Wad perempuan 1, Hospital Sultanah Aminah terbakar

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Dikhabarkan bahawa Hospital Sultanah Aminah mengalami kebakaran lagi? Walaubagaimana pun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran Wad Perempuan 1 yang berlaku sekitar pukul 3 petang hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba hadir ke lokasi kebakaran bagi mengetahui situasi terkini keadaan di sana. Menurut beliau, ketika kejadian, seramai 52 pesakit sedang dirawat dalam kompleks berkenaan.

Bagaimanapun, hanya 24 pesakit yang berada di blok wad lokasi yang terbakar.

Katanya, kesemua pesakit berkenaan telah dipindahkan di dua lokasi termasuk di wad induk HSA pada pukul 4 petang.

“Pesakit yang berada dalam wad ini telah kita agihkan dan pindahkan ke wad lain.

“Tidak ada kematian, kita pastikan bahawa pesakit terlibat dalam kebakaran kecil kita pindahkan ke wad yang ada dalam hospital.

“Bagaimanapun, ada wad bersebelahan, kita pindahkan sejumlah pesakit ke Hospital Permai kerana lebih selesa dan perlukan isolotion (pengasingan),” kata Dr Adham kepada wartawan ketika ditemui di lokasi kebakaran.

Ditanya mengenai dakwaan terdapat kematian dua pesakit seperti yang tular di media sosial, Dr Ahmad mendakwa, berita itu tidak benar.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor, Datuk Yahaya Madis berkata, punca kebakaran wad berkenaan masih dalam siasatan.

Laporan mengenai kebakaran itu juga hanya akan diketahui dalam tempoh dua hari lagi.

Kata beliau, pasukannya berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh 20 minit.

Seramai 60 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Tebrau dan Johor Jaya dikerahkan untuk memadamkan kebakaran itu.

Ketika ini, Kompleks Perubatan Perempuan HSA juga akan ditutup sehingga mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

Sumber: Awani


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!