Tsunami Pilihan Raya Umum ke 14 memihak kepada Pakatan Harapan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Suara hati ikhlas menjelang PRU14 asalkan bukan fitnah”. Kali ini Abang nak berkongi apa yang Abang rasa selepas keputusan PRU14.

Sehari sebelum pilihan raya ke 14 Abang telah membuat analisa berdasarkan pandangan Abang sepanjang berlansung kempen PRU14 oleh semua pihak. Berikut adalah analisa yang Abang catatkan.

Apabila keputusan keluar jangkaan aura Pakatan Harapan sangat diluar jangkaan, daripada Selatan Tanah Air sehingga ke Sabah tsunami perubahan sudah tidak boleh dibendung. Sejarah ini kali pertama berlaku dalam tempoh enam puluh tahun jadi pasti berbagai halangan perlu dilalui. Keadaan menjadi lebih rumit apabila Pakatan Harapan bertanding menggunakan beberapa logo parti iatu PKR, Warisan dan DAP.

Sementara menunggu pengesahan perlantikan Perdana Menteri ke 7, Tun Dr Mahathir ini antara ulasan yang telah Abang catatkan di Facebook yang mendapat banyak komen daripada kawan-kawan.

Sistem Politik Malaysia

Nak menang kerusi mesti kena dapat undi paling banyak. Nak bentuk Kerajaan mesti dapat kerusi paling banyak bukan parti yang paling banyak dapat undi. Sistem ini dah digunakan sejak Perdana Menteri pertama dulu. Apa pun keputusan tolong berlapang dada. Kata nak jadi bijak berpolitik macam politik luar negara. Habis pilihan raya tutup buku perbezaan, fokus pada membina negara. Jangan sibuk mencari alasan.

Follower sosial media berkurangan

Ada sifu dan kekawan kata follower mereka berkurangan sepanjang kempen PRU14. Bila PRU14 diumumkan, sahabat Abang, Ustaz Rahim Nasir orang kuat PAS Gombak mohon maaf kepada follower FB, katanya selepas ini status beliau akan banyak cerita update PAS, pada yang tak suka boleh unfren. Abang beritau Ustaz masa ini lah kena guna teknik content marketing khas politik supaya bertambah follower dan yang ada tak membenci.

Abang tabik pada sifu Wan Yusof Wan Jeffery walaupun dengan jelas beliau nyatakan pendirian partinya tapi sebab skill menulis follower bertambah daripada tiga ribu kepada sembilan ribu.

Kita belajar ilmu content marketing dan story telling tapi kenapa kita tak buat dalam contact politik? Ada kawan-kawan yang hentam, hentam dan hentam sampai lebam musuh, pasti yang menyokong suka tapi yang atas pagar fikir banyak kali apatah lagi musuh terus tolak dan unfren. Ibarat orang dakwah apabila dia dapat tukarkan orang bukan Islam kepada Islam kan hebat. Semua dengan akhlak dan percakapan yg sedap dilihat. Di sosial media kena menulis dengan baik dan fakta bukan sekadar berkongsi emosi sahaja. Alhamdulillah follower Abang bertambah sikit je.

Tahniah kepada Rakyat Malaysia yang nak kan perubahan.

Pesan Pak Raslan Karim ketika sessi beliau di Astro Awani awal pagi menunggu keputusan PRU14. PERUBAHAN perlukan PENGORBANAN bukan semudah ABC. 100 hari mendatang akan ada banyak perubahan bukan lagi kebiasaan 60 tahun sudah. Rakyat mesti berani melalui masa-masa susah kerana berubah dari kebiasaan bukan mudah. Selain perubahan GST akan ada berbagai lagi perubahan polisi dan cara kerja baru untuk Malaysia yang baru.

Pendapat Abang pulak. Tiada lagi masa nak bersenang-senang. Sebab kita semua sama rata, tiada kelebihan sebab kita semua rakyat Malaysia. Suara semua bangsa dan agama dalam Parlimen juga sudah sama rata. Yang malas dan mengharap disudu akan ketinggalan. Insyaallah kita sudah bersedia untuk semua perubahan Malaysia yang baru.

Ayie Abas : Rasanya PRU14 bukan PRU sebenar tapi lebih kepada PRU percubaan nekad rakyat mahu beri peluang pada PH jadi kerajaan dan lihat prestasi mereka macam mana. Adakah lebih baik, sama atau lebih teruk berbanding kerajaan BN. Rakyat akan memerhati dan menilai dan PRU yang sebenar akan berlaku pd PRU 15 nanti sama ada kerajaan PH akan kekal atau BN akan kembali membentuk kerajaan.Sebagai sebuah kerajaan mereka bijak juga mahu mengekalkan undi rakyat memihak kepada mereka. Itulah yg berlaku di penang dan selangor. Kemungkinan juga di peringkat negara skrg ini.. Tengok dulu, klu polisi PH byk merugikan islam dan melayu maka jangka hayat mereka untuk memerintah singkat sajalah. Wallahu ‘alam.

Bella Enveeus : Kita kena jadi masyarakat yang progresif. Rajin, bertanggungjawab dan maju. Jangan nak tunggu disudu dan sebagainya. Nak hidup dan nak berjaya, guna akal dan tulang empat kerat yang Allah berikan. Baru selari hidup dalam 21st Century dengan negara lain.

Presiden Barisan Nasional terima kekalahan

Mantan PM, DS Najib Razak baru selesai membuat ucapan menerima kekalahan dan bertanggungjawab serta akan menyerahkan tugas dengan lancar. Pada tafsiran Abang bakal PM Malaysia adalah Presiden PKR, DS Dr Wan Azizah sebagai parti terbanyak menang atau kedua DS Najib kedua terbanyak (agak mustahil). Secara perundangan Pakatan Harapan tidak wujud dan Tun Dr. M bukan presiden PKR (logo yg digunakan oleh PH).

Sejarah selama ini PM yg dilantik adalah presiden kepada parti yg menang. Secara perundangan setiap kemenangan mengikut parti yg berdaftar bukan Pakatan yg tidak berdaftar. Kita tunggu siapa yg Yang di-Pertuan Agung akan panggil mengadap. Kita kena faham perundangan bukan emosi.

Zainudin Ahmad : Itu kebiasaan tapi bukan peraturan atau undang-undang jadi siapa-siapa saja yang dikehendaki oleh parti atau ahli yang menang untuk memimpin maka dia la calon nye, bukan Agong yang memilih, Agong cuma perkenan kan saja.

Noor Azman Aminudin : Perkara 43. Jemaah Menteri.(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam penjalanan fungsinya. (2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;

Sidang media khas pertama Tun Dr M

PH menunggu YDP Agong memanggil Tun Dr M untuk angkat sumpah sebagai PM ke 7 setelah 135 wakil parlimen memberi persetujuan. PH akan study semua perjanjian dengan China dan runding mana yg boleh. Perkara pertama dibuat setelah Kerajaan ditubuhkan adalah memanggil persidangan Parlimen untuk melaksanakan apa yg perlu dibuat. PH dah buat keputusan utk batalkan GST dan gantikan dengan sale tax. Semuga peralihan demokrasi berjalan cepat dan lancar.

Kemungkinan PAS bekerjasama dengan BN

Menarik juga kalau PAS dapat offer jawatan

  1. Timbalan Perdana Menteri Malaysia
  2. Menteri Besar Kedah
  3. Menteri Besar Perak

Tak mustahil kan!

Politik ini dinamik sebab itu ada yang menerima tawaran

Orang bisnis tujuan bisnis nak dapat untung sebanyaknya dan nak besar kan bisnis dari kecik jadi besar, bisnis dalam negara nak keluar negara. Orang politik kerja siang malam nak dapat kuasa, dari ahli biasa usaha dapat jawatan dalam parti hingga jadi Menteri besar dan kalau boleh sampai jadi Perdana Menteri.

Orang bisnis bila dapat peluang buat duit mesti sambar. Orang politik bila dapat peluang dapat kuasa kenapa mesti tolak. Bila dapat kuasa macam-macam boleh buat untuk rakyat dan capai misi politik yg diperjuangan. Peluang bukan mudah dan bukan selalu dapat. Orang bukan orang bisnis dan bukan orang politik susah nak faham ni!

Ada yang tidak menerima catatan politik Abang ini dengan komen-komen yang pedas. Bagi Abang bukan emosi yang hendak kita bawa atau sokongan fanatik tetapi analisa sebenar keadaan yang bakal berlaku. Kemenangan Pakatan Harapan dengan platform yang berbeza boleh membawa perubahan sekiranya parti yang bergabung tidak puas hati dengan tawaran yang diberi.

Ketika entri ini ditulis Tun Dr M sudah angkat sumpah sebahagai Perdana Menteri ke 7 pada jam 9.30 malam, 10 Mei 2018 tetapi suasana politik di Kedah, Perak dan Sabah masih belum menentu. Dalam tempoh 100 hari adalah hari-hari paling mencabar kepada politik Malaysia kerana segala kemungkinan boleh berlaku.

Semuga kita semua sedia untuk berubah bukan sahaja mengharap Kerajaan BERUBAH.

Sekian terima kasih.


Spread the love

73 Comments

  1. Sehingga kini, semakin banyak dan ramai kes serta individu disiasat oleh kerajaan Pakatan Harapan kerana menyelewengkan harta negara.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!