Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sejak minggu lepas aku melihat kelainan pada susun atur email gmail. Selain daripada susunan email dalam inbox dan important telah berubah, email lama berubah jadi page depan dan email baru lari ke last page. Rasa musykil bila masanya aku mengubah setting email ni. Adakah mungkin menggunakan smartphone dan laptop menyebabkan setting berubah secara automatik?? Tapi selama ini tak pernah pun berlaku.
Dua hari lepas aku terima email daripada seorang sahabat daripada Bangkok, Thailand yang ingin berurusan perniagaan dengan nilai ratusan ribu dollar Amerika. Aku baca email gmail tersebut sekali lalu di iPhone 5 tanpa membalas kerana perlu memikirkan apakah perlu aku berurusan dengan beliau memandangkan risikonya sangat tinggi.
Selang sehari sedang enak aku menjamu selera sarapan pagi roti canai banjir dengan teh tarik tiba-tiba aku mendapat panggilan daripada luar negara. Sayup-sayup terdengar suara sahabat aku dari Bangkok.
“Abang no akaun yang abang bagi salahlah aku cuba transfer 50k tapi nombor akaun tu invalid”.
Aku tergamam mendengar suara tersebut.
“Bro transfer apa ni 50K? Aku tak fahamlah”.
“Semalam kan aku ada kirim email pada abang berkenaan nak tranfer duit tu. Abang dah balas minta saya transfer pada akaun tapi no akaun yang abang bagi itu salah”.
“Bro aku ada baca email tu tapi aku tak ada balas pun. Itu mesti hackers cuba tipu bro menyamar guna nama aku”.
“Ya ka bang dia guna nama abang, no akaun abang dan balas guna email yang biasa abang kirim pada saya”.
Nasib baik no akaun yang diberikan kepada kawan aku di Bangkok itu salah kalau tidak kesianlah dia tertipu 50K. Bukan RM50k tapi USD50k .. super banyak tu.
Maknanya ada seseorang yang telah bersarang dalam akaun gmail aku untuk mengelirukan kawan-kawan aku. Patutlah abis setting email gmail aku berubah. Apa lagi serta merta aku login akaun gmail dan check balik email kawan aku dari Bangkok tu. Email tu dah tak ada … lesap hilang tak dapat dikesan sehingga dalam trash pun tak ada.
Aku tukar password dan tingkatkan lagi keselamatan sekuriti email tersebut.
Malamnya sedang enak menghirup kopi panas di sebuah cafe baru di tepi highway plus tiba-tiba aku dapat sms “Your Google verification code is XXXXXX“.
Manusia misteri sedang cuba memasuki akaun gmail aku untuk menyamar lagi.
Teringat aku peristiwa 2006 apabila semua akaun online aku di hack oleh seseorang. Setiap kali aku ubah password tak sampai sejam manusia ini akan ubah semua password tersebut. Berbagai cara aku buat sehingga beli laptop baru pun tidak boleh menyelesaikan masalah sehingga akhirnya aku dapat berkomunikasi dengan manusia ini. Manusia ini suatu ketika dahulu pernah jadi downline aku ketika buat satu MLM tetapi syarikat itu akhirnya tutup. Manusia ini menyalahkan aku kerana tidak dapat menerima risiko kegagalan.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Khas untuk wanita rahsia jana wang di rumah! Klik Sini
Rahsia bisnis ubat kuat lelaki yang berjaya terbongkar! Klik Sini
Rahsianya kejayaan bisnis dropship terbongkar! Klik Sini[/box]
Untuk memastikan manusia ini tidak menganggu semua akaun online aku …. terpaksa membayar sejumlah duit setiap bulan kepada beliau. Aku pun tak tahu nak buat apa hidup memang tertekan sehingga terpaksa minta tolong sahabat yang kebetulan berada di Mekah untuk doakan di depan pintu Kaabah. Alhamdulillah ALLAH SWT MAHA KUASA berkat doa tersebut manusia ini insaf dan memohon maaf atas apa yang telah beliau lakukan pada aku.
Jangan underestimate Hacker sebab diaorang boleh buat wonders.
Tapi sehebat mana manusia tidak terlawan kehebatan ALLAH SWT yang penting kena sabar, usaha, doa dan tawakal. Apa juga masalah minta tolong dengan ALLAH pasti bantuan akan datang cepat atau lambat.
113 Comments
Lumrah hidup, di mana manusia dengki dengan kejayaan seseorang. Kita sebagai insan biasa kena sentiasa berdoa akan dijauhkan dari perasaan dengki dan juga khianat dari orang lain.
Kalau dah jadi popular ramai yang nak ambil kesempatan dengan menyamar dan menipu.kena kuatkan sekuriti.
Curahan rasa qadar @ ..Selamat Datang Ke Blog Saya
menggerunkan bunyinya tu DH.
alhamdulillah masalah dah selesai… iyelah, buat biz apa pun mesti ada risikonya, redha je kalau rugi, jgn suka salahkan org lain kan 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Wordless Wednesday #62: Tanjung Bidara nan indah
wah,,sampai segitunya ya hacker itu,,tega melakukannya..
untung saja salah nomor akunnya….perlu protect lebih dalam ya
Curahan rasa Obat Alami Untuk Penyakit Diabetes @ ..Obat Alami Untuk Penyakit Diabetes
Memang satu igauan kalau akaun email diceroboh.
Masalah kalau macam ni,syukurlah tak melibatkan kerugian.
Curahan rasa azman @ ..Masalah Samsung Galaxy S2
bahaya betul diorang ni. macam2 langkah keselamatan diambil pun diorang boleh hack lagi.
Curahan rasa khairil @ ..25 Gambar Objek Harian Di Bawah Mikroskop Yang Sangat Pelik Dan Menyeramkan
Kalau saya tidak takut, karena email online saya tidak ada pengaruh, tidak ada akses ke orang-orang yang berduit. Tidak ada gunanya menghecker akun saya.
Curahan rasa Suwono @ ..Agen Herbalife Yogyakarta
kalau sudah berhubungan dengan uang,account,email itu memang sangatlah berhati-hati lah yew,saya juga pernah email g-mail ingin diceroboh orang tapi untung saja langsung ada pemberitahuan dari Google agar segera menukar password,jadi kalau ada orang nak minta account macam itu kena hati-hati juga,entri ini bisa untuk pembelajaran bagi kita semua,thanks xD.
Curahan rasa alice @ ..Resolusi 2013 Komunitas Blogger Jogja
MasyaAllah.. macam-macam. Ada satu isu berkenaan dengan denaihati.com yang akan saya buat entri. Itupun ada masalah juga. Tak boleh link add denaihati.com di FB. Kene block!
Tetibe gua rasa takut kalau2 e-mel gua dihack. Mati gua beb.
Curahan rasa abangensem @ ..Sori Beb!!
pernah gak sekali kena hack dulu. macam ni la jugak gayanya lbh kurg. mintak duit dgn mail list sy thru email. Mujur la kawan2 call bagitau benda ni. Terus tukar password. tp ujian yg bro kena part last tu mmg bahaya. Alhamdulillah, rezeki Allah kasi dia insaf
dahsyatnya ujian yang DH kena hadapi…semoga lepasni tak ada lagi yang cuba mengganggu…
Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Apa Pandangan Anda Tentang Bardboo.com?
luar biasa kehebatannya dalam menghack email bagaimana mengatasinya yaa
Yang penting harus ditingkatkan keamanan akun emailnya dengan kombinasi yang sulit diterka sepertinya begitu bang Munir
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Waspadai Demensia
mcm tu pnya amcaman pun ada gak!!bahaya!!
mati2 selama ni ak percayakn gmail ni selamat!
Comments are closed.