Seluruh umat Islam di Malaysia disarankan untuk menyahut titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara, esok.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk DrZulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata Solat Hajat itu boleh dilaksanakan selepas solat Zuhur di rumah dan tempat masing-masing serta memenuhi hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada-Nya.
Baca : Setiap Doa Dan Permintaan Kita, Pasti Allah Akan Kabulkan
Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong hari ini, menitahkan kepadanya supaya memberi cadangan untuk melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara bagi kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.
Berdasarkan taakulan saya (membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik), dengan ilham daripada-Nya, tarikh dan waktu yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan solat hajat serentak di seluruh negara adalah pada Jumaat (esok) 27 Mac 2020 bersamaan 3 Sya’ban 1441H selepas solat Zuhur di rumah dan tempat masing-masing.
Baca : Doa Yang Diajar Oleh Rasulullah SAW Untuk Menolak Wabak & Penyakit
Renungkanlah firman Allah SWT:
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah: 186),”
Malaysia ketika ini sedang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan COVID-19 yang turut menyaksikan jumlah kematian meningkat ke 21 kes dan kes jangkitan melebihi 1,700 setakat semalam.
Baca : Anehnya Doa Nabi Yunus A.S
sumber : berita harian
- Arab Saudi Arah Tutup Sekolah Dan Universiti
- Tiada Solat Jumaat di Malaysia, Singapura dan Brunei ekoran penularan covid-19
- Bagaimana Nak Meraikan Majlis/Kenduri Semasa Suasana Wabak COVID19
- 12,500 bukan 16,000 jemaah yang hadir Ijtimak di Masjid Sri Petaling
- Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April
4 Comments
semoga semua umat manusia dilindungi. berdoalah di rumah. sedihnya masih ada yang taksub agama mempertikat mengapa kita patut takutkan covid
Curahan rasa nikkhazami @ ..Resepi Nasi Ayam Madu Paling Sedap
Semoga dengan dilaksanakannyya sholat hajat kita semua dijauhkan dari malapetaka termasuk viruscorona ini aamiin
Sarana yang bagus tapi saya rasa tidak perlulah tunggu hari Jumaat untuk buat solat hajat ni. Atau tunggu disuruh. Sebenarnya tiap-tiap hari kita boleh buat.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kelas Content Online 2 April Oleh Bapa Viral Kebangsaan Khairul Hakimin Muhammad
in shaa Allah..
sama-sama kita solat hajat agar wabak Covid-19 berakhir segera.
biarlah PKP ini tamat lebih awal..
kasihanilah kami ini Ya Allah..
rahmatilah kami ini Ya Allah
berakhirlah wabak Covid -19 segera yang mungkin agar kami kembali beribadah denga lebih sempurna lagi dengan berjemaah di masjid.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Akibat sedekah rezeki melimpah ruah
Comments are closed.