Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Banyak kali Abang menulis di Facebook dan entri kehebatan menulis dan menulis sehingga jadi jutawan.
Tengok contoh sifu Khairul Hakimin Muhammad membaca dan menulis dan membaca dan menulis dan membaca dan menulis dan membaca tanpa henti. Hasilnya sangat hebat bukan sahaja membaca dan menulis menjadi pendapatan utama malahan telah melahirkan ramai lagi usahawan menulis yang menjana pendapatan yang lumayan. Nak tahu bagaimana cara Sifu Khairul buat boleh baca eBook beliau @ http://bit.ly/bukuKHM
Kali ini Abang nak kongsi catatan Sifu Khairul Hakimi bagaimana menulis tulisan yang berpengaruh.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Sedikit tips Penulisan Berpengaruh yang saya amalkan dari tahun 2015 dan kini mempunyai lebih 188,000 pengikut.
1. Ejaan Betul. Tidak kira kalian siapa, santai atau rojak atau biasa, tulislah dengan ejaan yang betul tanpa 1 singkatan pun. Ejaan yang bagus akan membantu menaikkan kredibiliti, memberi kefahaman yang baik dan membantu ‘see translation’ berfungsi dengan sempurna.
2. Perkataan biasa. Sebaiknya guna perkataan yang biasa. Tidak perlu sampai menulis dengan perkataan canggih dan bombastik hingga akhirnya memberi orang lain sukar untuk faham.
3. Beri ayat yang tepat. Tak perlu panjang lebar memberi penerangan. Sekiranya boleh diringkaskan dan sudah memberi kefahaman, terus titik noktah. Panjang-panjang nanti akan jadi membebel.
4. Satu lagi hal membebel ialah banyaknya pengulangan perkataan yang sama di dalam 1 perenggan. Elakkan. Ia akan tambah bosan orang membaca.
5. Pastikan 4-5 baris ayat, buat perenggan. Ia mesti ada ruang antara 1-1 perenggan itu supaya ia memudahkan orang membaca menggunakan telefon bimbit. Ingat, 90% pengguna media sosial, guna telefon bukan laptop.
6. Pastikan tulisan kita beri impak positif kepada audien. Jika tidak, sukar benar mereka ingin klik butang share.
7. Tenang dalam menggunakan perkataan. Sama ada marah, gelisah atau teruja, pilih perkataan yang sesuai. Dilarang sama sekali berkasar, mencarut dan sebagainya.
8. Tulis perkara yang kita mahir, suka dan sudah kaji. Jika tidak, kita akan dapat soalan yang kita sendiri tidak tahu jawapannya.
9. Jika ingin banyak share (untuk naikkan follower), tulis perkara yang banyak titik persamaan di antara kita semua. Jika tulis perkara rare, orang akan keliru dan kita sahaja yang akan faham.
10. Untuk dapat like dan komen (bagi naikkan enggagement) tulis perkara yang menghiburkan orang. Audien yang tersenyum biasanya akan setia.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad
Content Developer.
Untuk membeli 7 buku tulisan sifu KHM sila klik BUKU TULISAN SIFU KHM.
30 Comments
Perkara perkara aneh dan relatable biasanya akan dpt banyak share. So buatlah cerita yg relatablenl
Guna ayat ayat yg simple shj. Pelik pelik nanti susah nak google keywords. Pembaca pun susah nak faham
Betul. Walauoun content simple, tp dengan sentuhan berbeza ttp mmberi impak kpd pembaca
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Bab nak tulis kandungan yang sentiasa dapat menghiburkan orang tu yang agak susah nak buat… huhuhu..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Ye. Kalau tulis bends yg kita je minat nanti nmpak mcm syok sendiri plak kan
Terima kasih di atas perkongsian info… Sekarang ni sedang berlatih untuk menulis dengan ejaan yang betul…
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Kalau nak jadu blogger kenalah rajin rajin eja dengan betul. Sbb google tak suka dgn short form
Tertarik dengan tips yang pertama- Ejaan Yang Betul. Bunyi macam senang sahaja nak dilakukan, tetapi amat payah. Mungkin sebab dah terbiasa kan. Tapi kalau boleh ikut, memang boleh beri impak positif kan
Curahan rasa JMR @ ..Kaunseling Bersama Dr.Kartini – Mari Belajar Mengenai Ekzema
cakap pasal tulisan berpengaruh ni, biasanya blogger yang power adsense. tulis tulis, dapat trafik dan duit usd.
Ye la, bila berpengaruh apa sahja yang diorang tulis, akn ramai reader membaca. trafik masyuk, adsense masyuk la juga
Banyak yang CN perlu belajar ni. Memang agak kekok bila guna tulisan penuh, tapi cuba sedikit demi sedikit. Yelah, tak kan cikgu guna bahasa rojak pulak kan? hehehe
ya, ramai yang slow bab baca jawi. padahal boleh baca al quran. hehe.. kekok kot sebab dah tinggal lama dari zaman sekolah lagi
Curahan rasa nikkhazami @ ..Netflix Perkenal Pelan RM17 Sebulan
Eh patuny kalu dah boleh baca quran dgn elok, jawi nya dah boleh baca dengan lancar kan
hehe betul gak tu. Cikgu kenalah up artikel atau status dengan tulisan yang betul, dan perkataan yang penuh kan. Barulah menjadi contoh kepada orang ramai hehe
Kekok tak kekok kena usah sedaya mungkn menulis dlm ejaan penuh dan betul. Ada perbezaan tu
Wah, bukan senang kan nak pengarah orang sebenarnya tapi kalau share benda penting tak mustahil. Tapi kena juga jaga jangan ada yang salah maksud tapi org lain maksud kan lain
Kalau share benda yang bermanfaat utk kebaikan orang ramai, pasti ramai yang akn share. Ini pun dikira satu pengaruh kan
Penulisan yang baik boleh membuatkan hati terpaut untuk membaca dan terus membaca dah terus dah teruskan lagi tanpa jemuuu
Kan..tulisan yang baik akan mengumpulkan pembaca yang setia. Bila dha ramai, up status ‘titik’ sahaja pun ramai yang komen hehhe
Curahan rasa JMR @ ..Tips Kumpul Simpanan Kecemasan Sebanyak 3 Bulan Gaji.
Itulah salh satu sebab kena menulis dengan baik. Supaya pembaca terus membaca dan menunggu status kita seterusnya
Kalau pandai bermain kata2 memang boleh sesangat buat duit kalau macam n… duduk rumah goyang kaki… goyang tangan kat keyboard… masyukkkkkk
Kalau mcm ni mmg kerja blogger. Buat artikel niche evergreen. Adsense kencang. Affiliate pun asyik masuk je
Nak jadi jutawan itu mudah, yang sukar ialah nak jadi multi jutawan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..7 Sebab Harga Rumah Mahal
paling susah nak kekalkan status jutawan tu.. nak maintain disiplin, bisnes dan lain lain.. susah sgt
Benar, ejaan yang betul sangat penting apatah lagi dalam penulisan di medium blog yang sememangnya di’simpan’ datanya dalam google. Semoga ilmu yang yang diberikan dapat mencetus tulisan berpengaruh sehingga jadi jutawan.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Chia Seeds Organik Ameer
Bisa dianggap apa yang telah dijelaskan merupakan prinsip dasar yang harus dipegang teguh oleh seorang blogger.
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..PontiMarket.Com, Komunitas UMKM Kalbar
Yup, inlah prinsip dasar atau prinsip basic yang sangat penting bagi seorang blogger atau pun pengamal media sosial
terima kasih sudah menulis artikel ini, ini sungguh bermanfaat untuk newbi seperti saya ini
Newbie ke yang dah lama ke, tips dan perkongsian sangat penting utk kekalkan momentum di social media
Comments are closed.