama Razki. Terlalu kasihan Razki sentiasa bersama dan beri bantuan dari segi moral.

Beliau lah yang berada bersama Kak Jura untuk susah senang bersama menghadapi masalah yang dihadapi. Di sini berputik kasih dan mereka merancang untuk berkahwin. Mereka bekahwin sewaktu susah dikelilingi tekanan hutang Ah Long. 

Mereka hidup dengan sederhana, kadang kala ikat perut kerana perlu membayar bunga Ah Long. Sementara suaminya Razki ada bisnes online kecil kecilan dengan menjual sterika. Mereka tetap berazam untuk ubah kehidupan dan teruskan usaha tanpa terlalu mengharapkan permohonan pinjaman pembiayaan perniagaan itu.

Lepas 3 bulan, tiba-tiba ada perkhabaran baik yang mana permohonan pinjaman pembiayaan perniagaan Kak Jura dah lulus. Kak Jura rasa lega dan perasaan gembira ALLAH je yang tahu.

Apa tak gembira dah 6 bulan bergelumang dengan Ah Long. Setiap 10 hari Ah Long telefon mintak duit bunga. Tak rasa seram ke? Asalkan bunyi telefon je dah berdebar dah waktu tu. Selepas dapat panggilan itu mereka masih  teruskan bisnes sterika dan bercadang untuk buat perniagaan yang lebih terjamin.

Hari nikah, ALLAH kurniakan sesuatu yang istimewa

Suatu yang tak disangka, berkat usaha tanpa jemu dan ALLAH hadiahkan sesuatu.

SME Bank call beritahu cek sudah sedia untuk diambil.

Nikah kat masjid saja. Pukul 11am nak nikah hari Jumaat 15/11/2013. Pukul 10am bank telefon beritahu cek pinjaman dah sedia boleh diambil bila-bila masa. Kuasa ALLAH nak bantu selesaikan masalah Kak Jura pada hari kami nak nikah.

Allahuakbar. Menitik air mata. Selepas lalui dugaan Ah Long dan kehidupan tertekan dengan hutang, Kak Jura tarik nafas lega dan syukur tak terhingga. Kira selesai dah segala hutang Ah Long. Kemudian RM40,000 digunakan untuk bayar hutang Ah Long dan selebihnya untuk modal berniaga.

Bermula dari kosong, pantang serah kalah

Dengan modal itulah, Kak Jura dan suaminya Razki Yaman meneruskan kehidupan dari zero.

Rumah kondo dan kereta mewah ditinggalkan, sedih sangat sebab dah tak mampu nak bayar.

Kak Jura membuat tindakan drastik dengan menjual produk kecantikan. Bukan mudah sebenarnya menjadi pengasas produk, 3 bulan pertama jualan hanka RM1000 sahaja. Tiada stokis dan agen, mereka jual sendiri. Pada masa itu, hanya dengan bertemankan motor scrambler suami, beliau menghantar produk-produknya ke pelanggan dan perkhidmatan kurier. 

Semuanya dibuat berdua dan segala perbelanjaan memang habis jimat.

Kemudian setelah 6 bulan, barulah dapat bernafas lega dan membeli kereta terpakai tunai dengan harga RM5000. Untuk sementara bolehlah mendapat ruang yang besar sedikit untuk tujuan penghantaran produk.

Untuk menjalankan perniagaan, bukan hanya tahu jual beli sahaja. Banyak perkara yang perlu belajar. Pemasaran, pengurusan, lantikan ejen dan Kak Jura pergi ke pelbagai kelas untuk menimba ilmu.

Selaras dengan trend terkini, Kak Jura tak mahu ketinggalan selaku pengasas produk.

3 Tahun berhempas pulas temui produk inovasi

Kajian dan minat yang ada dalam perniagaan yang diceburi membuatkan Kak Jura lebih bersemangat. Kali ini dengan niat nak bantu orang lain juga untuk dapatkan pendapatan.

Di situlah terhasilnya Premium leader, stokis, ejen mahupun dropshipper yang mahu bersama-sama Magika.

Banyak saja produk pencuci muka di luar sana, tapi produk Magika ni unik!

Magika Argan Cleansing Flakes (MAFC), dibuat khas untuk membersihkan kulit muka sepantas 10 saat.

Kertas pencuci muka ajaib jadi buruan

MACF kertas pencuci muka ajaib. Inovasi terkini kertas dititik-titik air bertukar menjadi buih untuk mencuci muka sambil merawat dan mencantikkan kulit muka.

Dalam satu set MAFC, ada 100 kepingan kertas nipis, untuk penggunaan sehingga dua bulan.

Bukan saja pek yang kecik, ringan nak bawa ke mana-mana pun boleh!

MACF ni digemari oleh mereka yang suka melancong. Maklumlah jika bawa bentuk cecair, seringkali ada masalah tumpah dan bocor.

Yang nak bawa sekali dalam flight pun tiada masalah, pencuci berbentuk kepingan kertas. Ringan saja!

Memang banyak masalah orang dapat diselesaikan

  • Mudah dibawa ke mana sahaja.
  • Membersih dengan pantas, lembut tapi mendalam
  • Memberi nutrien pada kulit
  • Memelihara kelembapan semulajadi, mencerah juga menganjalkan kulit
  • Menghalus dan mengecilkan liang pori
  • Melindungi kulit dari sinar UV
  • Mengecutkan jerawat dan memudarkan parut
  • Kulit lebih glowing dan flawless semulajadi
  • Sesuai untuk semua jantina (orang Asia)
  • Boleh diguna seawal usia 12 tahun
  • PH yang rendah
  • Mesra Wudhuk (Mudah dicuci)

Liputan media makin meluas, MACF buat pengguna teruja

Kegigihan Kak Jura membantu usahawan-usahawan di bawah naungannya, mendapat perhatian banyak pihak. Sudah tentu ada insentif yang diberikan kepada yang capai target.

Makin lama, makin berkembang dan produk ini pun mendapat perhatian media massa dan media cetak.

Kisah inovasi MACF ini di suratkhabar, majalah, televisyen dan yang baru-baru ini di Bernama dan juga Astro Go Shop.

Ketika ini, Magika memang sedang buat promosi untuk MACF.

Produk MACF ini memang sudah boleh didapati daripada ejen-ejen di seluruh negara. Untuk pembelian, boleh klik Magika Argan Cleansing Flakes


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!