‘Tripping Jump Challenge’ Boleh Menyebabkan Kematian

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini di alam maya netizen sebuk membincangkan mengenai satu challenge baharu yang sedang viral di seluruh dunia.

Selain untuk berseronok melakukannya, challenge yang diberi nama ‘tripping jump challenge’ ini juga boleh membawa padah.

Dalam cabaran itu, kesudahan aksi boleh meragut nyawa mereka yang mencubanya. Menerusi perkongsian video-video di laman sosial, kelihatan tiga orang berdiri sederet.

Aksi berkenaan memperlihatkan individu yang berdiri di tengah melompat tinggi sementara dua orang lagi yang berada di sebelahnya akan menyepak kaki rakan mereka yang sedang melompat itu.

Sepakan dua rakan itu pada bahagian belakang buku lali individu di tengah akan menyebabkan dia terjatuh lantas kepala terhentak di lantai.

Pelbagai versi cabaran itu dilakukan. Ada yang mempercayai individu yang berdiri di tengah itu mungkin sudah mengetahui awal bahawa dia perlu mengelakkan sepakan rakan di sebelahnya.

Manakala, ada juga versi ‘prank’ di mana individu di bahagian tengah tidak tahu akan niat rakannya untuk menyepak kakinya.

Baca : Menjaga Kesihatan Adalah Satu Amanah

Lebih malang, ada yang turut berkongsi pengalamannya di mana kepalanya terjatuh ke lantai konkrit di sebuah taman permainan.

Menurut pegawai perubatan, Dr. Shazif Othman, berdasarkan pengamatannya melalui video-video yang sedang tular di media sosial, terdapat beberapa risiko yang boleh berlaku kepada individu yang cuba melakukan cabaran berkenaan.

Risiko paling ketara, kata Dr Shazif, boleh berlaku hentakan di bahagian kepala dan sekali gus boleh menyebabkan anggota terpenting pada manusia iaitu otak.

“Jika terkena impak yang besar, ia boleh menyebabkan kematian otak atau ‘brain dead’. Ini kerana, jika dilihat video cabaran itu, individu terbabit terjatuh secara mengejut.

Dr Shazif turut menasihatkan terutama ibu bapa dan guru-guru sekolah agar tidak terpengaruh dengan aktiviti dan mereka perlu mengambil perkara yang positif sahaja.

Ini kerana, katanya, aktiviti ini bukan sahaja boleh menyebabkan kecacatan kekal, bahkan dapat memberi kesan jangka masa yang buruk di masa hadapan.

“Kepada ibu bapa dan guru-guru di sekolah, sila awasi anak-anak anda supaya tidak tidak terjebak dengan cabaran viral ini.

“Perlu diingatkan bahawa kesan aktiviti ini boleh menyusahkan banyak pihak dan mereka perlulah fikir banyak kali sebelum memilih untuk melakukan aktiviti itu,” pesan beliau lagi.

Macam-macam challenge pelik harini. Kita sebagai manusia yang berakal, tak perlu nak terikut-ikut sangat walaupun benda itu menyeronokkan. Tapi seronok tu tidak akan kekal lama kalau kawan kita cacat kekal.

Baca : Kita Tak Pernah Terlepas Daripada Buat Dosa, Tapi Itu Bukan Alasan

Dah baca sila share 🙂

Sumber ; Astroawani, @jamielovesweets, @fady_jouni


Spread the love

7 Comments

  1. Silap masa, boleh efek tulang belakang dan berisiko cacat seumur hidup. Lagi teruk, mati. Aiyo macam ni game pun ada ka

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!