Trend sosial media 2018 akan dibawa ke 2019 yang usahawan online mesti tahu

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri terutama entri yang paling banyak trafik untuk bulan november iaitu “Tips dan trick pergi ke MAHA 2018”. Tanpa pembaca pasti blog Denaihati hanya menjadi dokumen catatan sendiri untuk kenangan masa akan datang.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Siapa yang tidak kenal dengan Bapak Viral Kebangsaan, Sifu Khairul Hakimin Muhammad kalau belum kenal kena berkenalan terutama kepada yang sedang buat bisnis online. Pakar pemasaran menggunakan sosial media khas untuk Facebook. Abang telah menulis beberapa artikel bagus yang dikongsikan oleh Sifu. Nak baca artikel-artikel tersebut boleh taip nama sifu di kotak search di blog ini atau boleh beli buka secara online di Buku KHM. Kali ini beliau berkongsi trend sosial media 2018 yang akan terus diamalkan pada tahun 2019.

8 trends media sosial yang akan dibawa dari tahun 2018 ke tahun 2019.

1. Video content akan diluaskan lagi dengan kuasa “story-telling” di dalam video dan juga “Visual Content” yang menggunakan perkataan di dalamnya.

2. Content yang banyak titik persamaan sesama manusia akan lebih banyak berbanding sebelum ini. Ianya akan dianalisis mengikut negara dan lokasi. Contoh, Malaysia suka hiburan, maka content seperti itu akan dibantu untuk dinaikkan reach.

3. Chatbots dan message untuk kemudahan pengguna akan dinaik taraf untuk keselesaan hubungan penjual dan pelanggan.

4. Influencer marketer (yang ada sekurang-kurangnya 25k pengikut) akan lebih ramai. Dikatakan akan naik ke 20% tahun hadapan.

5. Facebook story dan Instagram story akan lebih popular berbanding posting.

6. Organic reach akan menurun sekitar 3-12% sekiranya kita muat naik iklan secara berturut lebih dari sekali sehari.

7. Content yang dieja dengan penuh, betul dan sempurna akan dibantu oleh robot untuk dinaikkan reach. Facebook sudah berjaya membangunkan lebih 240 bahasa seluruh dunia dan robot mereka boleh translate ejaan yang betul sahaja.

8. Live streaming akan menjadi trend besar selepas ini dan akan membawa pengikut yang lebih ramai.

Begitulah. Semoga kita terus mengolah idea dari semua ini.

Sumber: DigitalMarketingWorldForum, SocialMediaExaminer.

Khairul Hakimin Muhammad,
Beyond Expectation.

Sila baca juga artikel pemasaran Facebook di bawah dan kongsikan kepada kawan=kawan bisnis online anda.


Spread the love

41 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!