Assalamualaikum dan salam 1Dunia, banyak email diterima bertanyakan bagaimana nak menuntut bantuan RM200 untuk penuntut pengajian tinggi seperti yang telah dijanjikan dalam bajet oleh YAB PM DS Najib Razak. Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan cara tuntutan baucar buku RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet kepada pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6.
Cara tuntutan baucer buku pelajar pengajian tinggi
1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.
4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.
5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. Buku Interlok dah tak perlu dibeli kerana dah dikeluarkan sebagai buku teks sastera.
6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April.
7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac.
8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.
Semuga perincian ini dapat membantu semua pelajar pengajian tinggi yang sedang mencari informasi cara tuntutan baucar buku RM200 budget 2012. Kepada Rakyat Malaysia yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh dapatkan maklumat di entri “Cara Tuntut Bantuan Rakyat 1Malaysia” dan untuk maklumat untuk bantuan pelajar RM100 boleh didapati di entri “Cara Tuntutan Bantuan Pelajar RM100“.
Senarai Kedai Buku Terima Baucer RM200
1. MPH
2. POPULAR
3. ARKED BUKU
4. Kedai Buku Hasani (Perlis)
5. Secara Online di Kedaibuku.com.my @ Cara Belian.
6. Kedai Buku Yang Terpilih Seluruh Malaysia
7. Sila Tinggalkan List Senarai yang terdekat dengan anda di ruangan komen.
128 Comments
amat berguna sangat bagi student…ringan la skit beban nak beli buku yg agak mahal semasa kat pengajian tinggi.
Curahan rasa mel @ ..Gambar Abby Abadi Bertudung Ketika Menghadiri Ceramah
tuntut…tuntut…minta pampasan…ekekeke..
Curahan rasa dzuandiey @ ..siasat perkahwinan gay Ariff Alfian Rosli di Ireland
kenapa time saya tak ada pun????eeee tak aci tahu tak.hahahahahaha!!!!
Curahan rasa Lizz @ ..Cintaku Tertinggal di Istanbul, Turkey!
tuntut…tuntut…minta pampasan…ekekeke
Curahan rasa dzuandiey @ ..siasat perkahwinan gay Ariff Alfian Rosli di Ireland
Haha.. kalau macam tu lagi tak adil dekat orang sebelum kita kan
kalau beli majalah ujang/apo? dapat ke?
Curahan rasa mochan @ ..Alaska Cruises Are The Ideal Way To Visit Alaska And Experience The Unique Alaskan Cruise Wonders. – Travel
Teringat pulak majalah gila-gila tu.. Tak pun komik detective conan tu
Bagus… satu lagi kita2 pun boleh claim megazine atau buku2
atau paper juger. simpan semua resit. akhir tahun claim dgn LHDN
Curahan rasa nurmisnan @ ..How you guys feeling…
bolehla beli buku Tun M & Steve Job… 🙂
Curahan rasa tarmizishukri @ ..Header Baru
beli komik jer..hehehe…buku juga tu.. 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..siasat perkahwinan gay Ariff Alfian Rosli di Ireland
bestnye
untung ye budak-budak zaman sekarang.
semoga diorang gunakan duit itu sebaiknya..
Curahan rasa ohcikgu @ ..Datuk Lee Chong Wei tewas lagi..
Memang utk beli buku je
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Saya Mahu Novel Ombak Rindu dari Eyriqazz.Com
kan?kite yg tak untung cz dah terlepas.hehehehehehe
Curahan rasa Lizz @ ..Untung Sampai 4 Angka Sebulan Dengan Sistem Dropship Siapa Tak Nak!
Syukur dapat mengurangkan bebanan untuk beli buku teks.
Curahan rasa shaharil @ ..Update WordPress 3.3
laaa, ingatkan baucer rm200 ni untuk budak sekolah jer, adeh salah faham ler nih, hehe
Curahan rasa Juan @ ..Contoh Resume dan Pengalaman Interview Kerja
utk ipt pn ada.. ^^
Curahan rasa Ikmal @ ..Tutorial Hack Wifi menggunakan Beini
budak2 sek dah dpt 100 dh hr tu..huhu
Curahan rasa dzuandiey @ ..siasat perkahwinan gay Ariff Alfian Rosli di Ireland
Bahagianya kalau dapat 🙂
Boleh beli buku dengan riang. hehehe..
Latest Post:
1. Lupakan cinta lama. Kau boleh?
2. Rasanya lebih baik kalau kau hilang tanpa aku sedar.
Curahan rasa ahsfantasy24 @ ..Wordless Wednesday #5 | There’s Always A Little
Baguslah ini, berita baik untuk kita semua..
Curahan rasa Maxloon120 @ ..Subject Kenegaraan UWS10103
waa..sangat jeless..ni yang buat rasa nak jadi student balik ni..
Curahan rasa cikpuanhady @ ..Dari CommentLuv ke Threaded Comment
Hoyeah, Alhamdulillah, boleh dapat. Kena fikir nak beli buku apa ni. 😀
Curahan rasa Sya Isya @ ..MAKSUD JUMLAH PENDAPATAN ISI RUMAH UNTUK MEMOHON BANTUAN RM500 BR1M
sygnye baucer ni datg lambat,pelajar u masing2 telah beli buku..jadi lebihan baucer camne?
Comments are closed.