Ustaz Azhar Idrus kemalangan, patah tangan dan hidung

Spread the love

Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI dilaporkan cedera selepas terlibat kemalangan ketika berbasikal petang tadi.

Difahamkan, Azhar terjatuh ketika beriadah di Kuala Terengganu dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan lanjut.

Berita beliau terjatuh basikal itu kini tular di laman sosial dengan rata-rata netizen mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan penceramah tersohor tersebut.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Mohd Jusoh ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penceramah itu dimasukkan ke HSNZ kerana terlibat dengan kemalangan.

“Saya difahamkan beliau terjatuh dari basikal. Beliau cedera ringan di muka, tangan dan kini dirawat di HSNZ,” katanya.

Berikutan kemalangan itu, Ustaz Azhar menangguhkan semua ceramah agama buat sementara waktu sehingga keadaan beliau pulih sepenuhnya.

Penangguhan itu diumumkan dalam Facebook rasmi beliau.

“Berikutan sedikit kemalangan yang menimpa Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus ketika melakukan kayuhan basikal petang tadi adalah dimaklumkan semua kuliah ditangguhkan sementara waktu sehingga diberitahu kelak.

“Beliau mengalami sedikit kecederaan dan memerlukan rehat untuk sementara waktu,” katanya.


Spread the love

7 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!