Tukar warna jalur kebangsaan, ahli perniagaan dikecam netizen

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bulan ini merupakan bulan yang sangat bersejarah khususnya untuk rakyat Malaysia kerana pada tanggal 31 Ogos 2019 kita semua akan menyambut bulan kemerdekaan yang ke-62.

Ini merupakan detik yang sangat berharga buat kita semua dan rakyat Malaysia mesti tidak sabar untuk menyambutnya.

Oleh yang demikian, isu pelaksanaan tulisan Jawi di semua sekolah termasuk SJK Cina dan SJK Tamil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadi perdebatan ramai pihak.

Keputusan itu turut membabitkan pengenalan seni khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pembelajaran murid Tahun 4 pada tahun hadapan.

Sebanyak 12 pertubuhan pendidikan Cina dan Tamil menolak keputusan tersebut dan mendakwa bahawa pengenalan tulisan khat bagi murid di dua aliran sekolah terbabit tidak bertepatan keperluan sebenar pembelajaran Bahasa Melayu.

Isu ini menjadi semakin panas apabila seorang ahli perniagaan negara bergelar Tan Sri turut membantah keputusan tersebut dengan cara protes yang didakwa keterlaluan sehingga menimbulkan kemarahan ramai netizen.

Menerusi status yang dimuat di Facebook beliau, warna putih pada jalur gemilang telah ditukar dengan warna hitam dengan alasan berinspirasikan warna kasut hitam yang diperkenalkan oleh KPM sebelum ini.

Perkara tersebut disifatkan sebagai tidak sensitif oleh netizen dan tidak menghormati bendera kebangsaan. Berikutan itu, status tersebut telah dipadam serta-merta malah permohonan maaf juga telah dikeluarkan oleh beliau.

Beliau mengakui kesilapannya dan berharap agar generasi muda tidak mengulangi kesilapan sama.

“Saya telah membetulkan semula grafik bendera Malaysia kepada grafik asal dan memastikannya untuk tidak bertukar lagi.

”Saya ingin menasihatkan kepada generasi akan datang, berdasarkan pengalaman saya, jangan sama sekali menukar warna pada grafik atau fizikal bendera,” katanya.

Sumber: Facebook


Spread the love

3 Comments

  1. Disaat isu khat yang sedang menggoncang negara malaysia yang tercinta ini, mari kita berhati hati dengan tulisan provokasi yang sentiasa mengambil kesempatan memecah belah perpaduan kita. Dalam isu ini, nampakanya ia lebih kepada satira menyindir pemimpin islam yang bergelumang dengan noda dan dosa. merompak. menyamun. mengkafirkan orang lain. Sadis.
    Curahan rasa SENTIASA PANAS @ ..Kisah Kejatuhan Sultan Abdul Hamid II (1842 – 1918), Khalifah Terakhir Empayar UthmaniyyahMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!