Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Tips menjadi blogger sempurna“. Kali ini Abang nak berkongsi tips menjemput rezeki yang berganda-ganda.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Kekadang terasa yang kita sangat hebat. Atas usaha kita maka kita jadi pandai, atas usaha kita maka kita jadi terkenal, atas usaha kita maka kita jadi kaya, pendek kata kita merasa kehebatan kita kerana usaha kita seratus peratus.
Sebenarnya semua rezeki samada pandai, terkenal, kaya, bahagia dan sebagainya hanya datang daripada satu sumber sahaja seperti maksud ayat 24 surah Saba.
Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): “Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?” Terangkanlah jawabnya: “Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik – (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata “.
Kawan-kawan Abang ramai yang minat berniaga cuma ketakutan mereka adalah rugi. Untung dan rugi adalah resam dalam bisnis. Rugi mengajar kita untuk memperbaiki sistem perniagaan yang kita lakukan. Untung mendidik kita untuk menguruskan kewangan supaya duit boleh buat duit, bukan berbelanja untuk menunjuk kemewahan.
Kalau nak untung sahaja tanpa rugi dalam berniaga, boleh tetapi mesti kena ikut nasihat yang telah diberi seperti maksud ayat 29 surah Fatir
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;
Pernah tak kawan-kawan cakap pada kita, nak makan pun kena usaha walaupun makanan sudah terhidang depan kita. Makanan tak boleh masuk dalam mulut ke perut kalau tidak disuap dengan tangan ke mulut.
Dalam Al Quran berulang-ulang kali disebut, untuk berjaya manusia mesti berusaha antaranya maksud ayat 10 surah Fatir.
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.
Berusaha, berusaha dan berusaha jangan pernah kecewa dengan ujian TUHAN untuk nikmat yang terindah.
Semuga TUHAN sentiasa memelihara hidayah kepada kita hambanya yang sangat lemah tiada berkuasa, dan semuga TUHAN sentiasa menjadikan kita antara hambanya yang beribadah ibarat esok kita akan mati dan bekerja bersungguh-sungguh bagaikan kita akan hidup seribu tahun lagi.
Redha TUHAN yang kita cari.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaisell (kedai online kami)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
74 Comments
rejeki yang sudah ditakdirkan untukmu tak akn mungkin menjadi milik orang lain namun perlu usaha untuk menjemput rezeki itu
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Cara Mengatasi Rambut KEring dengan Bahan Alami
Yang terpenting adalah usaha dari diri sendiri. Jika kita semangat dan ulet dalam bekerja, insyaaAllah rezeki senantiasa ada selalu di kita
Curahan rasa HAFIDZ KONVEKSI @ ..Hello world!
Semua ada manfaat dan hikmah tersendiri di dalamnya. Terimakasih banyak atas informasi yangdiberikan
Curahan rasa HAFIDZ KONVEKSI @ ..Hello world!
Semua perkara yang memberi manfaat yang baik adalah rezeki. Rezeki yang berkat adalah rezeki yang cukup walau sedikit. Kalau Allah bagi lebih, mohon Allah jentikkan hati untuk berkongsi dengan orang lain.
Terimakasih infonya
Curahan rasa KAOS FULL PRINT @ ..PERBEDAAN KAIN TUTON DENGAN KAIN KATUN COMBED
Untung dan rugi tu adalah adat orang berniaga. Kalau takut nak berniaga sampai bila-bila pun kita akan duduk kat tahap yang sama je.
Curahan rasa Qiya Saad @ ..5 Types of Investment in Malaysia
karena rezeki tak hanya berupa uang saja. keluargan , teman, kesehatan itu yang terkadang manusia tidak menyadari rezeki yang sebenernya.
terimakasih abang sudah menginspirasi saya, semoga allah meridhoi semua amin
Curahan rasa icp capsule @ ..Agen ICP Capsule Demak
cara untuk berjaya….
usaha semaksima dan sedaya upaya yang ada…
tak habis kudrat berusaha ..
bertawakal sahaja untuk dapatkan kembali tenaga untuk terus berusaha..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..10 Tip Usahawan Dari Tony Fernandez
Semua perkara yang memberi manfaat yang baik adalah rezeki. Rezeki yang berkat adalah rezeki yang cukup walau sedikit. Kalau Allah bagi lebih, mohon Allah jentikkan hati untuk berkongsi dengan orang lain.
🙂
Curahan rasa Faezah @ ..Vita E Complex : Terbaik Untuk Masalah Jerawat
Alhamdulillah, Terima kasih atas tipsnya.
Segala rezeki dari Allah. Sebab tu juga selepas penat berusaha, di galakkan untuk berdoa. Malah doa itu juga wajib bagi orang islam. Sebab Allah berfirman, mintalah pada nya. Jika rezeki itu jauh, maka dekatkanlah kepada kami.
Kena didik hati, rezeki banyak dari Allah, rezeki sedikit pun dari Allah. Allah bagi rezeki mengikut keperluan kita
Curahan rasa azimah mohd zainuddin @ ..Hilangkan Kulit Berminyak Dengan Putih Telur
Tak sedikit yang terlupa bila dah diberi rezeki yang lumayan dan melimpah ruah, mereka kata itu adalah sebab usaha keras mereka siang dan malam.
🙁
Curahan rasa Faezah @ ..Kulit Sihat dengan Shaklee
allah dah janji kalau banyakkan bersedekah, DIA akan beri rezeki. buka sahaja dari segi duit tp kebahagiaan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kerja dari Rumah dengan iLancee
Terbaikk. Terima kasih atas perkongsian ni. Sesungguhnya Allah sebaik2 Pemberi Rezeki. Manual cara dapatkan rezeki pun DIA dah beri melalui Al-Quran.
Curahan rasa Syakirah @ ..5 Punca Rezeki Sempit
Mantaaap…..terima kasih atas saran dan tips nya, memang segala sesuatunya tidak bisa dipisah kan dari kekuasaan Allah SWT sang maha pemberi rezeki.
Curahan rasa Ummi @ ..BAJU ANAK BRANDED
Comments are closed.