Tubat Ku Taubat Nasuha – Episod 2

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ramai yang teruja setelah membaca cerpen “Taubat Ku Taubat Nasuha – Episod 1“. Cerpen bersiri pertama adalah hasil nukilan Rakan Blogger Latifahbee Kay tuan punya blog Puanbee.com. Semuga ada pengajaran disebalik kisah.

Taubat Ku Taubat Nasuha

Setelah ku sedari bahawasanya aku hanya bermimpi , aku lantas bangkit dari lena… lena dalam mengulit keseronokkan sementara di dunia , lena dalam menurut hasutan syaitan durjana. Allah maha agung .. Allah maha kuasa .. yang mengutuskan hidayah terhadap aku ..

Aku termenung seketika di bucu katil. Wajah tua aku kini di hambat kegusaran hati yang maha hebat. “Atuk mak panggil makan ” terdengar suara anak kecil itu memanggila aku .. dan dia berlalu pergi dengan langkah yang laju.

Hanya kelibat sahaja yang aku sempat pandang. Aku tahu anak kecil itu takut terhadap aku .. Aku tahu anak kecil yang tidak berdosa itu merasa tidak selamat bila berada dengan aku.

Aku tahu .. ” arghhh .. kenapalah aku kejam sangat ” lantas aku menurut langkah kaki ku ke dapur untuk menjamah makanan yang telah di sediakan oleh anak ku.

Ayah nanti tolong hantar Jaja ke sekolah ye .. zu tak sempat hantar hari ni dah lewat , nanti dia balik zu ambil ” suara anak ku mengingatkan aku , anak aku seorang wanita yang tabah.

Seorang janda muda yang di tinggal suami ketika usianya masih muda. Mujur anaknya baru seorang. Seorang gadis comel dan bijak bernama Jaja itu lah anak nya. Tetapi aku telah rosakkan masa depan gadis itu.

Ohhh apa aku dah buat ? maafkan atuk Jaja.. ” Seringkali aku bermonolog di dalam hati , perasaan bersalah telah bersarang di benak fikiranku. Aku .. merasa sangat berdosa.

Selepas habis makan sarapan pagi , aku memanggil Jaja untuk bersiap dan di hantar ke sekolah seperti biasa. Aku senyum pada Jaja .. namun senyuman aku langsung tidak di pedulikan nya. Sewaktu mama Jaja pergi bekerja Jaja memang tidak akan banyak bersuara , masa nya di habis kan di dalam bilik. Selalu juga aku mencuri pandang melihat apa yang di lakukan nya di dalam bilik. Tetapi Jaja hanya berbaring dan memandang buku. Jaja tidak kelihatan seperti kanak-kanak lain. Riang ria dan gelak tawa bukan lah peneman Jaja lagi. Semua ini kerana perbuatan aku.

Setelah Jaja di hantar ke sekolah , aktiviti aku hanya berkebun .. setiap hari aku hanya berbuat perkara yang sama. Sehinggalah ke petang.

************************

Assalamualaikum … ” jerit anak ku Zu .. mama Jaja. Aku lantas pergi membuka pintu. ” Eh Jaja tak balik hari ni ? , kenapa kau tak ambik dia tadi ? kenapa tak call aku suruh ambil dia ? ” Soalan ku kepada Zu bertali arus.

Zu menjawab dengan wajah sedikit keresahan. “Jaja tak balik , dia sakit di sekolah tadi , cikgu dia datang kilang dan bagi tahu , sekarang Jaja ada di Hospital ” Zu berlalu pergi setelah menerangkan panjang lebar , tanpa menunggu ucapan balas dari aku. Meninggalkan aku dengan penuh tanda tanya.

Sakit apakah si Jaja ini sehinggakan tidak di benarkan pulang ? ” aku menjadi hairan .. tidak nampak macam sakit pun gadis kecil itu ..

Ah tak mengapalah .. biarlah gadis kecil itu di hospital , esok aku akan pergi melawat dia di sana. Di harapkan Jaja cepat sembuh ” hanya itu yang mampu aku lakukan .. doa agar gadis kecil itu kembali pulih seperti sedia kala. Namun.. sejauh mana gadis kecil itu akan pulih ?

Aku kembali melakukan kerja-kerja biasa aku , tidak ada lain hanya lah melepak di depan televisyen dan mebalut satu dua rokok daun. Tembakau cap tiga semut telah habis pula. Aku kena pergi ke kedai untuk membeli sedikit belakan untuk di gunakan nanti.

Setelah itu aku hanya pulang ke rumah dan menunggu waktu malam untuk tidur ..

********************

Ke esokkan paginya , aku bangun dan terus sahaja ke dapur , aku lihat sarapan dan lauk tengah hari telah pun tersedia. ” Mungkin Zu pergi bekerja awal hari ini ” desis hati ku.

Kemudian terdengar laungan Zu memanggil. ” ayah datang sini kejap tengok sapa nak jumpa ni …

Eh bila pula si Zu ni balik ? sekejap ada sekejap tak ada ” aku berbisik sendiri.

Yeee sat lagi aku pergi ni , tengah makan ni. Tidak pun panggil lah diorang masuk dulu …. kau ni pun .. ” aku melaungkan suasa aku dengan agak kuat memandangkan aku berada di dapur dan Zu berada di ruangan depan.

Encik .. adakah encik bernama Dollah Bin Ramli ?? ” aku mendongak kepala dan memandang , suara siapa yang bertanyakan nama penuh aku ini.

Aku memandang tiga orang lelaki , berpakaian unifrom polis dan masing-masing berbadan sasa lagi berkumis tebal.

Aku menjawab dengan terketar-ketar.

Ya saya .. ada apa ya Tuan ? ” Aku basuh tangan ku yang kotor kerana aku menjamah makanan tadi , aku mengelap tangan ku sambil di dalam hati aku berfikir.

” Adakah hukuman dunia sedang menanti aku ? “

” Adakah Jaja telah pun mula membuka mulutnya ?”

” Adakah ini yang akan aku hadapi bagi menebus kesalahan aku ? “

Bersambung ..


Spread the love

54 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!