Toyota jenama paling bernilai 6 tahun berturut-turut

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk enam tahun berturut-turut, Toyota masih mengekalkan kedudukan teratas selaku jenama yang paling bernilai di dunia menewaskan jenama-jenama barat seperti Mercedes-Benz dan BMW.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Di tempat kedua pula, Mercedes-Benz berjaya memintas BMW buat kali pertama manakala Ford pula berjaya menduduki tangga keempat. 

Peningkatan nilai jenama Toyota sebanyak 5% kepada hampir US$30 billion itu adalah disebabkan terdapat peningkatan permintaan terhadap SUVnya di pasaran Eropah dan US, selain konsisten menawarkan produk yang berkualiti, tahan lasak dan mudah dipercayai. 

Mercedes pula mencatatkan penumbuhan positif yang disumbangkan oleh prestasi yang cemerlang di pasaran China, Brazil dan Russia, selain daripada kejayaan yang dikecapi selepas pelancaran model terbaharu E Class mereka. 

Berikut merupakan senarai jenama automotif yang paling bernilai di dunia berdasarkan kajian oleh BrandZ Top 100 Most Valuable Global Brands

1. Toyota
2. Mercedes-Benz
3. BMW
4. Ford
5. Honda
6. Nissan
7. Audi
8. Tesla
9. Maruti Suzuki
10. Volkswagen

Setelah dua tahun menghilang akibat skandal dieselgate yang melanda, Volkswagen akhirnya kembali memasuki carta di tempat ke-10. 

Walaupun skandal yang melanda itu mengakibatkan VW mengalami kerugian yang amat tinggi, tahap kesetiaan pelanggan terhadap jenama tersebut masih kekal dan tidak berubah. 

Sumber : automative news, careta


Spread the love

4 Comments

  1. Kalau dulu ada cerita Initial D, watak utama dia pakai toyota AE86. Fuhh memang menjadi kegilaan pada zaman tu.

    1. Proton sekarang tengah develop untuk bersaing dengan kereta-kereta luar negara. Harap proton boleh menepa nama di persada dunia. Insyallah.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!