Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sewa kereta di Malaysia mungkin sudah ramai yang biasa buat, tetapi bagaimana dengan sewa kereta apabila travel ke luar negara?
Belajar sewa kereta ketika kali pertama travel luar negara 2012 dari Frankfurt ke Rome. Seronoknya apabila sewa kereta, kita boleh pergi ke mana sahaja yang kita suka pada bila-bila masa yang kita suka.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Di Cape Town kami sewa van Toyota yang boleh muat 10 orang. Sewa kenderaan tak boleh fikir penumpang sahaja mesti fikir beg-beg besar yang dibawa selama mana perjalanan kita.
Tengok juga had kilometer sehari yang dibenarkan, bagus pilih tiada limit tapi harganya lebih mahal sikit. Kalau pilih dengan had kilometer, bila terlebih kadar, bayar ikut lebihan setiap kilometer.
Bagus beli Insuran penuh terutama dì kawasan yang tak pasti tahap keselamatannya. Wheel Cap van kami hilang ketika parking di Champs Bay Cape Town. Kalau beli pakej penuh insuran apa sahaja berlaku samada kemalangan atau hilang akan cover 100%. Perlu bayar extra beberapa ratus sahaja.
Semasa di Cape Town booking kereta sewa secara online untuk trip di Johannesburg. Beberapa jam sebelum sambung penerbangan ke Johannesburg dapat satu missed call. Dalam hati memang dah jangka dari syarikat kereta sewa.
Bila sampai Johannesburg nak ambik kereta sewa baru terbaca booking kereta dibatalkan sebab tak dapat detect asal usul booking. Betullah missed call sebelum terbang dari Cape Town tu dari syarikat kereta sewa.
Kami pergi semua kaunter kereta sewa di airport Lensaria Johannesburg untuk sewa van tapi semua kata tak ada. Akhirnya kami buat keputusan sewa dua kereta, Nissan dan Renault untuk 7 orang dan 7 beg besar.
Di Afrika Selatan ada banyak syarikat sewa kereta seperti Bidvest Car Rental, Six Rent a Car, Thrifty Car Rental, AVIS Rent a Car, AroundAbout Car, Sixt Global dan pelbagai lagi.
Ini pengalaman kami. Pasti kawan-kawan yang selalu sewa kereta semasa travel luar negara ada pengalaman lain. Share lah pengalaman tu untuk panduan semua.
37 Comments
harga agak mahal tp berbaloi la sbb kita kongsi duit kan? pastu bebas plak tu
kadang kadang pemandu pelancong ni susah nak nego.. dia malas dan boring ke tempat sama je haha
semoga impian mrhanafi tercapai.. siapa tak nak tgk negara luar kan? good luck ye?
kerusi pemandu di sebelah kiri memang agak oelik sedikit.
perlukan sedikit masa untuk membiasakan diri.
Ye. Mmg pelik rasa kekok. Dan mereka juga pelik dbioa drive sebelah kanan hehe
kekurangan apabila menyewa kereta ialah terpaksa keluarkan kos minyak.
jika minyak mahal ..kos pasti bertambah
Betul jugak tu. Kalau ketua keluarga lebih parah. Haha kalau pergi dgn kawan kawan boleh la share kan
jika travel membawa ahli keluarga memang perlu beg besar..
bukan setakat pakaian boleh masuk..makanan pun boleh dimuatkan sekali
Hehe. Itu sudah pasti. Sebb kalau bercuti mmg tak sah kalau tak shopping barangan dan makanan
setakat ini saya cuma ada pengalaman menyewa kereta dalam negeri mengikut jam sahaja..
belum lagi ada pengalaman menyewa kereta selama sehari..
Lepas ni kalau bercuti di negeri lain pun boleh sewa kereta. Senang sikit nk bergerak
menyewa kereta dan menggunakan pengangkutan awam memang berbeza.Menyewa kereta menjanjikan kebebasan masa yang levih baik.
Ye. Agak mahal tapi bergantung kpd kgunaan kitta. Kalau nak jln jln lebih baaik kalau ada kenderaan sendiri
pengalaman memandu kenderaan di negara orang ini bukan senang nak dapat…
mungkin menjadi aset dalam memori yang terindu sewaktu sudah tua nanti..
ketika itu kita akan menghiung hari bila akan pergi ke alam fana
Lagi lagi kalau memandu on the other side yg kita tak biasa. Lagi la akan ingat smpai mati.
memang mahu juga sewa kereta apabila berada di luar negara..
cuma terfikir lesen pulak..
adakah lesen memandu negara ini sah untuk digunakan diluar negara..
Semestinya sah. Mereka akan semak dan mereka akan benarkan org yg ada lesen sahaja memandu
wah baguslah begitu..
tunggu ada rezeki kencang dululah nak pergi melancong antara benua dengan memandu..
aamiin
Ada sesetengah negar kita kena apply permit, ada yang nak lesen antarabngsa, ada yang guna lesen saja pun boleh.. bergantung kepada negar yg kita pergi tu
Ye. Biasa nya boleh sahaja.. tak jadi masalah.. kalau boleh memandu ketika travel mmg senang
Owh, tak dapat dapat detect booking asal, terus dibatalkan sahaja booking tu ye. Strict gak. Mujur jumpa alternatif lain kan
bila travel ke luar negara kena sentiasa siap sedia dengan perkara yang di luar jangkaan. Yang penting, jangan panik. Masih ada masa
Ada yg panik sehingga tak bleh kawal emosi. Lepas tu marah ahli keluarga dan rakan. Stress katanya
Teringin juga nak merasai pengalaman kereta di luar negara.. tapi rasa takut juga, sebab tak biasa left hand drive..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Belum pernah ada pengalaman sewa kereta di luar negara.. Masa pergi Myanmar hari tu semua pihak penganjur sediakan..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Lepas ni kalau ada rezeki lebih boleh lah sewa kereta. Senang nk ke sana ke mari
Kalau nak insurans cover kena bayar beberapa ratus. Mahal tapi lebih terjamin
Ya ada kereta sendiri di luar negara lebih senang. Nak shopping itu ini dan boleh stop di mana mana sahaja
kalau kita tersangat kaya boleh buat macam tu..
ada kereta sendiri,rumah dan keluarga di luar negara..
memang best sangatl macam tu
Sbb tu kena kerja keras. Baru boleh bercuti di tempat best. Tp itu semua brgantung pada rezeki juga kan?
ya…betul kata awak.
perlu kerja keras dan usaha yang berterusan..
jika kena caranya boleh kaya dan seringlah berulang alik ke luar negara.
Kita bebas ikut timing kita sendiri dengan kereta sewa ni. Kalau guna public transport/ pemandu pelancong, akan terikat dengan masa mereka
Pengalaman sy guna pemandu pelancong so far okey. Tapi dengar nye ada juga yg leceh sbb tak nak bawa kita
Comments are closed.