Virus Baharu Dikesan Di China, Berpotensi Menjadi Pendamik

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Belum habis dengan pendamik virus Covid-19 yang melanda dunia, hari ini para saintis di China melaporkan berjaya mengenal pasti satu virus baharu yang dipercayai berpotensi menjadi pendamik.

Ia susulan penemuan pada dua individu yang dilapor dijangkiti virus tersebut baru-baru ini.

Menurut Jurnal PNAS, virus yang diberi nama G4 EA H1N1 ini mirip selesema babi H1N1 yang pernah melanda dunia pada tahun 2009.

Setakat ini, vaksin influenza sedia ada tidak merangkumi virus G4 EA H1N1 dan manusia didapati tidak mempunyai kekebalan terhadapnya.

“Adalah menjadi kebimbangan sekiranya jangkitan itu merebak dan meningkatkan risiko wabak.

“Tinjauan epidemiologi mendapati kedua-dua pesakit mempunyai jiran yang memelihara babi.

“Pada masa sama, virus G4 EA ini didapati boleh berjangkit daripada babi kepada manusia, menyebabkan jangkitan teruk dan kemungkinan membawa maut,” tulis artikel itu.

Saintis berkata 10.4 peratus (35 daripada 338) pekerja di ladang babi itu telah diuji dan didapati mempunyai antibodi untuk virus tersebut.

“Jangkitan seperti ini meningkatkan kemungkinan adaptasi virus itu dalam kalangan manusia, dan menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan terjadinya pandemik,” kata para saintis.

Walaupun tidak diketahui tahap bahaya atau apakah ia boleh merebak seperti virus SARS-CoV-2 penyebab COVID-19, para penyelidik memberi amaran virus ini perlu diberi perhatian.

Semoga Allah pelihara kita semua dari segala jenis penyakit yang merbahaya. InsyaAllah.

Sumber : Astro Awani


Spread the love

5 Comments

  1. Banyak hikmah yang berlaku disebalik covid 19. Semoga kita dijauhkan drp bala yg berat dan dilindungi Allah swt. Aamiin

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!