Utusan sah ditutup, Menteri Sumber Manusia meminta mengkaji semula keputusan

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad telah mengesahkan penghentian operasi berkuat kuasa pada hari semalam (9/10/19).

Perkara itu dinyatakan dalam satu memorandum pekeliling ditandatangani oleh Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir.

Menurutnya, Lembaga Pengarah Utusan telah pada 7 Oktober 2019 meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang (Creditors’ Voluntary Liquidation) dan seterusnya meluluskan pelantikan UHY Advisory (KL) Sdn Bhd sebagai Pelikuidasi Interim (Interim Liquidator).

Langkah ini terpaksa diambil oleh kerana Lembaga Pengarah berpendapat bahawa syarikat tidak lagi ‘solven’ untuk meneruskan perniagaan.

Oleh yang demikian, syarikat akan memberhentikan operasi berkuat kuasa pada Rabu, 9 Oktober 2019.

Sehubungan dengan itu, tarikh akhir bekerja tuan/puan telah ditetapkan pada Rabu, 9 Oktober 2019 manakala tarikh akhir perkhidmatan ialah pada Khamis, 31 Oktober 2019, katanya.

Beliau terdahulu dalam memorandum berkenaan menjelaskan, syarikat telah berusaha mengukuhkan keadaan syarikat sejak keadaan merosot selepas Mei 2018.

Ia termasuk penawaran Skim Pemisahan Sukarela (VSS) sebelum ini.

Usaha turut diambil dengan menjual aset-aset syarikat dan kumpulan untuk menampung modal dan mendapatkan aliran tunai yang mencukupi.

Namun edaran harian akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! yang semakin menurun dan sasaran RM4 juta iklan sebulan yang gagal dicapai menyebabkan aliran tunai Utusan semakin tenat.

Bukan sahaja gaji pekerja gagal dibayar mengikut masa, malah hutang juga tidak dapat dijelaskan dan semakin tertunggak.

Walaubagaimanapun, Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad diminta mengkaji semula keputusan menghentikan operasi keseluruhan syarikat itu.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan sepatutnya mencari jalan penyelesaian untuk meneruskan operasi syarikat berkenaan.

Akhbar Utusan Malaysia sudah berada dalam industri media sejak sekian lama.

Mereka harus melihat dahulu sama ada ada pihak lain yang boleh membantu dan memulihkan syarikat berkenaan, ” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Kulasegaran bagaimanapun berkata, pekerja-pekerja yang terkesan dengan keputusan itu boleh mendapatkan bantuan di bawah Skim Insurans Pekerjaan (SIP) yang menyediakan sumbangan sehingga 80 peratus daripada gaji pekerja selama enam bulan.

Menurutnya, skim itu membantu pekerja diberhentikan bagi mendapatkan pekerjaan, peluang temuduga kerja dan latihan kemahiran yang kos ditanggung sepenuhnya SIP.

Sumber : Sinar Harian


Spread the love

3 Comments

  1. membaca artikel ini saya ikut prihatin dengan keadaan serikat ini. Dengan keadaan pegawai yang tidak kunjung digaji selama 6 bulan dan juga hutang yang semakin membengkak. Semoga kedepannya bisa terpecahkan permasalahannya. aamiin

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!