Tips SEO : Cara buat Link Wheel dalam SEO

Spread the love

Salam/Hi, Alhamdulilah sedar tidak sedar contest SEO Hidup Seorang Blogger telah berakhir, contest SEO yang amat pendek yang pernah aku sertai. Maka cabarannya amatlah sengit bagi aku kerana dengan jangka masa lebih kurang sebulan, amatlah sukar untuk kita menstabilkan site di SERP. Tiada rahsia yang pelik untuk dikongsi, keyword untuk kejayaan aku hanyalah Link Wheel dan FOKUS. Disebalik fokus pula, perancangan yang teliti dan rapi telah aku buat. Kepuasan SEO terasa bila site berada di atas kedudukan SERP, oh nikmatnya.hehe

Disini aku tak nak berkongsi pasal cara buat SEO dengan fokus, tapi aku akan kongsikan cara buat Link Wheel dalam SEO. Ini bukan satu rahsia pada mereka yang dah otai, tapi ini satu rahsia untuk mereka yang masih baru dengan SEO. Daripada pemerhatian aku yang newbie ni, ramai yang hanya optimize On Page sahaja, jadi amat rugilah sebab kuasa optimization untuk On Page bagi aku hanyalah 10% sahaja. Selebihnya pengaruh SERP akan terletak pada kerja-kerja Off Page. Dalam Off Page pula, terdapat pelbagai asas dan teknik seperti Blog Commenting, RSS Feed Submission, Article Marketing, Blog Directories Submission, Profile Backlink, Press Release, Support Blog, Forum Backlink dan banyak lagi. Jadi teknik Link Wheel adalah gabungan kepada semua teknik yang aku sebutkan dan disatukan agar Googlebot tidak keluar dalam lingkaran wheel yang kita buat. Boleh tengok pada gambar dibawah untuk lebih detail.

Korang boleh tengok contoh diatas yang mempunyai dua wheels. Sebenarnya semakin banyak wheel, semakin stabil aliran Googlebot yang crawl ke site utama korang. Bendanya agak simple, tapi fokus yang jitu amat diperlukan. Seperti aku biasanya akan melakar sendiri wheel ini di atas kertas supaya tidak serabut dikemudian hari dan pada masa yang sama untuk mendapatkan fokus. Satu kerja yang amat boring tapi puas kaw kaw bila site kita berada di no 1.haha

Namun begitu, selepas dibuat Link Wheel, korang jangan lupa pula untuk index kan setiap page dalam wheel tersebut. Untuk index cepat, jangan lupa submit ke Social Bookmarking yang mempunyai PR tinggi dan ping kan saja. Ketika korang buat Link Wheel juga, kepelbagaian keyword sebagai anchor text juga perlu agar backlink yang dibina dilihat natural oleh Google.

Selain itu, perkara yang perlu dibuat semasa SEO contest adalah korang perlu alert tentang sesuatu yang terbaru, maksud aku jika pesaing korang menambah 1 backlink pada hari tersebut, maka korang perlu tambah kan 2 backlink pada hari tersebut, so macam mana nak tahu? Senang aja, korang boleh guna tool free daripada Google itu sendiri, korang lihat saja gambar di bawah.

Senang bukan? Tool ini akan update sesuatu yang latest berdasarkan keyword carian kita, untuk meletakkan keyword di meta tag pula, aku biasanya pakai tools Google Wonder Wheel dan Related Searches. Dua-dua tools ini korang boleh tengok di sidebar kiri Google itu saja.

Jika korang perasan, sepanjang contest ini, aku selalu update blog dengan entry baru yang panjang. Ini kerana Googlebot amat suka kepada blog yang selalu update benda baru dan mempunyai entry yang panjang. Secara teorinya, semakin panjang entry, semakin banyak maklumat yang disampaikan. Untuk masa Googlebot melawat blog, korang boleh cuba di blog sendiri. Cuba korang perhatikan waktu last catch blog korang sebelum dan selepas diupdate. Untuk pengetahuan korang, untuk hari last contest, aku telah buat 6 scheduled posts sehinggalah pukul 12 malam iaitu masa akhir contest. Selain itu, aku juga telah update blog support aku yang berada dalam link wheel aku, benda ni aku buat agar Googlebot melawat blog aku dengan kerap. Googlebot aktiviti ini korang boleh tengok di Google Webmaster Tools di bahagian Diagnostics >> Crawl Stats.

Jadi seperti yang aku selalu cakap, pemerhatian dan fokus yang jitu amat diperlukan semasa kita buat SEO. Sebenarnya banyak lagi benda yang perlu kita tahu dalam SEO, kalau aku nak kongsi dalam satu entry, agak mustahil. Setakat ini sajalah pengkongsian aku yang newbie ni, semua teori yang aku kongsi ini tidak semestinya benar, tapi tak semestinya salah, ini kerana sehingga sekarang Google masih mengrahsiakan kriteria tepat untuk mendapatkan SERP yang tertinggi. Semua ini aku kongsi berdasarkan pengalaman aku yang masih setahun jagung. Aku masih belajar dan belajar.

“Selamat Hari Raya”

Regards

Maliq

Keterangan PenulisEntri Tips SEO dari pemenang Hidup Seorang Blogger ini adalah hasil karya Maliq yang merupakan pemenang ranking no 1 contest seo hidup seorang blogger. Blog beliau  drMaliq.com penuh dengan berbagai cerita dan tips SEO yang dapat membantu teman-teman blogger baru dan lama berblogging.

[ad#Mangga 300]

 


Spread the love

219 Comments

  1. banyaknya wheel2..wah kalau nak diikutkan,ilmu seo ni banyak cabang gak eh,semuanya kena pandai guna dan tahu caranya..erm btw entri ni kena dua tiga kali baca baru faham,ditambahkan pulak,kena la pratik bnda ni selalu…adeh keja ngn google la pasni…hehe..thanks 4 this….

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!