Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah baru-baru ini, ramai jemaah telah ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah. Kesempatan cuti sekolah juga memberi peluang ramai yang ke sana bersama keluarga dan rakan.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Baru-baru ini juga ada dimaklumkan tentang serangga yang banyak di Mekah. Video dan gambar yang menunjukkan cengkerik hitam hampir memenuhi sebahagian ruang suci juga tular di media sosial sejak malam Isnin.
Kenyataan rasmi dari Majlis Perbandaran Tanah suci Mekah
Berhubung dengan isu semasa yang sedang tular buat masa ini, berkaitan dengan video yang sedang hangat diperbahaskan di media-media sosial.
Iaitu Video Yang merakamkan ribuan serangga memenuhi beberapa kawasan di sekitar kota mekah assyarif. Majlis Perbandaran Kota suci Mekah telah membuat siasatan dan hasil dari siasatan itu menjelaskan:
Bahawa serangga itu adalah sejenis serangga yang bernama (janadibu sauda) atau (al jaddejad). Atau dikenali juga sebagai lipas malam(cengkerik). Ia terbang sekawan dari tempat lain ke tempat lain.
Walau bagaimana pun pasukan keselamatan yang dikhususkan dari unit kawalan serangga telah dihantar bagi menyelesaikan masaalah ini.
Sebanyak 22 kumpulan yang terdiri dari 138 orang pekerja yang disertakan bersama mereka sebanyak 111 pest controls atau alat pembasmi serangga.
Dan pembasmian telah dilakukan bermula dari sudut yang mana ia banyak didapati keluar. Iaitu saluran air bawah tanah, Saluran air kumbahan, Laluan terbuka atau tertutup.
Semua ini dilakukan disekitar masjidil haram khususnya di bahagian yang bernama al qusyasyiyyah.
Sumber yang sama menyatakan bahawa pasukan cepat menangani masalah ini, memfokuskan pada longkang hujan dan saluran air terbuka di kawasan itu kerana mereka mungkin sumber serangga.
Insiden ini mengingatkan bahawa ribut kuat yang melanda Mekah pada Ogos lalu menyebabkan kerosakan ringan di khemah jemaah berhampiran dan kiswah Kaabah juga kencang ditiup angin.
(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka. (Al-A’araf : 133)
Semua kejadian yang berlaku adalah dengan izin ALLAH. Apakah petanda atau hikmah di sebalik kejadian lambakan cengkerik hitam di Mekah ini?
Semoga kita sentiasa dirahmati ALLAH.
6 Comments
Mungkin juga kesan dari construction yang berdekatan dengan masjidil haram tu sebabkan cengkerik ni keluar dari tanah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Teringat pula pada kisah semasa Nabi Musa AS kembali ke mesir selepas diperintahkan Allah swt untuk memberi peringatan kepada Firaun.
Banyak bala yang Allah turunkan kepada negeri mesir, dengan kutu, katak, sungai jadi merah & akhir sekali dengan laut terbelah dua.
Curahan rasa Ibu syurga @ ..Susu Kambing Lazz! Review harga & kebaikannya untuk seisi keluarga.
Semoga kita tidak menjadi hamba yang sombong dan melampaui batas sehingga Allah beri ancaman seperti ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Formula Ketenangan Diri yang Hebat!
Ada sesuatu pesanan yang ingin disampaikan melalui kejadian tersebut. Sama-sama lah kita meningkatkan takwa kita pada yang esa
Curahan rasa Encik Hafiz™ @ ..Harga Perodua Aruz SUV 2019
apakah mesej yang Allah cuba sampaikan untuk kita melalui kisah serangan cengkerik hitam ini
Curahan rasa mrhanafi @ ..15 Petanda Ajaib Untuk Lelaki Segera Ke Alam Perkahwinan
Pada ‘fasa-fasa akhir’ umur dunia ini, macam-macam berlaku. Sesuatu yang kita tidak terfikir pun berlaku. Sedang apa yang berlaku ini sudah disebut dalam hadis dan sebagainya. Cuma mungkin kita tidak sedar.
Curahan rasa ahmadyani @ ..10 Ebook Terbitan Klikjer Paling Laris Tahun 2018
Comments are closed.