Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Tips tuntut hutang daripada kawan-kawan yang liat membayar“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut dan tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak berkongsi tips berumahtangga untuk kekal rindu walaupun sudah berabad usia perkahwinan.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Viral apabila Fazura mengaku dialah wanita paling bahagia sejak bersuamikan Fattah Amin.
Saya wanita paling bahagia ketika ini kerana mengahwini lelaki seperti Fattah Amin. Memang dialah lelaki saya nantikan selama ini. Saya tahu, dia lelaki yang baik, rapat dengan keluarga dan menyayangi kanak-kanak. Tambahnya lagi, dia dan Fattah jarang berenggang lama walaupun terikat dengan komitmen kerja. Macam mana nak berpisah kalau pergi bilik air pun sudah rindu,” katanya sambil ketawa.
Untuk mengekalkan rasa rindu antara suami isteri perlu dipupuk sentiasa daripada hal-hal remeh sehingga hal-hal penting. Abang kurang setuju bila suami isteri
- Naik kereta isteri duduk belakang alasan nak jaga anak.
- Bila makan di luar isteri duduk hujung meja, suami duduk hujung meja sebab di tengah-tengah nak suruh anak duduk.
- Bila tidur nak selit anak di tengah-tengah walaupun sudah hukum tidur sendiri.
Bila sering sangat suami isteri berenggang walaupun dengan hal-hal yang ramai rasa remeh tapi kerenggangan yang diulang-ulang bertahun-tahun akan di isi oleh perkara lain seperti cinta suami kepada hobi yang keterlaluan dan paling parah hadir orang ke tiga.
Rindu juga akan berkurangan perlahan-lahan kerana kerenggangan yang dicipta sendiri sehingga tak ada lagi rasa rindu walaupun berpisah sebentar kerana pergi bilik air.
Bila Abang kongsi topik “Rindu pada suami yang masuk bilik air“, di sosial media lebih 100 share dan lebih 100 komen yang dapat. Ini antara komen kawan-kawan sodial media.
Lan Careno : Alhamdulillah semua tu saya tak amalkan, betul, benda nampak simple macam utamakan anak tapi hakikatnya nanti hubungan dengan pasangan mungkin semakin renggang.
Sis Lin : Saya kalau naik kereta anak sibuk nak duduk depan pun saya tak bagi Tuan, macam mana pun keadaannya saya tetap duduk sebelah suami.
NaNora Ahmad : 14 tahun kawin, saya tetap duduk di seat depan kereta, tak kiralah anak berebut nak duduk depan ke, gaduh-gaduh, kurang bercakap dengan suami ke tetap depan, anak-anak faham dan redho je sebab tak nak tengok mama bad mood bila pening kepala nak muntah bila dduuk belakang.
Kuntom Mcm Bunga : dalam kereta tu memang dari awal kawin suami dah cakap bila ada anak jangan nak sebok duduk belakang jaga anak, awak tetap sebelah abang, yes itu kami terapkan sampai anak 3 ni tapi bab kat umah dan tidur tu anak dah pandai mnyelinap masok tido selit adoi sabar jelah, nasib la baru umur 6 dan 4 tahun masih dalam proses pembelajaran, hehehe.
Nooraini Zubir : anak-anak lah selalu jadi orang ketiga selit tengah tengah tapi mak tetap kepit kepit ke apaknya, lantokkan penyek kat tengah tu..hahahah.. anyway, bagus tips dari tuan.
Azura Baharudin : Sebab itu saya sedaya upaya umur anak 2 tahun je dah mula tidur asingkan tapi tak tutup rapat pintu. Walau orang kata eh kesian kecik-kecik dah kene tidur bilik sendiri tapi hakikat sebenar kita nak jaga hubungan suami isteri jugak.
Norizan Ismail : Dalam kereta tak suka duduk belakang, panas dan pening nak muntah, heheh, .bab anak dari sejak lahir letak anak dalam katil baby tak de can nak kacau mak ayah. Sejak mula kawin sampai dan umur senja masih mandi bersama tak de can nak rindu-rindu bila tinggal masuk bilik air..hahah
Mungkin kawan-kawan ada tips lain supaya kasih sayang suami isteri terus kekal hingga akhir hayat bukan sekadar panas di siang hari bila malam hilang segalanya.
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
50 Comments
perbincangan yang amat menarik..
saya faham sangat bahagia jika suami isteri saling mencintai.
keluarga bahagia akan membentuk masyarakat yang sejahtera dan negara aman makmur..
keluarga komuniti asas dalam asas..
yes..
saya tahu mungkin orang bujang tak sabar nak kahwin jika faham bahawa indahnya hidup ini jika saling mencintai..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Jodoh Anak Dara Dengan Suami Orang
Membantu sebuah masyarakat yang harmoni perlu bermula dari rumahtangga yang bahagia…. Nak wujudkan rumahtangga yang bahagia perlu bermula daripada hubungan suami isteri…
Curahan rasa Anuar @ ..Jadual Pembayaran Gaji UBER pada tahun 2018
Amalkan melakukan aktiviti secara berjemaah insya Allah akan sentiasa erat dan rapat. Paling penting amalkan kehidupan dengan beragama, insya Allah selamat dunia akhirat.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
tulah yang sebaik.
selalu sahaja solat berjemaah dengan isteri terutama solat sunat di rumah.
jika nak ke masjid bolehlah bawa sekali bersama-sama..
lebih sweet dan romantik
Curahan rasa mrhanafi @ ..Jodoh Anak Dara Dengan Suami Orang
Dah jadi macam adat bini duk belakang jaga anak2…haha
Curahan rasa MyInformasi @ ..Cara Daftar Kasih Ibu Smart Selangor KISS 2018
Kan?
Nak persoalkan tindakan orang lain, kenapa mereka buat macam tu?
Nanti mereka akan kata masing-masing ada cara tersendiri..
Curahan rasa Anuar @ ..Jadual Pembayaran Gaji UBER pada tahun 2018
tak kesah lagi bab dok sebelah atau tak dalam kereta.
Sebab bagi aku, anak lelaki mesti dok sebelah bapak dia.
Latih dari kecik agar jadi ketua dan pelindung keluarga.
Kesannya, akan nampak bila besaq nanti. Ini khas untuk anak lelaki. Anak perempuan, memang dok belakang. Itu wajib. Tak kiralah ko besaq ke kecik. Haha..
tapi aku lagi kesah kalau makan asing-asing.
makan, laki bini mesti sama.
Aku tengok wan dan nenek aku, memang jarang makan tak sama dengan atuk aku. Time sakit pun, masih makan sama. Kalau tak sama pun, makan mesti ada berteman. Kalau laki takde ke ,berteman dengan anak, atau cucu..memang depa tak makan. Biasanya, teman laki makan makan even bini tak makan. Paling penting, teman masa makan.
Atas asbab yang sama, aku sendiri rasa janggal kalau time makan, tak makan sama dengan bini. Dah ada anak ni pun, aku latih anak sama. Makan sama-sama. Jangan nak dok melompat patahkan kipas dan usik lampu je selalu.
Haha..
Curahan rasa titan @ ..JIMAT duit dengan Shopback Cashback
memang saya sokong sangat pendapat makan bersama ini. Bapak mertua dah umur lebih 90 tahun tetap makan bersama dengan mak mertua yang umur hampir 80 tahun. mereka bahagia sangat. bukan kelihatan bahagia tapi memang bahagia.
Curahan rasa denaihati @ ..Perogol Dalam Rumah!
Bila baca statement daripada Fazura ni.. nampak romantik betul pasangan suami isteri ni..
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
Semoga ikatan perkahwinan yang di bina oleh pasangan pengantin ini berkekalan hingga ke akhir hayat..
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
Biasalah, orang baru kahwin nak ada rasa romantik, yang sudah lama kahwin pun pasti ada resepi untuk kekalkan keharmonian rumah tangga.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Daftar Uber
Masa baru kahwin bahu kentut pun kata wangi… harap pasangan Fattah Amin dan Fazura dapat kekalkan “kewangian” ini buat selamanya..
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
nice tips,esp for newly weds.. kesemua tips nie sangat mudah untuk dipraktikkan . so, tak salah kalau kita cuba
Curahan rasa TAHZ @ ..3 Komplikasi Penyakit Hepatitis B Kronik Yang Mesti Diketahui
Betul.. tak banyak pun tips yang nak diamalkan.. cuma 3 sahaja… kesemua tips simple sahaja dan boleh dilakukan.
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
Perkara ke tiga yang paling penting sekali… tidur bersama dengan pasangan suami isteri…
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
Walaupun pada hakikatnya terdapat cabaran ketika anak2 masih kecil… tetapi sedaya upaya kena cuba usahakan juga..
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
Perkara nombor dua.. makan di sebelah isteri juga setiap kali makan di luar juga saya setuju… Lepas kahwin boleh makan berdua, berkepit macam belangkas semasa sedang honeymoon.. takkan lepas kahwin nak duduk makan berjauhan..
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
Betullah tu.. saya setuju sangat.. waktu dalam kereta isteri mesti kena duduk di sebelah suami..
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
Walaupun isteri saya dianggap sebagai JPJ dalam kereta saya… tapi saya tak kisah… rasa lebih selamat memandu bila mendengar bebelan isteri di sebelah..
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
Hahaha.. Kebetulan pula saya ada selitkan tentang drama bersiri terbaru lakonan Fattah Amin dekat blog saya..
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
Rasanya wanita paling bahagia mestilah isteri isteri Rasulullah, dapat lelaki terbaik dari kalangan manusia
Zaman sekarang ni artis di junjung
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Patutlah cara rawatan kencing manis kurang berjaya! Ini sebabnya
Rasulullah S.A.W merupakan contoh dan ikutan umat manusia hingga ke akhir zaman… pastinya yang terbaik..
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
memang selalu berebut dengan anak2 nk dok depan sebelah suami..konfem la mama yang menang kan..hehe
Dah tentulah mama yang menang bila berebut dengan anak-anak… mama kan ratu di hati suami..
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
Lagipun keadaan fizikal mama lebih besar berbanding anak2… dah tentulah orang yg lebih besar akan menang.. hehehe..
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
tak salah kalau dah berpinak pinak anaknya tapi masih romantik..banyak bergurau senda..wah memang bahagia..
jangan kata pergi bilik air pun rindu..pergi bilik air sekali lagi..hehehe =p
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Cara dan Teknik Belajar Berenang yang Murah dan Mudah
Ayat yang last sekali tu memang win.. apa salahnya.. nama pun suami isteri.. barulah kata orang romantik di kamar mandi..
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
saya pun tak setuju kalau isteri duduk belakang bila suami sedang memandu.. suami nak co pilot. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Teknik Dapatkan Jawline Tajam
Bukan setakat co-pilot… kalau saya, saya sentiada perlukan JPJ duduk di sebelah saya.. hehehe
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
Comments are closed.