Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Tips tuntut hutang daripada kawan-kawan yang liat membayar“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut dan tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak berkongsi tips berumahtangga untuk kekal rindu walaupun sudah berabad usia perkahwinan.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Viral apabila Fazura mengaku dialah wanita paling bahagia sejak bersuamikan Fattah Amin.
Saya wanita paling bahagia ketika ini kerana mengahwini lelaki seperti Fattah Amin. Memang dialah lelaki saya nantikan selama ini. Saya tahu, dia lelaki yang baik, rapat dengan keluarga dan menyayangi kanak-kanak. Tambahnya lagi, dia dan Fattah jarang berenggang lama walaupun terikat dengan komitmen kerja. Macam mana nak berpisah kalau pergi bilik air pun sudah rindu,” katanya sambil ketawa.
Untuk mengekalkan rasa rindu antara suami isteri perlu dipupuk sentiasa daripada hal-hal remeh sehingga hal-hal penting. Abang kurang setuju bila suami isteri
- Naik kereta isteri duduk belakang alasan nak jaga anak.
- Bila makan di luar isteri duduk hujung meja, suami duduk hujung meja sebab di tengah-tengah nak suruh anak duduk.
- Bila tidur nak selit anak di tengah-tengah walaupun sudah hukum tidur sendiri.
Bila sering sangat suami isteri berenggang walaupun dengan hal-hal yang ramai rasa remeh tapi kerenggangan yang diulang-ulang bertahun-tahun akan di isi oleh perkara lain seperti cinta suami kepada hobi yang keterlaluan dan paling parah hadir orang ke tiga.
Rindu juga akan berkurangan perlahan-lahan kerana kerenggangan yang dicipta sendiri sehingga tak ada lagi rasa rindu walaupun berpisah sebentar kerana pergi bilik air.
Bila Abang kongsi topik “Rindu pada suami yang masuk bilik air“, di sosial media lebih 100 share dan lebih 100 komen yang dapat. Ini antara komen kawan-kawan sodial media.
Lan Careno : Alhamdulillah semua tu saya tak amalkan, betul, benda nampak simple macam utamakan anak tapi hakikatnya nanti hubungan dengan pasangan mungkin semakin renggang.
Sis Lin : Saya kalau naik kereta anak sibuk nak duduk depan pun saya tak bagi Tuan, macam mana pun keadaannya saya tetap duduk sebelah suami.
NaNora Ahmad : 14 tahun kawin, saya tetap duduk di seat depan kereta, tak kiralah anak berebut nak duduk depan ke, gaduh-gaduh, kurang bercakap dengan suami ke tetap depan, anak-anak faham dan redho je sebab tak nak tengok mama bad mood bila pening kepala nak muntah bila dduuk belakang.
Kuntom Mcm Bunga : dalam kereta tu memang dari awal kawin suami dah cakap bila ada anak jangan nak sebok duduk belakang jaga anak, awak tetap sebelah abang, yes itu kami terapkan sampai anak 3 ni tapi bab kat umah dan tidur tu anak dah pandai mnyelinap masok tido selit adoi sabar jelah, nasib la baru umur 6 dan 4 tahun masih dalam proses pembelajaran, hehehe.
Nooraini Zubir : anak-anak lah selalu jadi orang ketiga selit tengah tengah tapi mak tetap kepit kepit ke apaknya, lantokkan penyek kat tengah tu..hahahah.. anyway, bagus tips dari tuan.
Azura Baharudin : Sebab itu saya sedaya upaya umur anak 2 tahun je dah mula tidur asingkan tapi tak tutup rapat pintu. Walau orang kata eh kesian kecik-kecik dah kene tidur bilik sendiri tapi hakikat sebenar kita nak jaga hubungan suami isteri jugak.
Norizan Ismail : Dalam kereta tak suka duduk belakang, panas dan pening nak muntah, heheh, .bab anak dari sejak lahir letak anak dalam katil baby tak de can nak kacau mak ayah. Sejak mula kawin sampai dan umur senja masih mandi bersama tak de can nak rindu-rindu bila tinggal masuk bilik air..hahah
Mungkin kawan-kawan ada tips lain supaya kasih sayang suami isteri terus kekal hingga akhir hayat bukan sekadar panas di siang hari bila malam hilang segalanya.
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
50 Comments
Tips yg bermanfaat bagi keutuhan rumah tangga yang kita bangun, biar amet sampai maut yang memisah kan
terimaksih:)
Curahan rasa iyank muhtar @ ..Konveksi Celana Pendek Black hawk
terima kasih udah di share artikel nya menarik i like it
Curahan rasa grosir gamis murah @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Tips yang berguna…tq abang…dalam rumahtangga pasti ada pasang surutnya…jadi hadapilah dengan bijak bersama pasangan anda..
Alhamdulillah walaupun usia perkahwinan baru 12 tahun tapi masih kekal bersama walaupun pelbagai ujian datang melanda. Betul la macam tips yang abang bagi tu….mesti amalkan In Sha Allah akan bahagia…
pasaangan artis yang bahagia dan trending sekarang ini..
moga kebahagiaan mereka berkekalan hingga ke jannah..
aamiin.
artis bahagia..peminat juga tumpang bahagia
Curahan rasa mrhanafi @ ..Apakah Nilai RM100 Buat Anda
hangat betul pasangan ni sekarang. setiap hari ade je headline pasa diorang
Curahan rasa nikkhazami @ ..Filem Superhero Terbaik 2017
Orang lain pun ambil kesempatan untuk dapatkan trafik dengan pos gambar dan cerita pasal Fattah dan Fazura.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Jabatan Kastam Di Raja Malaysia Dikorporatkan
pasangan ini sweet. semoga berkekalan lah hendaknya ikatan yang telah mereka bina.
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Perodua Kembara Baharu 2018
baca entry ni senyum sorang-sorang…sweet je, gi bilik air pun dah rindu..aduhai…thank you for the tips.itulah kadang bergaduh ngn anak nk duk depan..hehe..
Curahan rasa nurul fatin adiana @ ..Kerjaya mobile Spa dengan The Walking Beauty
Seronoknya bila dalam rumatangga tu ada mawaddah warahmah, jadinya rasa cinta dan rindu pada pasangan sentiasa mekar selalu
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..Cetaphil Baby untuk Anak yang Sering Menggaru Gatal-gatal
Bila ada hubungan yang intim di antara suami isteri akan dapat memberi Nur dalam sebuah keluarga…. Dari situ barulah boleh wujud Rumah ku Syurgaku..
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
harap harap rasa rindu tu kekal sampai bila bila dan bukannya masa baru kawin je
Curahan rasa nikkhazami @ ..Moisturizer Untuk Kulit Berminyak
Manisnya bercinta selepas kahwin.
Suami dan isteri perlu memainkan peranan penting dalam mengekalkan hubungan dan kemersaan.
Curahan rasa HIDAYAH AZMAN @ ..APA ITU VIVIX, POLYPHENOL & RESVERATROL
Sepatutnya begitulah… Jangan dok hangat bercinta sebelum kahwin, tapi bila dah berkahwin hubungan jadi hambar…
Ikut cara sebenar yang diajar dalam Agama Islam, kita tak perlu nak bercintan cintun sebelum berkahwin… Terus kahwin dan bercinta setelah selesai proses akad nikah..
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
Bila baca entri ni rasa manis2 gitu pasangan pengantin baru yang tengah hot sekarang nie.
Suami kene pandai main peranan macamana pun tetap nak dekat dengan si isteri. Setiap hari adalah hari2 yang indah dilalui bersama.
Makin lama makin sayang makin lama makin rasa kuat rindu walaupun hari2 bersama2..
Curahan rasa Nur Razali @ ..Badan Yang Sihat Bukan Sekadar Angan-angan
Harap dapat kekalkan momentum seperti ini sehingga ke hari tua…
Kalau boleh setiap detik bila suami tiada di sisi akan terasa rindu
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
Kalau kita tanam sayur rumput akan tumbuh juga
Kalau tanam rumput
sayur tak akan tumbuh
Samalah macam rumah tangga, semai benih yang baik pasti akan ada sikit cabaran lain
Dari rumah tangga yang tak ada perancangan langsung
habis karam bahtera
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Taman Rama Rama & Reptilia di Melaka! Jalan jalan bersama keluarga
Bila cikgu berkata-kata… memang terbaik… Respek dengan Cikgu Titan..
Setiap pendapat dan pandangan ada Pro And Con… Tapi yang terbaik tetap seperti yang digariskan dalam Al-Quran..
Curahan rasa Anuar @ ..Jadual Pembayaran Gaji UBER pada tahun 2018
Comments are closed.