Vivo lancarkan pelbagai peranti teknologi 5G, kelajuan boleh mencecah 10Gbps

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini Vivo boleh berbangga dengan teknologi baru yang diperkenalkannya iaitu iaitu teknologi 5G. Beberapa hari yang lalu Vivo telah memperkenalkan pelbagai produk yang melibatkan teknologi 5G di acara MWC Shanghai 2019.

Dua peranti flagship 5G mereka iaitu Vivo NEX 5G dan Vivo iQOO 5G telah diperkenalkan pada acara tersebut. Kedua-dua peranti ini menggunakan Snapdragon 855 dan Modem Snapdragon X50. Cip ini adalah berasingan dan tidak terbina pada cip pemprosesan.

Mengikut maklumat yang diberikan oleh pihak Vivo, peranti ini akan dijual bermula pada suku ketiga tahun 2019.

Produk seterusnya yang menggunakan teknologi 5G diperkenalkan Vivo adalah Vivo AR Glass. Dengan Vivo Ar Glass ini anda boleh menggunakan bermacam-macam aplikasi yang disediakan seperti pejabat mudah alih, permainan AR, video 3D berdifinisi tinggi, pengecaman wajah dan akhir sekali pengecaman objek.

Dengan teknologi 5G ini juga, Vivo mampu menawarkan 5G Internet dengan kad SIM yang paling laju mengalahkan rangkaian Internet 4g/4G+ yang berleluasa buat masa ini. Untuk info, rangkaian 5G mampu menawarkan berpuluh hingga beratus kali ganda lebih laju kelajuan Internet dari rangkaian 4G.

Sebagai contoh di Malaysia jika kita menggunakan rangkaian 4G, kita mampu mencapai internet sekitar 10Mbps. Tetapi dengan teknologi 5G kita mampu pergi sehingga 100Mbps malah boleh mencecah 10Gbps.

Seterusnya produk 5G dari Vivo ialah 5G EasyShare. EasyShare adalah versi khas AirDrop untuk peranti Vivo dan sudah lama digunakan. Tetapi untuk versi 5G ia menjanjikan pemindahan fail yang berkali ganda lebih pantas.

5G Screen Mirroring turut diperkenalkan Vivo untuk pengguna yang gemar memindahkan paparan skrin telefon ke skrin yang lebih besar seperti televisyen. Dengan 5G Screen Mirroring, teknologi casting ini agak berlaku dengan pantas, lancar dan hampir tiada latensi seperti anda menggunakan kabel.

Akhir sekali dengan teknologi 5G, Vivo memperkenalkan 5G Cloud Gaming. Dengan teknologi ini, kaki Games boleh bermain game terus dari Cloud tanpa perlu muat turun fail-fail yang besar ke telefon anda. Dengan kelajuan internet 5G permainan Games terus dari Cloud ini akan berjalan dengan lancar dan pantas ketika bermain seperti tiada kelewatan.

Kemampuan Vivo menerapkan teknologi 5G kedalam peranti atau produk mereka sangat mengagumkan. Ini merupakan titik permulaan dalam teknologi 5G untuk terus berkembang maju pada masa akan datang.


Spread the love

7 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!