Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lagi serangan bom berlaku. Kali ini di Sri Lanka. Perdana Menteri Sri Lanka mengecam tindakan serangan yang dibuat sehingga mengorbankan ratusan nyawa di Colombo.
Menerusi Twitter, Ranil Wickremesinghe meminta semua rakyat Sri Lanka untuk kekal bersatu-padu dan kuat dalam menghadapi situasi cemas ini.
Angka kematian dalam lapan siri letupan di Sri Lanka hari ini meningkat kepada 207 orang manakala 450 cedera, kata jurucakap polis, Ruwan Gunasekera.
Tiga orang sudah ditahan berhubung serangan yang mensasarkan hotel mewah di ibu negara selain gereja di mana penganut Kristian sedang menyambut perayaan Easter.
Setakat ini, serangan yang membabitkan tiga gereja dan empat hotel telah menyebabkan lebih 400 cedera dan tiada pihak mengaku bertanggungjawab. Sri Lanka berada dalam keadaan aman sejak 2009 selepas perang saudara membabitkan pemberontak Tamil.
Tiga letupan berlaku di gereja Katolik manakala tiga lagi terjadi di Hotel Cinnamon Grand, Kingsbury dan Shangri-La. Malaysia mengutuk serangan itu dan berharap pihak yang bertanggungjawab melakukannya dihadapkan ke muka pengadilan.
Setakat pukul 1.30 petang waktu Malaysia, tiada rakyat Malaysia dilaporkan dalam senarai mereka yang terkorban.
Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia di kawasan terjejas supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa insiden berkenaan daripada media serta pihak berkuasa tempatan.
5 Comments
Ramai juga yang terkorban dalam kejadian ini. Moga ia tidak dikaitkan dengan umat Islam. Islam sekeras-kerasnya menentang keganasan.
Kita berdoa, kejadian ini bukan balas dendam orang Islam atas kejadian yang berlaku di NZ. Juga bukan kejahatan pihak lain untuk menuding jari kepada Islam. Allah sebaik-baik perancang.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Ada Resepi Air Soya Tak Tuan? Bulan Puasa Nak Dekat Dah Ni, Saya Cadang Nak Bisnes Air Balang Kat Bazar Ramadan La….
semoga tiada pihak yang mengambil kesempatan untuk menuding jari kepada islam. semoga malaysia dilindungi oleh tuan yang menjaga tanah berdaulat ini
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..Tahukah Anda Lima Negara Paling Kecil Di Dunia?
Nampaknya keganasan dari siri pengeboman orang awam tak lagi disasarkan pada orang Islam sahaja, orang bukan Islam pun tak terkecuali.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Pakai Kereta Sport Mewah Ford Mustang
namum ia akan merisaukan umat islam juga, siapa tahu ini agenda baling batu sembunyi tangan & akan tuduh umat islam yang buat sebagai balas dendam
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..PU Abu Menyesal Ceraikan Isteri Ketika Hamil
Comments are closed.