Trafik Organik dan kelebihannya

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dalam entri “Cara Jadi Top Blog Personal Malaysia” aku ada sentuh tentang Trafik Organik. Soalan dari Hilalazmi, “Trafik organik ni berkualiti ke? Ataupun disebabkan dia seiring dengan keinginan Google berlandaskan keyword ?” Ada juga Rakan Blogger yang tanya macam mana nak tahu jumlah Trafik Organik sebuah blog.

Antara tools terbaik untuk mengesan trafik sebuah blog adalah menggunakan Google Analytics yang hanya memerlukan akaun Google untuk mendaftar percuma. Sumber trafik Google Analytics di katogerikan kepada 4 iaitu Search Engines, Reffering Sites, Direct Traffic dan Other. Fokus kita adalah kepada trafik dari Search Engines yang juga merupakan Trafik Organik.

Contoh trafik blog dari rakan-rakan blog utk blog Denaihati.
Contoh trafik blog dari rakan-rakan blog utk blog Denaihati.

Majoriti Top Blog Malaysia dan Dunia yang dilawati berpuluh ribu pelawat setiap hari mempunyai Trafik Organik melebihi 70%. Peratusan yang tinggi ini terhasil kerana banyak penulisan blog berkualiti yang menjadi antara Top 10 Search Engines dan paling penting berkekalan dalam jangka masa panjang. Untuk meletakan sesuatu entri baru di dalam Top 10 Search Engines bukanlah susah sebenarnya tetapi untuk mengekalkan dalam tempoh yang lama itu yang sukar. Antara penulisan aku yang paling lama kekal no 1 di Google Search adalah entri ilmiah “Seks Pagi” yang ditulis pada 27/3/2009.

Trafik Organik sangat diperlukan semakin banyak jumlahnya semakin bagus jadi tidaklah Blogger hanya mengharap trafik lawatan balas dari Rakan Blogger sahaja. Ramai Blogger antarabangsa yang fokus untuk meningkatkan jumlah Trafik Organik melebihi 70% yang akhirnya pelawat ini akan diubah menjadi Loyal Visitor melalui menulisan blog yang berkualiti.

Banyak juga komen-komen yang aku baca mengatakan Blogger itu dan ini Gila Trafik. Kalau property pentingkan Lokasi, Lokasi dan Lokasi maka blog pentingkan Trafik, Trafik dan Trafik. Cuma untuk mendapat Trafik Organik atau trafik lain perlukan ILMU supaya kita kelihatan lebih profesional dan tidak kelihatan terlalu Gila Trafik. ILMU untuk mendapat Trafik Organik dan kelebihnya boleh dipelajari melalui pembacaan di banyak Blog Profesional terutama Blog Antarabangsa. Hanya perlu rajin mencari sahaja.


Spread the love

125 Comments

  1. Pingback: Kelebihan SEO

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!