Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku mengikuti perkembangan kisah paten tudung Fareeda yang hangat diperkatakan di sosial media. Isu ini timbul setelah serbuan dan rampasan dibuat kerana ada yang meniru tudung model “Fareeda Aisya” dan “Fareeda Mariya”. Sebagai seorang usahawan kecilan aku melihat dari sudut berbeza dengan menyokong tindakan yang dilakukan oleh syarikat Fareeda Resources.
Aku tahu ramai yang mencemuh Fareedah dan Mawar termasuk di kalangan blogger. Mungkin yang mencemuh ini kurang faham perjalanan sesebuah bisnis dan ada juga yang suka ikut-ikut. Orang kutuk kita pun menumpang kutuk.
Kartunis Ujang hilang jenama
Aku nak bawa satu kisah. Dulu ada seorang kartunis bernama Ujang sangat popular di majalah humor Gila-Gila. Jenama “UJANG” sangat popular sehingga beliau bersama seoarang rakan kongsi telah membuat majalah humor sendiri bernama “UJANG”. Kesilapan kartunis Ujang apabila beliau tidak trademark nama “Ujang” yang akhirnya di trademark oleh orang lain. Kartunis Ujang telah disingkir dari syarikat penerbitan majalah humor Ujang. Kartunis Ujang berjuang untuk mendapat semula jenama “Ujang” naik turun makamah tetapi gagal sehingga khabarnya dia muflis papa kedana. Hari ini kartunis Ujang entah dimana tetapi majalah humor Ujang masih ada di pasaran tetapi hak orang lain.
Baru-baru ini seorang pengusaha kosmestik yang terkenal di Malaysia terpaksa mengeluarkan modal yang besar untuk membeli semuala jenama mereka yang telah di trademark oleh orang lain kerana kelalaian tidak trademark jenama mereka. Ini antara sebahagian beribu kisah kejahilan usahawan Melayu yang terlupa untuk trademark dan paten jenama dan produk mereka.
Kepentingan trademark dan paten
Di peringkat dunia kita sudah biasa melihat persaingan paten antara Samsung dan Apple sehingga terpaksa membayar saman berjuta dollar. Paten produk dari sekecil produk hingga sebesar produk telah menjadi amalan perniaga luar negara untuk melindungi hak intelektual. Jadi apasalahnya Fareeda mempatenkan tudung rekaan mereka. Tak kisahlah bagaimana model tudung mereka dari sudut perniagaan mereka ada hak untuk mempatenkan hasil kerja mereka. Usahawan Melayu lain juga mesti mencontohi mereka walaupun anda hanya perniaga kecil tepi jalan.
Bayangkan jika esok tiba-tiba Blogger Hasrulhassan.com, Amanz.my, Beautifulnara.com dan mungkin anda disaman oleh seseorang yang telah mendaftar hak trademark nama blog anda. Dalam dunia bisnis semua boleh berlaku apabila nama dan produk tertentu mempunyai nilai yang sangat mahal. Jadi langkah Fareeda mempatenkan produk mereka adalah langkah yang tepat dan betul. Begitu juga hak aku trademark jenama “DENAIHATI” sebelum orang lain mengambil kesempatan. 2014001954 adalah no Trademark “DENAIHATI”. Anda bila lagi jangan dah terkena baru nak menangis. Inshaa Allah dalam entri yang lain aku akan kongsikan cara daftar trademark jenama kesayangan kita.
[box type=”shadow”]Kita doakan dengan kasih sayang pada mereka yang belum menutup aurat dengan sempurna atau pada yg belum menutup langsung..bukan senang kerja dakwah ni. Pada yg sudah sempurna pohonlah agar sentiasa istiqamah..siapalah kita kalau tidak dipilih Allah swt..suami perlu ambil peranan agar isteri terdidik dengan mendidik diri menjadi pemimpin yg boleh isterinya dengar cakap. Alangkah indahnya jika semuanya faham – Blogger Ustazah Noor Aini Samsusah
Cuma sedih sangat bila melihat orang Melayu rancak menghina bangsa sendiri yang berjaya dalam perniagaan. Melayu menguasai ekonomi Malaysia tak sampai pun 20% jadi suka sangat kah kita apabila usahawan Melayu yang berjaya seperti Fareeda jatuh melingkup. Bukankah lebih baik kita tegur secara berhemah sehingga mereka boleh perbaiki untuk menjadi usahawan yang lebih patuh syariat. Jasa mereka sangat besar kerana dapat memayung beribu-ribu usahawa kecil di bawah mereka. Kita yang mengutuk ini sudah banyak ke membantu ekonomi orang Melayu?
178 Comments
Usaha mereka yg menjaga patern n trademark tidak salah tapi yg menjadi cemuhan apabila mereka memperlekehkan mereka yang tidak mampu memakai produk mereka ini…
Curahan rasa shamiera osment @ ..The Foodgasm : The Heaven for Foodie…
Isu penjenamaan dan paten ni memang perlu difokuskan bila nak buat bisnes.pemilihan nama pun sangat penting sebab itu adalah eksklusif
Curahan rasa nord @ ..7 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee
trademark tu la yang buat bisnes nampak profesional kan? baru customer yakin
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
kalau tak ada ilmu dalam perniagaan susah juga kan nak buat semua ni…kena pergi menuntut dulu walaupun sedikit
Curahan rasa adna2029 @ ..AYah yang Terbaik
Semoga dengan adanya entri perkongsian Denaihati ini, usahawan melayu kita ini lebih tahu tentang kepentingan adanya Trademark sendiri ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
yup// semoga entry ni boleh buka mata para usahawan di luar sana
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Sayangnya kalau kita dah majukan sesuatu tetapi kita tiada daftar untuk trademark ini, dan orang lain mengambil alih, kita yang rugi.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
Sangat setuju,sebab lita yang perah otak orang lain dengan mudah je ciplak.macam perumpamaan lembu punya susu sapi yang dapat nama
Curahan rasa nord @ ..7 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee
memang rugi, berniaga dah pandai, produk laku tak kurang kreatif.
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Sepatutnya kita bangga dengan bangsa kita sendiri yang telah berjaya dalam perniagaan seperti Fareeda ini. Bukannya mencemuh dan menghina.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
melayu sepatutnya suka la tengok syarikat melayu berjaya sebab sebelum ni dikuasai bangsa lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Betul tu apa yang Denaihati kongsikan di entri ini. Sebab itu pentingnya ada trademark ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
trademark ni memang penting. takut nanti menyesal di kemudian hari je
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
tajuk macam pedas bila didengar..tapi penuh dengan manfaatnya..so,lepas ni kalau nak buat trademark sendiri..boleh rujuk di denaihati la
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
memang bagus sangat post ni..kadang-kadang terfikir jugak nak ada official brand sendiri yang sah..nanti ada yang senang-senang tiru hakmilik kita..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
kehilangan kartunis Ujang sedikit pun tak memberi kesan apa apa pada majalah ujang itu sendiri. Malah semakin digemari. Mungkin benarlah kata Tuan, tentang betapa pentingnya Trademark untuk penjenaan kita sendiri. SUDAH TERHANTUK BARU TERNGADAH
Curahan rasa KANVAS DAKWAT @ ..business card MURAH !!!!
ada harga yang harus di bayar untuk dapatkan treadmark yang kita mahukan untuk jenama kita .. dari artikal ini tambah lagi pelajaran baru …
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
cantik tudung fareeda tu tapi harga dia mahal la..majalah ujang,gila-gila dah jatuh kan..sebab dunia sekarang di hujung jari ja..
Curahan rasa adna2029 @ ..Testimonia Produk Ecover
bagi yang mampu memang selamba beli tudung fareeda..ini yang tak mampu or cukup-cukup makan je setiap bulan baik buat belanja makan jela..kalau teringin sangat..kumpul duit sikit-sikit setiap bulan
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Owh, ujang itu bukan daripada kartunis ujang rupanya kesian juga melihat perkara macam tu kerana hilang identiti malah di curi pula dengan orang lain. Ini yang perlu untuk mendaftar trademark agar tidak ditiru oleh sesiapa.
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
dulu masa sekolah suka jugak baca majalah ujang ni..tapi semenjak membesar ni dah tak tahu kemanakah pergi majalah ujang tu..ada ke lagi…hehehe
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Comments are closed.