Vivy Yusof dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM, sedia kongsi idea dan pembaharuan bermanfaat

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Usahawan muda Vivy Yusof, pengasas FashionValet dan dUCK Group, dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) oleh Kementerian Pendidikan.

Perkhabaran tersebut telah dimaklumkan melalui laman Facebook rasmi UiTM, laman Twitter Naib Cancelor UiTM semalam, 26 Mei, dan dikongsikan sendiri oleh Vivy dalam laman Instagram miliknya.

Vivy melalui catatannya telah meluahkan rasa kesyukuran dilantik jawatan berkenaan dan menyatakan akan menjalankan tanggungjawab tersebut dengan baik.

https://www.instagram.com/p/Bx6orJAArFo/?utm_source=ig_web_copy_link

Saya sangat menghormati Pengerusi dan Ahli Lembaga yang lain atas usaha (terhadap UiTM) yang mereka lakukan.

“Walaupun saya tidak mempunyai pengalaman yang sama namun saya harap saya dapat menyumbang idea segar dan membawa pembaharuan kepada UiTM dan bermanfaat dalam industri pendidikan,” katanya.

Vivy merupakan graduan lulusan undang-undang dari London School of Economics, United Kingdom.

Image from Google

Pelantikan Vivy Yusof bawa manfaat besar – UiTM

Dalam kenyataan UiTM, pelantikannya sebagai anggota lembaga pengarah selama tiga tahun itu dapat menjadi pendorong serta memacu pusat pengajian tinggi terbabit untuk kekal relevan sebagai hab keusawanan di peringkat pendidikan tertinggi.

Pelantikan Vivy Yusof ini dijangka akan menyuntik idea baharu untuk menggalakkan keusahawanan dengan lebih berkesan dan memberi inspirasi kepada perniagaan baru dalam kalangan warga UiTM terutamanya pelajar.

Menyifatkan ketua pegawai kreatif syarikat e-dagang FashionValet dan pengasas bersama The dUCK Group itu sebagai seorang yang peka dengan kehendak golongan milenium, Naib Canselor UiTM, Prof Mohd Azraai Kassim percaya bahawa jenama dan produk dari universiti itu akan berada di mata antarabangsa melalui pelantikan Vivy.

Vivy Yusof pernah disenarai Forbes 30 Under 30 Asia

“Saya percaya bahawa universiti akan mendapat manfaat yang besar daripada pengalaman Vivy sebagai usahawan wanita yang sangat berjaya. Kami berharap untuk bekerjasama dengannya dalam usaha untuk meningkatkan dan mengembangkan capaian keusahawanan UiTM dalam ekosistem global dan tempatan,” -UiTM

Sepanjang kerjayanya dalam dunia keusahawanan, Vivy telah memenangi pelbagai anugerah termasuklah Bella Business Award 2013, Women’s Weekly Malaysia’s Finance and Commerce Nominee untuk anugerah Great Women of Time Awards 2015, 60 Wanita Inspirasi Nona, Young Entrepreneur Award daripada Tribute To Women Malaysia dan banyak lagi.

Selain itu, antara kejayaan terbesar beliau adalah apabila disenaraikan sebagai salah satu daripada Forbes 30 Under 30 di Asia pada April 2017, begitu juga Neelofa.

Pengumuman yang dikongsikan dalam Facebook UiTM dibanjiri pelbagai komen daripada warganet, ada yang mengucapkan tahniah manakala yang lain mempertikaikan kredibiliti Vivy untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

Ada yang berpendapat masih ramai tokoh yang lebih layak dilantik berbanding Vivy, termasuk dalam kalangan ahli akademik.


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!