Varian Delta Plus sudah merebak di Korea Selatan, dua kes dikesan

Menurut Astro Awani, Korea Selatan telah mengesan dua kes pertama varian Delta Plus COVID-19, kata Badan Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) pada Selasa, ketika negara itu berdepan gelombang jangkitan keempat.

Varian Delta Plus merupakan sub-lineage varian Delta yang pertama kali dikenal pasti di India.

Setakat ini Britain, Portugal dan India juga telah melaporkan kes varian Delta Plus.

 “Kes pertama di Korea Selatan dikesan pada seorang lelaki berusia 40-an yang tidak mempunyai sejarah perjalanan dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini,” kata KDCA kepada Reuters.

Saringan terhadap 280 kontak rapat lelaki itu mendapati hanya anaknya yang positif, kata Park Young-joon, pegawai KDCA dalam taklimat harian.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada jiran anaknya turut dijangkiti varian Delta Plus itu.

Pihak berkuasa kesihatan mengesahkan beberapa vaksin utama berkesan terhadap varian Delta yang sangat mudah menular, tetapi kemunculan strain baharu menimbulkan kebimbangan tentang tahap keberkesanan vaksin.

Beberapa saintis mengatakan varian Delta Plus mungkin lebih mudah berjangkit, dan kajian sedang dijalankan di India dan beberapa negara lain untuk menguji keberkesanan vaksin terhadap mutasi ini.

Korea Selatan melaporkan 1,725 kes COVID-19 pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhannya kepada 203,926 dengan 2,106 kematian.

Setakat Selasa Korea Selatan telah memvaksinasi 20 juta penduduknya (39 peratus), dengan sekurang-kurangnya satu dos vaksin, sementara 14.1% telah diberi vaksin sepenuhnya.

Mereka menyasarkan sekurang-kurangnya 36 juta penduduk divaksinasi pada bulan September.

Sumber: Astro Awani

6 Comments

Leave a Reply to pembagian harta waris Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!